About

Tuesday, October 26, 2010

umat islam sentiasa boleh!!!!


umat islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam,
Jangan buang masa!!!!
sapa kata kita tidak boleh,
kita ada Allah maha kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh!!!!
umat islam sentiasa boleh!!!!

terkesan dengan sebuah nasyid yang bait-bait nasyidnya antara lain adalah seperti di atas..

berada di zon selesa menyebabkan roh perjuangan itu kurang..dan mungkin boleh dikatakan semangat.

terlalu banyak berleka dengan duniawi...terlalu mengejar ganjaran duniawi...sehinggakan kita lupa pada perkara yang penting, "membawa masyarakat kepada Islam yang sebenar".

umat islam sentiasa boleh!!!! sentiasa boleh untuk membantu umat Islam yang lain..

umat islam sentiasa boleh!!!! melakukan perubahan kepada yang lebih baik, setiap hari..

umat islam sentiasa boleh!!!! kerana umat Islam dekat dengan Allah, Allah sayang pada hambanya yang sayang pada agamanya (Islam) kerana agama Islam itu, dari-Nya.

umat islam sentiasa boleh!!!!
umat islam sentiasa boleh!!!!
umat islam sentiasa boleh!!!!

cintai Rasulullah



setelah selesai dalam urusan soal selidik di sebuah sekolah berkaitan subjek hadith, satu tarikan nafas yang panjang aku lepaskan, kesedihan terus melanda, hampir sahaja titisan manik putih it mengalir, tapi ku tahan seketika untuk tidak menampakkan kekecewaan yang sangat pada diri di hadapan pihak yang bertanggungjawab.

kebanyaakkan sekolah agama masa kini, di ajarkan subjek hadith di sekolah-sekolah mereka, ianya suatu yang sangat bagus, dan sebenarnya mampu untuk mendidik diri agar lebih merasai cinta pada kekasih Allah itu.

tetapi agak malang yang boleh di khabarkan bahawa, tidak semua yang belajar hadith ini benar2 merasai bahawa ianya sangat penting dan mempu membawa lbh kpd mengingati, merasai kemanisan cinta kekasih Allah itu.

apakah faktor sehingga mereka sampai begitu??

mungkin ini lah parahnya sistem dualisme yang telah diperkenalkan oleh pihak penjajah suatu ketika dlu. dan telah menjadi ikutan bahkan boleh dikatakan menjadi barah pada masa sekarang ini.

menganak tirikan ilmu2 keagamaan dgn memetingkan pelajaran akademik..

kalau begitu, bagaimana generasi masa skrg ini menjadi generasi yang hebat, bkn shj akademik tetapi kemantapan agama dan keelokkan akhlak???

ada beberapa sebab mungkin ianya menjadi punca terjadinya perkara ini menurut pandangan sy :

1. pengaruh dualisme yang sudah sebati dengan kita, tanpa kita sedari atau sengaja tidak sedari.

2. kaedah ajaran subjk2 agama ini agak membosankan, pengajaran hanya dengan merujuk teks semata-mata.

3. para pendidik kurang untuk merasa feel untuk menyampaikan.

4. keikhlasan para asatizah dalam mendidik.

5. ibubapa tidak berapa mengendahkan subjk2 keagamaan ni, yang katanya xmembantu untuk masuk universiti dan sebagainya.

jahilnya manusia kan, padahal ilmu keagamaan ni adalah pembantu untuk terus mendapat keredhoan illahi juga untuk masuk ke syurganya.

Allahumma solli ala Muhammad.

~maybe agak terabur sket post kali ni, akibat kepenatan~

Saturday, October 16, 2010

benarkah aku "insan terpilih"??

sudah agak lama tidak dicoretkan disini,
tiba-tiba timbul keinginan luar jangkaan kerna di kala detik mencemaskan, critical week ini lah, tangan ku mudah untuk menekan keyboard dan maka terteralah apa yang di terbuku di hati.

memilih tajuk benarkah aku "insan terpilih"...
menilik kembali mesg yang pernah sampai ke telefon bimbit ku,
antara ayat yang menjadi amatan ku yang lama, "awak adalah insan terpilih..."

dalam meniti kehidupan selepas tamat ijazah sarjana muda,
aku tenggelam punca,
banyak masaku dihabiskan dengan bersilraturrahim,
pulang ke rumah setiap hujung minggu,
ke semua perkara ini, aku lalui dengan penuh keseronokkan, tanpa sedikit memikirkan pelajaran, hatta perkara-perkara yang berat.
tidak seperti di kampus zaman degree dlu, pasti akan ku rasai cabaran berfikir, kekalutan meng'handle' dan pelbagai lagi yang memungkinkan aku berkorban segala yang aku ada untuk memastikan gerak kerja Islam itu tercapai.

tiba-tiba,
pada minggu ini, aku dikhabarkan akan memegang suatu amanah yang berat, urusan pentarbiyahan. agak berat untuk ku terima, kerna aku sendiri masih kekurangan terutama dalam mentarbiyah diri walaupun pada hakikat aku sangat meminati bidang ini, mentarbiyah dalam masa yang sama ditarbiyah sama. tapi aku masih dilema, lantaran itu, aku memohon kepastian dari sang pengirim mesg, jawapan yang diberikan menguatkan aku. aku terima, walaupun aku tahu, aku bakalan aku kembali aktif, sedangkan murabbiku selalu berpesan, fokus, tumpu, utamakan bidang yang aku pilih ni dulu.

dalam masa yang sama, jam yang berlainan, aku mendapat mesg untuk menghadiri suatu meeting lajnah..lantaran kerna jarangnya melakukan gerak kerja, aku sudah terlupa bahawa aku telah memegang satu amanah lagi.

apa yang ingin aku katakan, aku sangat tidak berminat/ kurang mahir dalam bidang yang dikehendaki. memikirkan aku bakalan menyakitkan jiwa, menyerabutkan kepala, aku ingin meletak jawatan. apakan daya, bila berfikir ianya akan memalukan pendidik ku kedua UTAMA, ayahku, aku tidak jadi, walhal, aku sangat tidak mampu.

aku tidak tahu bagaimana ingin menyelesaikan masalahku ini. aku sentiasa memohon pada kekasih hatiku agar memberikan ku kekuatan, dan menunjukkan jalan yang lurus buatku.

aku sentiasa akan beringat pada sebuah hadith yang mafhumnya,
"setiap pada diri manusia itu, akan bertanggungjawab terhadap apa yang ia kerjakan".
( Muttafaqun 'alaih)

Tuesday, September 7, 2010

7 golongan, dimana KITA?

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ بُنْدَارٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

7 golongan manusia yang Allah akan menaunginya di bawah naungannya pada hari yang tiada naungan selain naungan Allah :-

1. Pemimpin yang ADIL

2. seseorang PEMUDA yang hidup untuk berIBADAT kepada ALLAH

3. seseorang LELAKI yang hatinya tergantung pada masjid

4. dua LELAKI yang berKASIH SAYANG kerana ALLAH, bertemu kerana ALLAH, berpisah kerana ALLAH

5. LELAKI yang diajak oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupawan (cantik rupa paranya), maka ia berkata : "sesungguhnya aku takutkan ALLAH.

6. LELAKI yang apabila memberi SEDEQAH sehingga tangan KIRI tidak mengetahui apa yang dilakukan tangan KANANnya.

7. LELAKI yang mengingati ALLAH dalam sendirian sambil mengALIRkan AIR MATA.

~ buat renungan, di saat Ramadhan sudah semakin melabuhkan tirainya, suatu muhasabah diri, untuk menjadi seperti yang FIRMANnya : "laallakum tattakun"



~kembara menjadi insan berTAKWA hasil tarbiyah RAMADHAN yang mulia~

Tuesday, August 24, 2010

BEKALAN HARI INI

DALAM MEMBURU CINTA ALLAH,

PASTI RINTANGAN YANG AKAN DI HADAPI,

IA BUKANLAH UNTUK MENGHALANG DARI TERUS MENDEKATI ALLAH,

TETAPI IA ADALAH SUATU UJIAN UNTUK MELIHAT KEIKHLASAN KITA,

SERTA KESUNGGUHAN KITA.

RENUNG-RENUNGKAN.

KAJIAN BIBLIOGRAFI HADITH

SATU : KITAB YANG MEMBAHASKAN TENTANG PARA SAHABAT.

1. الأصابة في تمييز الصحابة
Al-Isobah fi Tamyiz al-Sohabah
Oleh : Imam al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqolani.
Ditahqiq oleh : Syeikh A’dil Ahmad Abd Al-Mujur
Syeikh Ali Muhammad Muawwad
Keluaran Dar al-KItab al-‘Alamiyyah, Beirut, Lubanan

2. الإستيعا ب في معرفة الأصحاب
Kitab al-Isti’ab fi Ma’rifat al-Ashab
Abu Umar Yusuf bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul-Barr an-Namri al-Qurtubi al-Maliki (463 H).
Ia disusun menurut huruf mu'jam.

3. Tajridu Asma’ ash-Shahabah,
Oleh:Al-Imam al-Hafidz Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad ibn Ahmad adz-Zahabi (673-852 H)
terdiri dari dua juz,
telah dicetak di India pada tahun 1310 H

DUA : KITAB RUJUKAN DALAM HADITH MAUDHU’

1. تذكرة الموضوعات
Tazkirah Al-Maudu’at,
Abu Fadhl Muhammad bin Thahir al-Maqdisi,
Dicetak di Mesir pada tahun 1323 H.

2. الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة
Al-Fawaid Al-Majmu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu’ah,
Muhammad Ibn ‘Ali,
Tahqiq: ‘Abd Ar-Rahman Ibn Yahya Al-Mu’allimi
Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1407H.

3. تنزيه الشريعة المرفوعة عن الأخبار الشنيعة الموضوعة
Tanzih Asy-Syari’ah Al-Marfu’ah ‘An Al-Akhbar Asy-Syani’ah Al-Maudu’ah
‘Ali Ibn Muhammad Ibn ‘Ali Al-Kinani
Tahqiq: ‘Abd Al-Wahhab ‘Abd Al-Latif dan ‘Abd Allah Muhammad Siddiq Al-Ghumari.
Dar Al-Kutub Al-’Ilmiyyah, Beirut, Lubnan

TIGA

2 karya ulama dalam melawan hujah orientalis

1. Dr. Mustafa Al-Siba’i
Al-Sunnah Wa Makanatuha Fil Tasyri’il Islami

2. Dr. Subhi Salih
‘Ulum al-Hadith Wa mustalahu

3. Raf’ul Malam ‘anil-Aimmatil-Alam
Ibnu Taimiyyah

Sumbangan orientalis

1. Kitab Miftah Kunuz al-Sunnah
Oleh : Professor A.J Wensick
Dikarang di dalam Bahasa Inggeris
Di terjamahkan dalam Bahasa Arab oleh Ustaz Fuad Abd. Al-Baqi.

2. Mu’jam al-Mufahras li Alfadh al-Hadith al-Nabawi
Oleh : A.J Wensinck
Mengandungi 8 jilid (jilid pertama pada tahun 1936 manakala jilid terakhir pada tahun 1988)

EMPAT : KITAB SYARH DALAM ABAD YANG TERDEKAT

1. SYARH SOHIH AL-BUKHARI
- FAYD AL-BARI BI SYARH AL-BYUKHARI oleh AL-SHEIKH MUHAMMAD ANWAR SHAH AL-KASHIMI
- SAHIH ABI ABDULLAH AL-BUKHARI BI SYARH AL-KIRMANIY oleh AL-SYEIKH SYAMS AL-DIN MUHAMMAD IBN YUSOF IBN ALI AL-KIRMANIY.
- SYARH SAHIH AL-BUKHARI LI IBN BATTAL oleh ABU HASAN ALI BIN KHALAF BIN ABDUL MALIK (IBN BATTAL)

2. SYARH SOHIH MUSLIM

- FATH AL-MUN’IM BI SYARH MUSLIM oleh PROF. DR. MUSA SHAHIN LASHIN
- SYARH SAHIH MUSLIM LIL QADIY ‘IYADH AL-MUSAMMA IKMAL AL-MU’LIM BIFAWAIDI MUSLIM oleh AL-IMAM AL-HAFIZ ABI AL-FADHIL ‘IYADH BIN MUSA BIN ‘IYADH AL-YAHSABIY.

3. KITAB SYARH ABI DAUD

‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud
Oleh : Al-Alamah Abi Al-Toib Muhammad Syamsi al-Haq Al-‘Azim Abadi.

Bazlu al-Majhud Fi Halli Abi Daud
Oleh : Allamah Al-Muhaddth Al-Kabir Al-Syeikh Khalil Ahmad Al-Sahar Nafuri.




4. KITAB SYARH JAMI’ AL-TIRMIZI

- TUHFAT AL-AHWAZI BI SYARH JAMI’ AL-TIRMIZI oleh IMAM HAFIZ ABI AL-ULAA MUHAMMAD ABD RAHMAN IBN ABD AL-RAHIM AL-
MUBARAKFURI
- ‘ARIDAH AL-AHWADHI BI SYARH SAHIH AL-TIRMIZI IMAM AL-HAFIZ ABI BAKR MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH (IBN AL-ARABI AL-MALIKI)

5. KITAB SYARH AL-NASAI

- SUNAN AL-NASAI BI SYARH AL-IMAMAYN AL-SUYUTI WA SINDI oleh IMAM AL-SUYUTI DAN AL-SINDI.

6. KITAB SYARH IBNU MAJAH

- MISBAH AL-ZUJAJAH FI ZAWAID IBN MAJAH oleh AL-HAFIZ SYIHAB AL-DIN AHMAD BIN ABI BAKR AL-KINANI AL-BUSIRI
- SUNAN IBN MAJAH BI SYARH BI SYARH AL-IMAM ABI AL-HASAN AL-HANAFI AL-MA’RUF BI AL-SINDI.

SHEIKH AHMAD MUHAMMAD SYAKIR

1.0 KEHIDUPAN SHEIKH AHMAD MUHAMMAD SYAKIR RAHIMAHULLAHU TAALA

1.1 Latar Belakang diri sheikh

hidup pada kurun ke 13 hijrah

Dilahirkan pada pagi subuh hari jumaat iaitu pada 29 Jamadil akhir 1309 H / 1892 M di dirb al-Insiyah, Kaherah, Mesir

meninggal dunia pada hari Sabtu 26 Zulkaedah tahun 1377 H bersamaan 14 Jun 1958

ketika berumur 66 tahun

Silsilah keluarga beliau bersambung sehingga Saidina Husayn bin Ali bin Abi Talib.

mempunyai seorang adik yang bernama Mahmud Syakir

1.2 Perjalanan hidup sheikh

Pada tahun 1900 M, ketika ayahnya dilantik oleh kerajaan Mesir sebagai ketua para qadhi di Sudan, beliau turut bersama dengan ayahnya berhijrah ke sana.

Di sana, beliau belajar di sebuah institut pengajian.

Pada tahun 1904, ayahnya dilantik menjawat jawatan Ketua Ulama Iskandariah, maka ketika itu, beliau meneruskan pengajian di Ma’had Iskandariah.

Di awal usia mudanya, beliau meminati sastera dan syair.

Pada tahun 1909, beliau telah menyambungkan pelajarannya dalam bidang ilmu hadith kerana beliau sangat meminati bidang ini. Beliau sangat aktif dalam menuntut ilmu, hingga tidak mengenal erti penat.

Minat ini disokong sepenuhnya oleh ayahnya. Semasa muda, Ahmad Syakir dan adik beradiknya belajar beberapa buah buku yang diajar oleh bapa mereka sendiri meliputi bidang Tafsir, Hadis, Fiqh dan Usul Fiqh serta lain-lain lagi.

Ahmad Syakir menyambung pembelajarannya di Universiti al Azhar. Di al Azhar, Mesir. Beliau sering berdamping dan belajar daripada para ulama yang ada di universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut ilmu hadith daripada seorang ahli hadith terkemuka Maghribi iaitu Abdullah Ibn Idris al Sanusi. Beliau pernah bertemu dan belajar dengan Syeikh Muhammad Ibn al Amin al Syanqithi, Syeikh Tahir al Jazairi, Syeikh Rasyid Ridha dan ulama lain.

Pada tahun 1917, beliau telah menamatkan pengajian sehingga mendapat Ijazah Alamiyyah (phD) daripada Universiti al-Azhar.

Beliau kemudiannya diberikan jawatan yakni dilantik menjadi qadhi pada tahun 1951. Seterusnya, menjadi ketua Mahkamah Tinggi Syariah sehingga beliau bersara.

1.3 Guru-gurunya

Sheikh Ahmad Muhammad Syakir telah bertemu dan menuntut ilmu dengan ramai ulama, yang mana ulama-ulama ini sezaman dengannya.

Berikut adalah guru-guru yang penting baginya samada pada hadith nabi dan ilmu-ilmunya :


1. Ayah beliau sendiri

- Adalah ayahnya seorang yang terkenal, juga merupakan pemimpin reformasi di Azhar.
- Meninggal dunia pada tahun 1939
- Beliau merupakan guru yang sangat mempengaruhi kehidupan Sheikh Ahmad Syakir.
- Beliau mengajar dirinya dan adik beradiknya yang lain, ilmu-ilmu tafir, yakni tafsir al-Baghowi dan Tafsir an-Nasafi.
- Beliau juga membaca kitab Sohih Muslim, Sunan Tirmizi dan Syamail, dan sesetengah Sohih Bukhari, sepertimana beliau membaca kitab Usul, Mantiq, dan Fiqh Hanafi.
- Beliau

2. al-‘Alamah al-Sayyid Muhammad Rashid Redho, pengarang majalah al-Manar.

- Beliau merupakan seorang reformis Islam.
- Ulama dalam bidang hadith, adab, Tarikh, Tafsir.
- Meninggal pada tahun 1935 M


3. al-‘Alamah al-Sheikh Tohir al-Jazairi ad-Damsyiki

- Di lahirkan di damsyik 1268 H / 1852 M dan meninggal dunia pada tahun 1335 H / 1920 M.
- Beliau berhijrah ke Mesir pada tahun 1907, dan tidak pulang ke Damsyik sehingga tahun 1919 M
- Beliau merupakan pelopor gerakan tajdid agama di negeri Syam pada zaman hadith.
- Sesungguhnya, Sheikh Ahmad Syakir telah bertemu dengannya dan telah mengambil manfaat darinya (ilmu)

4. al-‘Alamah al-Muhaddith as-Sayyid Abdullah bin Idris al-Sanawasi

- Belajar Sheikh Ahmad Syakir dengannya dari kitab Sohih Bukhari
- mendapat ijazah darinya, dan riwayat yang lain yakni Kuttubussittah

5. al-Sheikh Muhammad bin al-Amin asy-Syanqithi
- Mengambil daripadanya kitab Bulughul Maram, dan mendapat ijazah darinya juga untuk kutubussittah.

1.4 Pandangan Ulama tentang dirinya

1.4.1 Pujian terhadap beliau

Mahmud Syakir telah menyifatkan abangnya sebagai Imam al Muhaddithin (imam bagi semua ahli hadith pada kurun itu)

Menurut Syuaib al Arnaouth : ‘Ahmad Syakir merupakan seorang yang telah sampai ke tahap mengetahui hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam secara riwayat dan dirayah (yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pada masa ini. Beliau dianggap sebagai perintis kepada penyebaran semula teks-teks hadith di kurun ini serta penyemakannya kembali mengikut kaedah yang dicontohi oleh para pengkaji hadith’.

Menurut az-Zarqali : Ahmad Muhammad Syakir...alim dalam hadith dan tafsir... tidak ada pengganti sepertinya dalam bidang ilmu hadith di Mesir

1.5 Karya-karya Sheikh Ahmad Muhammad Syakir

1.5.1 Dalam bidang hadith dan Mustolah.

- Mukhtasor Sunan Abi Daud lil Munziri – ditahqiqkan oleh beliau.
- Al-Bai’th Al-Hathih Syarh Ikhtishor ‘Ulum Al-Hadith Liibni Kathir – Disyarahkan oleh beliau.
- dll.

1.5.2 Dalam bidang tafsir dan tajwid

- Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Amdatul al-Ahkam Lilibni Dhaqiq Al-‘Aid– ditahqiqkan olehnya dan Muhammad Hamid Al-Fiqqi.
- Al-Mahall Liibni Hazm Az-Zhohiri – ditahqiqkan oleh beliau 6 jilid pertama.
- dll

1.5.3 Dalam bidang Adab dan Lughoh, Bidanga Tauhid, Bidang Tarajim, Al-Muqholat.



2.0 KESUNGGUHAN SYEIKH AHMAD MUHAMMAD SYAKIR DALAM PEMBAHARUAN HADITH KONTEMPORARI.

Pertama: Tentangan yang paling hebat terhadap sunnah Nabi SAW pada kurun ke-14 hijrah. Dengan menelusuri sejarah pada abad ini, didapati bahawa tentangan yang paling hebat terhadap sunnah Nabi SAW dan ilmu-ilmunya, terhad pada lima tentangan, iaitu:
I. Tersebar fenomena penolakan dan keingkaran terhadap Sunnah Nabi SAW dan persoalan mengenainya, dan persengketaan ketika berhujah.
II. Penghukuman akal dalam mensahihkan hadith-hadith dan mendha’ifkannya. Ia jauh sekali daripada kaedah-kaedah ilmu dalam mensahihkan dan mendha’ifkan yang telah ditetapkan oleh ulama’ hadith. Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Tetapi yang menjadi nyata pada zaman kita ialah sebahagian golongan cerdik pandai disuruh melakukan sesuatu dan disembunyi daripada orang-orang Islam. Maka, mereka mengikut guru-guru mereka dari kalangan orientalis serta menjadi pelopor yang menyebarkan cerita dan memimpin kumpulan mereka dengan menyatakan bahawa setiap hadit-hadith adalah tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah dalam agama. Bahkan, ada sebahagian daripada mereka melanggari kaedah-kaedah yang betul, kemudian mensabitkan hadith-hadith dan menafikannya dengan perkara yang nyata atau terlintas difikiran dan kehendak mereka daripada kaedah yang bukan tertentu. Tidak berhujah dan tidak menerangkan serta mereka tidak memanfaatkannya melainkan mereka mempelajari ilmu dan beradab.”
III. Terkesan sebahagian daripada pengkaji-pengkaji terhadap orientalis terutama ketika mereka mengukuhkannya daripada usaha mereka dalam memperbaiki kitab-kitab dengan berpegang pada naskhah.
Pada asal cetakan, terdapat percanggahan di dalam isi kandungan kitab, kemudian mereka menyebut apa yang terdapat di dalamnya sama ada salah atau betul. Di sini, ia berbeza dengan kitab asal yang dicetak dalam bentuk yang baik.

IV. Ramai daripada pengkaji telah tertipu dengan perbuatan orientalis. Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“ Ini dibezakan dengan penerbitan golongan orientalis, bahawa mereka mengutuk status indeks yang merupakan panduan bagi pembaca. Mereka membahagikan jenis-jenisnya, yang disusun mengikut huruf mu’jam. Maka, daripada indekslah dapat mengetahui siapa yang memberitahu, para penyair, kumpulan-kumpulan, sanad-sanad, ayat-ayat al-Qur’an, lafaz-lafaz Nabi SAW, dan juga dapat mengetahui masalah-masalah ilmu.”

V. Keengganan pelajar-pelajar terlibat dalam mempelajari Sunnah Nabi SAW. Adakalanya mereka tidak tahu kegunaannya dan kegagalan untuk merujuk pada kitab-kitab ketika berhujah. Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Semoga dengan terbitnya buku ini iaitu ‘Miftah Kunuz al-Sunnah’ dalam bahasa arab, penerimaan pelajar daripada semua peringkat terhadap penglibatan dalam Sunnah Nabi SAW dan manfaat daripada kitab-kitab hadith yang merupakan harta ilmu dan penuh dengan hikmah, yang mana dijauhi oleh kebanyakkan orang. Adakalanya mereka tidak tahu kegunaannya dan gagal untuk merujuk kitab ketika berhujah.”
Kedua: kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW dan kesannya terhadap pembaharuan hadith kontemporari.
1) Kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir melalui ilmu dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW dan kesannya terhadap pembaharuan hadith kontemporari.
Ini menunjukkan kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir melalui ilmu dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW melalui perhatiannya terhadap karya-karya ilmu hadith beliau.
Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Ulama’ hadith telah berusaha meriwayatkan setiap apa yang diriwayatkan oleh Nabi SAW. Jika ada hadith yang tidak sahih, mereka berusaha dalam memastikan kesahihan setiap hadith tersebut, pada setiap huruf yang diriwayatkan oleh perawi. Mereka mengkritik keadaan dan periwayatan perawi. Mereka juga menjaga dan cermat dalam menaqalkannya. Maka mereka menghukum dha’if pada hadith apabila curiga terhadap sejarah perawi yang menaqalkan hadith, yang mana mempengaruhi keadilan bagi ahli-ahli ilmu.”
Antara usaha Ahmad Muhammad Syakir yang paling penting, yang muncul dalam bidang ini ialah:
a) Kitab ‘Alfiyah Al-Suyuti Fi ‘Ulum Al-Hadith’
- Cetakan yang sempurna bersama syarah.
- Siap mengarang pada tahun 1934 masihi.
b) Tahqiq kitab ‘al-Risalah’ oleh Imam as-Syafie’.
- Kitab ini menerangkan mengenai kaedah mentafsirkan nas-nas, cara-cara istinbat yang dinamakan dengan ilmu ‘usul al-fiqh’ melainkan mengandungi kaedah-kaedah yang penting dalam ‘ulum hadith, serta menerangkan cara-cara ulama’ hadith dalam mengesahkan nas-nas kenabian.
-
c) Kitab ‘Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith’ oleh al-Hafiz Ibn Kathir.
- Ia dinamakan sebagai ‘al-Ba’is al-Hasis’.

2) Kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir melalui perlakuan atau perbuatannya dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW dan kesannya terhadap pembaharuan hadith kontemporari.
Seorang pengkaji mengenai Ahmad Muhammad Syakir tidak hanya menerangkan dari aspek ilmu sahaja dalam menjawab persoalan golongan orientalis. Ini jelas dalam tahqiq Ahmad Muhammad Syakir dalam Musnad Imam Ahmad bin Hanbal.
Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Aku mencintainya dan melakukannya (tahqiq) serta aku telah lihat kebaikan ketika melayaninya, maka aku bersetuju untuk mendekatkan kitab musnad ini kepada orang ramai sehingga mereka mengambil manfaat daripadanya. Maka, ini adalah cita-cita dalam hidupku dan merupakan matlamat sepanjang hidupku untuk mendekatkan kitab musnad ini kepada orang ramai sehingga Allah SWT telah memberi petunjuk kepadaku sejak 15 tahun terhadap apa yang aku kehendaki.”

Ketiga: sebahagian pendapat-pendapat Ahmad Muhammad Syakir dalam ilmu-ilmu hadith dan martabat-martabat al-Jarh wa al-Ta’dil.
Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil adalah untuk mengetahui keadaan perawi mengikut cara ulama’-ulama’ hadith sama ada sesuatu periwayatan itu diterima atau ditolak, atau menguatkan sesuatu riwayat apabila terdapat perselisihan.
Al-Hafiz Ibn Abi Hatim telah menyusun dan mengatur martabat al-jarh wa al-ta’dil dalam kitabnya ‘al-Jarh wa al-Ta’dil’, kemudian ulama’-ulama’ mutakhirin pada kurun ke-14 dan selepasnya telah menyusun martabat yang sejenis dengan al-jarh dan al-ta’dil. Ulama’-ulama’ lain iaitu al-Imam Ibn al-Solah dalam kitab ‘Ulum al-Hadith’, al-Dhahabi dalam muqaddimahnya ‘Mizan al-‘Itidal’, al-Hafiz al-‘Iraqi dalam kitab ‘Syarah al-‘Alfiyah’, al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitabnya ‘Fath al-Mughis’, al-Suyuti dalam kitab ‘Tadrib al-Rawi’ dan sebagainya telah membetulkan matlamat hal yang dikarang serta mereka menghukumkan martabat-martabat ini sama ada diterima sebagai hujah, dalil dan mengambil pengajaran daripadanya.
Ahmad Muhammad Syakir telah mengarang kitab ‘al-Ba’is al-Hasith Syarh Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith’ oleh al-Hafiz Ibn Kathir, apabila sampai pada perbincangan ‘peringkat al-Jarh wa al-Ta’dil’ Ahmad Muhammad Syakir menaqalkan dalam syarahnya seperti apa yang disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam muqaddimah kitabnya ‘Taqrib al-Tahzib’. Maka, Ahmad Muhammad Syakir berkata peringkat tersebut mempunyai dua belas peringkat, iaitu:

a. Sahabat.
b. Perawi yang kuat mendapat pujian seperti (أوثق الناس) atau sifatnya berulang dari segi lafaz seperti (ثقة ثقة,حافظ ثقة معنى ).
c. Perawi yang mempunyai satu sifat sahaja seperti ثقة, متقن, ثبت.
d. Perawi yang benar (صدوق), tidak mengapa baginya (لابأس به) atau tidak ada salah (ليس به بأس).
e. Perawi yang benar tapi teruk dari segi ingatannya, atau dituduh sebagai benar, atau perawi tersebut menipu, atau melakukan kesalahan, atau mengubah diakhir, dan perawi yang dituduh sebagai bid’ah.
f. Perawi yang meriwayatkan hadith tetapi dalam kuantiti sedikit.
g. Perawi yang meriwayatkan hadith lebih daripada satu tetapi tidak siqah. Ini menunjukkan kepada ‘mastur’ (مستور) atau ‘majhul al-hal’ (مجهول الحال).
h. Perawi yang tidak siqah secara muktabar dan tidak menerangkan dha’if pada perawi. Ini menunjukkan kepada hukum dha’if.
i. Perawi yang tidak meriwayatkan hadith kecuali satu dan tidak dipercayai. Ini dikatakan sebagai ‘majhul’ (مجهول).
j. Perawi yang tidak siqah dan dha’if serta tercela. Ini dikatakan sebagai ‘matruk’, ‘matruk al-hadith’, hadith yang lemah atau yang hina.
k. Perawi yang dituduh berdusta. Ini katakan sebagai ‘muttaham’ (متهم) atau ‘muttaham al-hadith’ (متهم الحديث).
l. Perawi yang membebaskan dirinya daripada berdusta dan hina seperti dusta, hina, binasa, apa yang didustakan dan sebagainya.