About

Monday, June 26, 2023

Travelog haji Sarah ~ hari 2






25.6.2023 bersamaan 6 Zulhijjah 1444H iaitu hari kedua kami berada di Mekah.

Memulakan hari ini dengan subuh dibilik. Kemudian sarapan pagi. Pastu berehat. Ada berzikir, ada baca al-Quran, ada pack baju untuk ke Arafah dan ada yang baca buku. Yang terakhir itu saya lah.

Rencananya hari ini kami hendak tunaikan tawaf qudum dan Saie haji. Kami memilih sebelah petang. Jadi dari hotel kami naik van. Kemudian van turunkan kami dan kami pun berjalan masuk ke masjidil haram.

Perasaan yang sama. Alhamdulillah, masyaAllah. Bersyukur direzekikan lagi untuk sampai ke rumah Allah ini. 

Selesai tawaf qudum, azan maghrib. Memang selepas solat akan ada solat jenazah. Selepas maghrib, kami hendak terus saie haji. Kebetulan ketika mencari suami, terjumpa kawannya. Maka saya lah penunjuk arah ke kawannya.

Habis jumpa kawan suami, kami pergi jumpa kawan saya pula. Iaitu di permulaan bukit Safa. Maka bermulalah kami melakukan saie. Sempat bergambar dan beri kiriman suaminya.

Kemudian kami teruskan saie. Sehingga pada kali kelima kami terus stop kerana azan kedengaran. Menghormati azan sekaligus sebenarnya refleksi untuk diri kita, apakah kita mampu tinggalkan urusan dunia yang lain demi menyahut seruan Allah utk solat? Sekalipun urusan agama iaitu saie? 

Selesai solat isyak, kami sambung saie. Setelah selesai bergerak kami di tempat menunggu.

Ketika sedang menulis di blog ini, kami sedang “tersidai” sambil menunggu dua orang dari rombongan kami yang masih belum kelihatan. Apapun, Alhamdulillah terima kasih Allah atas nikmat ini. 

Sunday, June 25, 2023

Travelog Haji Sarah ~ hari 1









Alhamdulillah 24.6.2023 telah berangkat saya bersama suami untuk menyempurnakan rukun Islam ke 5, menunaikan haji di Baitullah.

Jam 1 lebih tengahari kami sudah sampai ke KLIA. Terus check in. Selepas itu, pergi lunch dengan mak, anak2, adik2, adik2 ipar dan anak menakan. Usai lunch, jama zohor asar. Kemudian menanti mak mertua dan adik ipar sampai sebelum kami bergerak masuk ke dalam.

Jam ketika itu pukul 4.10 petang. Selesai urusan dan masuk kenperut kapal terbang jam 5.30 petang. Dan jam 5.40 kapal terbang sudah mula bergerak untuk meninggalkan KLIA.

Perasaan berdebar dan terharu bercampur baur. Laibakallah humma labai labaikala syarikalakalabbaik.

Kami naik Saudia Airline. Alhamdulillah kami miqat haji dan ihram. Maka jadilah kami haji ifrad. Nak buat haji qiran. Its okey.

Alhamdulillah kami sampai airport Jeddah jam 2.00 pagi waktu Malaysia bersamaada. Jam 9.51 waktu Jeddah. 

Ketika menaip di blog ini kami sedang menuju ke penempatan kami. Yang jaraknya 50km dari airport. Alhamdulillah ala kulli hal.


Thursday, November 16, 2017

Menggembara ke Bumi Beijing - 1


Assalamualaikum.
Haiiiii...
Bersawang dah blog saya nie.

Dua kali saya membina blog dengan harapan tak mau guna yang nie dah.
Apakan daya, nama blog ini lah yang memperkenalkan saya dengan dunia blog/

ehhh..kita nak share percutian kita.
Dengan niat memudahkan orang lain, k.

Kenapa kita pilih Beijing?
Selepas Australia, New Zealand, Bangkok, Bandung, Singapore, Maldive juga (List ini untuk jalan-jalan backpackers, selain negara nie, kita jalan-jalan berkumpulan atau dengan keluarga)


Dulu, ayah kita selalu travel ke Beijing. Urusan kerja. Selalu bawak balik Sutera. kita rindu nak pakai sutera sana...eh..kesitu plak/

tak lah...saya tertarik dengan kalam yang orang sebut hadith sedangkan ianya hanya kalam Arabi mungkin "tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". kenapa China? Persoalan ini sering berputar dalam kotak fikiran saya.

dan ayah saya ada beli replika tembok China. Ianya menguatkan keinginan saya untuk menjejaki tembok itu.

Maka, tiket pun dibeli ketika promo free seat 2016.
tarikh berlepa 7 November 2017. Jauhkan? nak buat macam mana nak tiket murah..hehe

tiket kami dapat Rm1800 return. 2 adult, 1 kid, 1infant. luggage pergi 20kg balik 25kg. makan waktu balik.

pada kami tiket itu sudah cukup murah.

hotel pula, kami tempah melalui booking.com. kebetulan hotel tu tengah muroh. tapi tak dak lah murah sangad...

kami tempah untuk tiga malam 691yuan (kadar semasa: RM440). checkin jam 11. checkout jam 12. Oleh kerana kami tambah separuh hari untuk last day, kami kena tambah 115yuan (xingat dalam ringgit)

pada kami harga hotel tu murah dah. sebab dia berada di centre. Dalam post saya seterusnya saya akan cerita detail.

Yiktong card (card Subway), hampa kalau nak beli kad nie, ampa capture gambaq siap-siap tunjuk kat kaunter. Depa buka paham apa ampa cakap. Kad nie 50yuan. 20yuan deposit. 30yuan duit dalam tu.

dah boleh jenjalan guna subway tu ke mana-mana.

owhhh..kami p musim sejuk. Jadi pakaian ofkos kena prepare baju tebal mak nenek...hehe

kami bawak mini rice cooker. Dan lauk-lauk instant. Sebab kami datang bawak anak kecik. Untuk elak mereka berperangai, tipsnya jagalah perut mereka. Jadi, apa kami buat, pagi-pagi kita breakfast nasi. Semua dah kenyang kita keluaq. 

so bila keluar anak kenyang, yang baby dikendong, akan layan tidurnya. Yang abangnya relax n cool berjalan. tak dak perangai. Ingat tau tips nya kenyangkan perut anak waktu breakfast!

Jangan bawak stroller! Tapi kalau anda suka buat manyak kerja. Silakan. Sebab subway dia kadang-kadang ada escalator kadang-kadang tak dak. Kadang-kadang ada lift kadang-kadang tak dak. Tapi hampir semua tempat kami p, majoriti Tangga sahaja. Tangga kawan!

Saya mencadangkan pakai sport shoes. Ia amat berguna apabila banyak berjalan.

bawa Botol kosong semasa berjalan. Kot-kot nak kencing or verak senang. Depa tak dak ayaq dalam tandas. Sinki luaq sahaja. kalau boleh tahan sampai balik hotel, sila tahan! bau tandas dia busuk yakmat.

Dah jalan bawak anak, bawak la ayaq mineral. sekut-sekut untuk depa kudap-kudap.

Okeh itu je tips awai eh. Nanti kita sambung lain. Moga bermanfaat untuk semua.


Friday, February 22, 2013

pernikahan Saya



Assalamualaikum...

telah lama tidak dicoretkan...kekangan masa dan ketidak dapatan internet menyebabkan tidak langsung berhati untuk menaip di sini....


sedikit sharing moment...

Alhamdulillah, saya telah selamat diijab kabulkan dengan seorang 'ustaz' (^__^)

tanggal 20.12.2012 pada jam 9.30malam, dengan majlis yang sederhana tetapi penuh dengan tetamu, termeterailah janji antara Abdul Qayyum dengan Allah Taala untuk menjadi suami kepada saya.

tiada kalam yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan perasaan saya ketika itu...apa2 pun masa itu telah berlalu, sedar tidak sedar telah dua bulan kami melalui kehidupan suami isteri....

pelbagai perkara kami pelajari serta lakukan bersama...

apabila menyentuh soal pergaduhan, tidak dapat saya nafikan...sedangkan lidah lagi tergigit...setakat ni Alhamdulillah bila selisih faham dlm 10-15minit dah kembali okey...

apa yang penting jadikan perbincangan sebagai perkara utama dalam perkahwinan, selain bertolak ansur...

sekian dlu. 

sedikit gambar buat pengunjung blog sy yg di 'branding' daripada Pejuang Jalan Illahi kepada Dunia Qaysara,
majlis belah saya
majlis belah suami saya

Friday, May 18, 2012

Lau Kana Bainana ~Rasulullah suka orang yang sentiasa berpesan-pesan~



lewat tengah malam ini, dalam keadaan berhati2 mengawal hati, terbaca status Ustzah Bahyah di fb nya, ingin rasanya dimuatkan disini untuk mengingatinya dgn lebih lama, dan berpesan-pesan sesama kita:

bagaimana nk kuat bila diuji? cuba hayati


Assamualaikum sahabat FB ustazah yg dikasihi selalu,
Bagaimana nak kuat bila diuji?Cuba hayati kata-kata ini,
Orang yg kuat jiwanya ialah orang yang melihat gangguan dan tekanan hidup bukan sebagai ancaman kepada dirinya,tetapi
sebagai satu latihan ke arah mencapai matlamat hidup iaitu mencari keredhaan ALLAH walaupun terpaksa menempuh berbagai kesusahan dan kesulitan.
Ingatlah sahabatku sekelian,kehidupan ini akan menjadi lebih membahagiakan bila seseorang itu dinaungi rahmat dan kasih sayang ALLAH.
Ya Allah,ampunkanlah aku..kerana adakalanya aku salah sangka kpdMU..
Engkau mengujiku kerana luasnya kasihMU padaku...tp aku menyangka Engkau tidak sayang padaku ya Allah...
Ya Allah,berilah aku kebahagiaan yang abadi hingga bertemu denganMU di dalam syurga..
Malunya aku meminta syurga dariMU ya Allah kerana banyaknya dosaku padaMU..
Namun aku yakin dengan kasih sayangMU yang pasti menerima taubat para hambaMU..
Ampunkanlah segala dosa kami ya Allah..
Terimalah taubat kami ya Allah..
Ya Allah,bimbinglah kami selalu..
agar sentiasa menuju redhaMU,amin..

sekian, Tibbak Lailah.

Thursday, May 17, 2012

Rejab, Sya'ban dan Ramadhan 2012



saat yang dinanti Ramadhan al-Karim semakin menghampiri kita, apakah persediaan yang telah kita lakukan?? tepuk dada tanya iman.

beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan rejab, maka saya tertarik ingin berkongsi tarikh-tarikhnya, semoga kita akan ambil cakna dan kita akan berusaha meningkatkan amalan agar kita cukup bersedia menghadapi Ramadhan al-Karim.

1 Rejab = 22 Mei 2012
1 Sya'ban = 21 Jun 2012
1 Ramadhan = 20 Julai 2012

okey selamat meningkatkan amalan buat yang membaca blog saya dan seluruh muslimin dan muslimat.


Allahu Musta'an

bismillah... terlalu banyak yang bermain di minda, terlalu banyak yang ingin diluahkan...tetapi kesibukan seakan menjerat tangan untuk menerjemahkan ke dalam blog ini....hanya sempat dengan beberapa madah sahaja di fb.

 bercakap soal KESIBUKAN, SIBUK, BUSY dsb...sy merasakan sangat sedih dengan diri sendiri. bagaimana saya tidak mampu menyiapkan diri dengan sebaiknya dalam melalui kesibukan ini....yang akhirnya emosi saya asyik terganggu sahaja...cara yang paling saya gunakan untuk mengendalikan emosi yang turun naik ini hanya melalui mengalunkan kalam Allah...

serabut dalam pikiran saya dengan masa yang diperuntukan untuk anak2 murid menghabiskan masa tasmi' hafazan serta tartil mereka...tetapi bila dilihat, itu adalah tanggungjawab dan adalah sebahagian amalan yang saya akan bawa ke akhirat, saya rasa bahagia melakukannya...

serabut pula dengan handle masalah adik2 kampus bawah pantauan saya...tetapi Allah datangkan pertolongannya dengan kefahaman mereka dan pertolongan dari sahabat2 seangkatan...Alhamdulillah.... 

serabut dengan ketiadaan duit yang sangat kritikal, Allah datangkan kefahaman dari mak dan ayah,lalu mereka menghulurkan sejumlah wang dibuat bekalan...

serabut dengan perangai adik-adik saya yang kesemuanya lelaki dan memerlukan saya untuk bercakap, memahami cara mereka dengan bukan senangnya, Allah runtuhkan ego saya untuk bertanya khabar mereka....maka, kelembutan hati mereka dilihat dan merajuknya mereka akan terubat... tambahan lagi....

serabut dengan pelbagai program yang diletakkan pada Nisa' kawasan secara automatik atas bahu saya....saya menangis sukar mencari jalannya...saya cuba memahami kondisi dan keadaan orang...tapi apakan daya, ianya juga bertahap, saya sampaikan agak terabaikan thesis saya untuk itu. mungkin keikhlasan itu masih belum cukup dipupuk dalam diri saya...

dan akhirnya, Allah uji saya dengan keserabutan thesis, tidak menemui jalan kaedah dan cara terbaik untuk menganalisis dan kesukaran untuk memahami kalam Arab, berhari2 saya solat hajat di waktu qiamullail, hari ini Allah permudahkan untuk saya memahami sedikit sebanyak, tetapi tidaklah sampai kesemuanya. apa2pn saya tetap ingin bersyukur dan saya akan cuba lagi dan tidakkan putus meminta dan mengharap dari Allah. 

ini sahaja ringkasan dari apa yang menyerabutkan saya, dan Allah telah membantu saya...terdapat dua tiga perkara lagi, tetapi biarlah ianya di simpan hanya Allah dan saya sahaja yang mengetahui.

Allahu Musta'an.
semoga redho, rahmat dan kasih sayang Allah mengiringi kehidupan saya dan orang yang saya sayang. 

akhirulkalam,
sirru 'ala barakatillah.