About

Showing posts with label * Diari Pejuang *. Show all posts
Showing posts with label * Diari Pejuang *. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

keterujaan ku SEMALAM!!!

ketika menemani kak dayah utk memberi kad kawennya pd kakak2 ijazah tinggi, aku berpeluang bersua muka dgn seseorang yg tidak aku malu utk tutur...iaitu seseorang yg sgt aku rindui, ust shukeri...terus terang, aku sangat teruja gembira dan bermacam2 lg perasaan yg bercampur baur yg aku dapati tetapi sukar diungkapkan.

aku sentiasa mendoakan agar ustaz dikurniakan kesihatan yg sangat baik utk beliau terus berkhidmat dan berdakwah dan membantu yg memerlukan.

nanti akan aku ceritakan sedikit sebanyak pasal ustaz nie...
but now i want 2 sleep because esok pg2 nk bangun sahur utk puasa sunat. Ameen.
moga dipermudahkan.

tarikh jumpa ust, 11 Oktober 2011, bersamaan hari selasa.



Tuesday, January 18, 2011

keRINDUan yang terUBAT...




9HB lepas, ada majlis solat hajat kat stadium melawati shah Alam..
alhamdulillah, Allah memberi kesempatan pdku untuk pergi ke sana...


antara yg memberi pidato ari itu adalah,
orang yang aku sangat rindu akan kalam yg bakal dituturkannya...
rindu akan nasihat, peringatan yang kadanga2 bisa menerbitkan mutiara jernih...
ia adalah tok guru Nik Aziz...


apa yang menarik hatiku untuk jatuh sayang pada tok guru ini adalah, apabila ia berbicara, ia sentiasa memberi peringatan berkaitan dengan kematian...
bukankan antara ciri sahabat yang baik, apabila kita melihat wajahnya kita akan mengingati kematian dan menangisi dosa yang dilakukan??

begitulah apa yg kurasai tatkala melihat wajahnya, mendengar kalam butir bicaranya..
beliau acapkali mengingatkan umat Islam dan seluruh rakyat bahawasanya kita pasti akan mati..
dan bagaimana keadaan mati kita seandainya amalan atau perbuatan kita di dunia ini penuh dengan dosa dan kemaksiatan kepadanya..??

beliau mengajak dirinya dan umat Islam akan kembali memuhasabah diri, sentiasa koreksi diri,
memastikan setiap gerak langkah, perjalanan hidup sentiasa dibawah keredhoan illahi, supaya mardhotillah sentiasa mengiringi diri, dunia mahupun akhirat..

beliau juga meminta agar, berusaha bersungguh2 untuk memastikan cahaya islam menyinari bumi Malaysia, kerana Malaysia sudah hampir 50 tahun berada di dalam kegelapan..

beliau mengakhiri ucapan beliau dengan, bacaan doa memohon keberkatan kepada Allah, dan diaminkan oleh ribuan hadirin..Aminn..









Saturday, January 1, 2011

welcome 2011 ^_^



kesyukuran hanya kepadaMU aku panjatkan atas segala kenikmatan yang telah Engkau berikan, Ya Allah.

hari ni, tanggal 1 januari 2011..
aku membuka tirai tahun baru nie dengan terlibat dengan perhimpunan mahasiswa 1,111 di dataran MBPJ..

sesuatu yang tidak perlu untuk dikesali, kehadiran jangkaan mahasiswa tidak kelihatan, walaupun yang hadir merupakan dari seluruh Malaysia...

apakah disana terdapat suatu masalah dari sudut perancangan program, atau di sana wujudnya golongan mahasiswa yang 'memboikot'??

semua itu, bisa dijawab oleh mereka sendiri, tepuk la dada tanya lah iman..

walaupun aku bukanlah mahasiswa undergraduate, tetapi aku tetap MAHASISWA krn aku masih menyambung pelajaran..walaupun diperingkat master.

kehadiran mahasiswa tidak mencapai target tidak perlu untuk dikesali,
tetapi ianya perlu untuk di MUHASABAH kembali..bagaimanakah pengurusan didalam melaksanakan sesuatu...
ini yang di namakan suatu perancangan yang berkesan, walaupun kita mengetahui bahawa sebaik mana perancangan kita tidak mempu menyalahi perancangan YANG MAHA BERKUASA. tetapi di sana wujudnya, BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH dan TAWAKKAL YANG TINGGI tidak lain hanyalah kepada NYA sahaja.

perkara kedua membuka lembaran baru kehidupanku di awal 2011 adalah menghadiri majlis perkahwinan, seorang senior yang suatu waktu dlu aku agak rapat dengannya,
memetik kata-kata ayah, hari ini, semua berlumba-lumba untuk mengadakan majlis walimah, tidak lain kerana tarikhnya cantik, apa yang ada pada tarikh yang cantik, jika ingin menunjuk2. tetapi, pada hari aku kelak, bagaimana keadaannya, adakah tarikh yang akan disepakati nanti (yang masih dalam pengetahuan Rabb) adalah tarikh yang dikatakan cantik atau tidak..yang pasti, hadiri setiap majlis yang diundang, kerna di sana ada berkahnya tersendiri.

selamat penganting baru buat yang berkahwin hari ini,
barakallhulakum wa barakallahulakunna,
moga ikatan pernikahan itu, akan terus hingga ke syurga dengan dikurniakan putra putri yang soleh dan solehah, AMin.

sampai sini sahaja,
coretan dalam lembaran baru tahun baru.

Friday, December 31, 2010

dh nk TAMMAT...!!!



31 DISEMBER 2010, maknanya hari last 2010..
biasanya orang akan sebut, akan tutup diari lama, buka diari baru,
tp aku??
tutup planner lama, makanya buka planner baru (walaupun dh buka planner baru seminggu yang lalu,huhu)



ni planner 2010..
kat dalam 2, mcm2 ada..
tulis ringkas, tp meliputi kehidupan akan pd 2010,
mengandungi, suka duka, menangis ketawa, gurau senda, berkawan bergaduh, bermesra berkasih sayang..fuhh..
macam2 ada,
tarkh2 penting yang menjadi sejarah buat diriku pun ada dalam 2..

utk 2010 apa yang menjadi impian aku adalah,

1. aku harap dapat p umrah, alhamdulillah dapat..
2. aku dapat grad dengan status pelajar anugerah dekan yakni pelajar cemerlang, alhamdulillah aku dpt, syukur pd Mu
3. aku nk trus buat phD, tp yang ni xberlaku, sbb aku xmampu..dan ats nasihat ayah, prof zul n ust mustafa..

itu yg bersifat duniawi, yang ukhrawi ada, tp xmau bising2..xda plk pahala nya, alhamdulillha berjaya setengah dan setengah lg perlu berusaha..

utk 2011, perkara besar yang nk dicapai,
aku hanya target 2 sahaja..
apa dia 2 perkara tu??
tunggu akhir 2011 la kan..
itupun kalo xjadi mcm kak ja la..
kalo jd, biarlah ianya menjadi rahsia antara diriku dengan NYA.

so, mulakan tahun baru dengan penuh keazaman yang tinggi yang xpudar dek waktu, okess??

sampai sini sahaja, catatan untuk tahun 2010,

selamat tinggal 2010,
pergimu pasti ku kenang,
pergimu menambahkan usiaku,
aku semakin meningkat usia,
kubur sudah kata mari,
rumah sudah kata pergi,
malaikat sudah sedia untuk di bawa pergi
bertemu pemilik segala isi langit dan bumi.

ya Allah redho lah aku menjadi hambamu,
berilah rahmat dan kasih sayang Mu pada ku,
AMinn.

Sunday, November 7, 2010

وحدة الفكري - asas kemenangan

وحدة الفكري terbentuknya ia melalui dua jalan utama iaitu :

1. وحدة القراءة : iaitu berpandukan kepada Al-Quran al-Karim

2. وحدة القدوة : iaitu contoh teladan dari Rasulullah melalui Hadith baginda.

jika di teliti, dua perkara utama, perkara tunjang kepada terbentuknya kesatuan pemikiran adalah, melalui al-Quran dan al-Hadith.

ini memberi kesedaran kepada seluruh umat manusia amnya, dan islam khasnya bahawa setiap yang dilakukan di dalam kehidupan seharian pasti tidakkan terlepas dari dua perkara tersebut.

makanya, tidakkan timbul golongan yang anti Hadith atau gologan yang hanya berpandukkan hadith tanpa melihat kepada al-Quran.

melalui dua perkara tersebut juga, ianya adalah perkara dasar untuk menyatukan seluruh umat manusia.

di dalamnya, tersimpan pelbagai cara/kaedah/jalan dan sebagainya untuk memastikan setiap misi dan visi kita tercapai.

misalnya, di dalam agenda politik, Allah telah membentangkan bagaimana teorinya, makanya Rasulullah telah datang membawa, mengajar perlaksanaannya.

juga bagaimana ingin menjadi seorang yang berjaya, telah Allah terangkan dalam ayat-ayatnya, datangnya Rasulullah, dengan contoh keperibadiannya menunjukkan bagaimana ingin berjaya dalam erti kata pengamalan.

oleh itu, setiap dari umat manusia sepatutnya tidak meninggalkan dua perkara/asas tunjung untuk menjamin keselesaan hidup dunia lagi-lagi di akhirat.

wallahua'lam.
Allahumma fighrli ya Allah.

Tuesday, April 6, 2010

TIGA KEKUATAN YANG PERLU ADA PADA PEJUANG



Kepada diri para pejuang, mestilah mempersiapkan diri dengan berbagai-bagai kekuatan agar segala cabaran, dugaan dapat ditempuhi dengan penuh kebijaksanaan dan kecekalan.

kekuatan-kekuatan yang perlu ada pada pejuang adalah :

Pertama, kekuatan minda

Minda, disini dimaksudkan ialah ilmu. Orang Islam yang berjuang untuk agama-Nya mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya. Kerana dengan ilmu kita dapat berfikir dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Terutama berkaitan strategi-strategi dalam berjuang.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.

Ketiga, kuat fizikal

Perkara yang utama, jika tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.

kesimpulannya,
pada diri seseorang pejaung itu, perlulah ada,
ILMU, IMAN dan TUBUH BADAN YANG SIHAT.

MOGA-MOGA IANYA DAPAT DIAPLIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN, BUAT INSAN YANG BERGELAR PEJUANG DI JALAN ALLAH.
.