About

Thursday, October 6, 2011

ujian kesabaran ~perisaiku sakit~

Beberapa mggu yg lps,aku diuji dgn pelbagai ujian..
Antara yg menguji kesabaran ku adlh laptopku rosak...
Allahuakbar.

Laptop yg sgt membantu aku dlm medan dakwah dn tarbiyah ini tlh menguji pentarbiyahan yg tlh aku berikan pdnya..

Disaat semangatku sgt tinggi menyiapkan kertas kerja n tesis i berlaku..
Dua buah kedai aku lawati utk membaikinya ttp mrk tdk dpt buat apa,
sehinggalah aku berkesempatan utk ke pusat asus sendiri hasil tunjuk jln dr ust hadi jqh.

Seminggu laptop ku dirawat di bwh warranty.
Hari selasa aku antr, rabu dpn mrk kolaku blik..
Aku kesana,dpt dikesan bahawa kerosakkan adlh dibahgn motherboard n hardisk.
Aku cuba utk backup mklmt dr hardisk lama, ttp i mengambil masa yg lam utk dilakukan.
Aku bertindak utk keesokkan hari nya utk backup,
maka hari ini aku datangi demi membackup, ttp apakan daya ujian Allah trus melanda hardisk trsebut rosak trus.

Pekerja asus sgt kesian dgn aku apb mendengar bhw ada bhn tesis aku dlm itu. Mrk berusaha bersungguh2 demi memastikan ianya setel..
Skrg masa membackup, apa akan jd spls nie tunggu...

Monday, October 3, 2011

semalam 'Dia' datang dalam mimpi..

semalam tanggal 2 okt, ketika sedang nyenyak tidur, aku bermimpi, mimpi yg mengundang air mata apabila tersedar...

kelogikkan mimpi tersebut dipertikaikan..ianya menceritakan flash back kisah arwah kakak meninggal dengan keadaan yg berbeza...

ketika arwah kakak meninggal aku tidak berada di sisi nya, tetapi ketika mimpi itu berlangsung aku berada di sisinya...

mimpi nya begini,
aku bersama dgn arwah kakak...tiba2 dia jatuh sakit..km pun bwk dia p hospital,
wkt kat hospital dlm keadaan nyawa2 ikan...aku jerit smb menggoyangkan badannya supaya bangun, dan berusaha utk melihat kami semula....bersungguh2 aku menekannya menjerit, akhirnya dia terjaga dalam keadaan yg sangat lemah..aku berkata, kak ja lawan...lawan...xkan kak ja nk tinggalkan km semua...lawan kak ja...km syg kak ja....aku melihatkan dr riak wajahnya beliau berusaha untuk melawan, aku merasa puas bahawasanya beliau berjaya melawan dan tidak jadi meninggal...aku berada sangat gembira kerana aku msh punyai seorg kak...

tetiba, aku mendengar org memanggil namaku..sarah..sarah..bangun..aku terjaga, apb terjaga aku berada di alam realiti, dan aku menangis sbb realitinya dia sudah tidak ada...sudah dijemput Allah...sedih hati dan jiwa ini tidak dpt digambarkan...

mungkin kerana terlampau-lampau rindu pdnya smpkan aku termimpikannya...bilakah aku akan menyusulnya belum di ketahui...tp selagi masa yg ada ini ingin aku kejar redho illahi agar dpt bersama-samanya di syurga Allah sana.


~kembara mencari redho illahi~

Wednesday, August 24, 2011

kenapa suka sangat ek merokok..

Selalu bermain difikiranku...nikmat sangat ke isap rokok 2 ek...
Sedap macam makan laksa mak buat ka...sedap mcm nasi kerabu pkck pasar mlm kerinchi buat ke...
Adoii.
Sunggub xmemahami..
Ada 3 peristiwa yg aku dpt saksikn lewat seminggu ini di sepuluh malam terakhir ini...
pertama : ketika tengah cuba mendapat keberkatan iaitu bersahur di bulan ramadhan pd satu hari nie..tiba2 aku terbau asap rokok..yg biasa aku bau xkira masa dibulan selain ramadhan..sedangkan sebelum aku melelapkan diri di wkt mlm bau yg sama turut aku bau...terfikir aku, kalo sahur pun kena dgn rokok ke???... adakah dengan merokok kt termasuk dikalangan umat nabi yg bersahur ke...sbb nabi pnh sebut "bersahurlah, krn pdnya terdapat keberkatan".
kedua...ketika aku smp ke masjid tnb utk berbuka (tp dh azan dh pun, terlewat 5 minit sbb jem), aku nampk ada sorg pkck (muda lg la) sedang merokok...dia berbuka dgn merokok ke?? Pening aku fikir...bukan ke kt nk jd umat nabi dgn mengamalkan sunnah2nya. Nabi berbuka dgn tamar dan air. Bukan dgn rokok 2. Astaghfirullah.
Ketiga : saat kaki melangkah hendak ke surau bwh rumah utk bertarawikh di sana, berselisih dgn sorg pkck (muda jgk) pakai seluar pendek sambil menghisap rokok. Allahuakbar. Sedangkn wkt trsebut imam tgh slt tarawikh rakaat pertama. (Aku akui ari 2 aku solat isyk di rumH,lantaran krn kepenatan).

sehingga sekarang aku hanya mampu mengucapkan, zikrullah saat perkara ini kembali bermain di lensa mata ini..aku sentiasa mendoakan mrk2 ini sedar kesalahn mrk dan berusaha utk berubah seperti aku doakan pkck2 aku. Yang alhamdulillH,mrk tlh berubah dan tidak merokok.

Katakan TAK NAK pd MEROKOK, Kerana Tak Nak merokok adalah TAK NAK pd KEZALIMAN DIRI SENDIRI. TAK NAK UNTUK JADI HAMBA ALLAH DAN UMAT NABI YANG INGKAR.

Waallahu'alam.

Tuesday, August 9, 2011

ulangtahun kelahiranku


Tanggal 4 ogos 1987, aku dilahirkan di sebuah kediaman mewah di kampung paya perlis. Kehadiranku mengisi kehidupan suami isteri yg sudah mempunyai seseorang anak perempuan. Mereka bersyukur ke hadrat illahi ats limpahan nikmat pemberian seorang anak yanv hari kelahirannya tepat jatuh pd hari raya korban. Mengimbau sejarah Nabi Allah Ibrahim yg di perintahkan oleh Allah utk menyembelih puteranya Nabi Allah Ismail pd wkt itu. 9 Zulhijjah.

Mungkin kelahiranku yg jatuh pd hari yg penuh bersejarah itu merupakan suatu petanda bagi diri ini bahawa aku mesti melakukan pengorbanan lbh dr mrk yg tidak lahir pd hari itu. Itu apa yg aku sedari pd tahun ini. Tahun yg ke 24 aku diberi nikmat pinjaman umur dr Allah.

Antara perkara yg aku bertekad dr berazam adalah aku perlu berkorban segala2nya demi menyahut perintah Allah.

1. Orang beriman itu mereka mengajak kepada yg makruf dan meninggalkan yg mungkar, mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.
2. Menjalankan suatu perniagaan yg tidakan rugi sampai bila2 bahkan aku mendapat pulangan yg melimpah ruah iaitu beriman kpd Allah dan Rasulnya, berjihad berjuang di jalan Allah dengan harta,nyawa dsb.
3. Berkorban dalam membantu mereka yg memerlukan pertolongan.

Alhamdulillah, tarikh kelahiranku kali ini jatuh pd bulan yg penuh barakah. Bulan yg didalamnya tersimpan pelbagai keistimewaan, bulan diturunkan alquran, bulaj berlakunya peperangan pertama dalam islam yakni perang badar, bulan yg amalannya digandakan menjadi sepuluh pahalany, bulan yang teterdapat salah satu malamnya, malam yg lbh baik dr seribu bulan, allahuakbar. Dan bulan yg begitu menyentap tangkai hati, mengubah seluruh kehidupan aku dan keluarga, bulan pemergian kakaknda tercinta kak ja tanggal 8 Ramadhan.

Ya allah. Aku bersyukur ats nikmat pertambahan umur ini, dan kau rahmatilah aku, dan bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang solehahn. AMEEN.

Sunday, July 17, 2011

pengorbanan seorang ayah

Apabila kita menyebut tentang pengorbanan, mesti tergambar di layar lensa kita ibu dan ayah kita. Ini kerana merekalah yang paling banyak berjasa kepada kita sedari kita mencelikkan mata melihat alam atau dunia yang fana ini.

Kali ini post sya lebih ingin saya sentuh berkaitan pengorbanan seorang bapa @ ayah @ abi @ papa dan pelbagai lagi panggilan yang kita panggil.

Pengorbanan seorang ayah yang mithali yang sanggup mengorbankan orang yang dicintainy demi menyahut seruan illahi dapat dilihat dari kisah Nabi Ibrahim as dN anaknya Nabi Ismail. Nabi IbrHim atas rasa ketaatannya yang mendalam terhadap perintah Allah sanggup melaksanakan suatu perkara yang pada manusia seperti kit tidK sanggup utk melaksanakan.

Nabi Allah Nuh as pula, bagaimana sentiasa menyeru kepada anak serta isterinya untuk mentaati perintah Allah. Terus-terusan baginda berdakwah kepada anak serta isterinya sehingga waktu kemuncak ketika banjir telah mula baginda tetap mengajak mereka untuk beriman tetapi mereka tetap tidak mahu.

Begitulah sedikit kisah para anbiha yang memaparkan pengorbanan seorang ayah yang mesti difikirkan bersama. Agar anak-anak dapat menghargai jasa bapa, juga agar anak-anak apabila telah sampai masa untuk menjadi ayah dapat menjadikan para anbiya ini sebagai contoh dalam mengemudi kehidupan.

Waalahu'alam.

Sunday, July 3, 2011

berkuliah di Masjid

alhamdulillah..perancangan hampir 2 bulan yang telah saya selesaikan hari ini,

lbh kurang 2 bulan lalu, seorg pkck dtg dan meminta kepadaku untuk menyampaikan kuliah / ceramah berkaitan dengan bahan kajianku.

ku akui kebuntuan sering menghinggap diri ini, lantaran kerana aku masih tidak dapat menguasai bidang kajian aku ini..bagaimana ingin diterangkan jika aku pun masih tidak menguasainya. oleh itu, aku harus berusaha, berusaha memperbanyakkan pembacaaan untuk lebih memahami.

akhirnya malam tadi mula pkul 11.30 tammat pukul 2.00 pagi aku berjaya menyiapkan slide dibawah tajuk : "Menyingkap Kemukjizatan al-Qur'an".

audience aku terdiri drpd dr sekecil2 budak yakni darjah 1 sehingga la setua2 dewasa...sogan sebenarnya. tp itu lah daie, menyampaikan dan terus menyampaikan.

aku hanya membentangkan secara serface sahaja berkaitan kemukjizatan al-Quran, tetapi respon mereka, mereka begitu teruja.

nah, itulah al-Quran, sarat dengan rahsia, yang tidakkan habis dikaji sehingga hari kiamat.

walaupun aku yang menyampaikan, aku mampu mengambil istifadhah dr al-Quran dan aku dapat belajar menyampaikan dan aku dapat belajar memahami madu'.

moga-moga rahmat Allah sentiasa mengiringi aku.

Wallahu'alam.



Saturday, July 2, 2011

kerajaan manusia vs kerajaan Allah : Ibrah Isra' Mikraj.

menyingkap peristiwa 1400 tahun yang lampau, sebelum turunnya wahyu dr Allah Taala menyuruh suatu penghijrahan dilakukan, terjadi suatu peristiwa yang menguji keimanan setiap yang meyakini lafaz syahadatainnya.

tahun itu merupakan tahun kesedihan, ketika Abu Talib meninggal dunia, maka Rasulullah sudah tidak dapat pertolongan, pelbagai seksaan yang dihantar kepada baginda serta seluruh umat yang beriman, sementar kemudian, ketika rasa sedih masih belum hilang dan memerlukan seorang teman penghibur di sisi, tiba-tiba beliau telah dipanggil menemui sang Pencipta, perginya sahabat,umat pertama,teman, kekasih serta isteri tercinta Khadijah Khuwailid terlampau tidak dapat dibendung.

semakin hari umat islam ditekan, ditindas dan di siksa...semakin hari juga kesedihan nabi semakin bertambah...sehingga la pada suatu malam...tatkala para ahli dunia menikmati tidur..nabi s.a.w. telah diisra'kan ke baitul maqdis...dalam masa yg sangat singkat...setelah itu beliau telah dimikrajkan ke seluruh langit.

apa yang menarik...nabi s.a.w. melalui setiap langit dan telah berjumpa dengan semua nabi-nabi sebelum beliau...sungguh istimewa...sehingga beliau berhenti di baitul makmur...atau jika di bumi ianya kaabah...tempat para malaikat bertawaf....dikatakan nabi2 sebelum beliau hanya dapat sampai ke situ sahaja...

tetapi baginda s.a.w. diberikan kelebihan oleh Allah untuk terus naik ke langit ke tujuh dan sampai ke arasy Allah.

seimbas cerita berkaitan isra' mikraj...apa yang ingin diungkapkan adalah, bagaimana didikan Allah serta cara Allah menghiburkan hati baginda..tatkala baginda mengalami kesedihan yang melampau lantara kematian dua orang pembela beliau...baginda serta umat ditindas, dan diperlecehkan oleh sebuah kerajaan manusia yang sangat zalim...yang berada di dalam lembahan kejahilan dan kegelapan cahaya hidayah...kerajaan manusia yang berpandukan kepada nafsu dan syaitan itu.

maka saat diisra mikrajkan baginda telah diberi peluang melihat kerajaan Allah yang jauh lebih dahsyat yang jauh lebih hebat yang jauh lebih tersusun berbanding kerajaan manusia. Allah mengubat hati baginda dengan menunjukkan bahawa usah bersedih hati dengan apa yang dilakukan golongan Kafir itu, sesungguhnya kerajaan Allah lebih hebat, dan Allah mampu melakukan apa sahaja..yang penting berusaha..dan jangan melayani rasa sedih itu...bersemangat dan terus melangkah..

pengajaran buat kerajaan manusia hari ini, anda adalah lebih teruk dari kerajaan Kafir dahulu sedangkan anda mengaku anda Islam, bahkan penuh menjadi pengerusi kpd persatuan negara2 Islam. apakah anda tidak melihat ibrah dari isra' mikraj Nabi dalam konteks, keciknya kerajaan anda jika dibandingkan dengan kerajaan Allah.

Wallahu'alam.