About

Wednesday, March 30, 2011

Usah melabel-Label...


Islam itu agama yang sangat indah. Bukan hanya menjaga hubungan hamba dengan Tuhannya sahaja, tetapi menjaga hubungan hamba sesama hamba hatta menjaga hubungan hamba dengan makhluk yang lain. begitu perfect nya Islam, begitu menjaganya ajaran Islam, ianya tidak lain kerana Islam itu didatangi dari Pencipta yang penuh ketelitian.

menghina, mencemuh, mengata hatta melabel-label, adalah perkara-perkara yang sangat dibenci oleh Allah serta perkara yang sangat-sangat dikehendaki dijauhi kerana ianya membawa kemudharatan yang besar.

antara kemudharatannya adalah :

1. menyebabkan keretakan hubungan sesama manusia
2. menyebabkan mampu sehingga memutuskan tali silraturrahim
3. menyebabkan pergaduhan, yang mana sehingga boleh sampai menjadi peperangan.
4. menyebabkan umat Islam berpecah, dan berpuak-puak..

dan pelbagai lain kesan, yang mna, kesannya kesemuanya NEGATIF, xda yg positif.

moga-moga, kt tidak tergolong dalam golongan yang banyak memberi keburukan pada Islam ini.

Wallahu'alam

Usah melabel-Label...


Islam itu agama yang sangat indah. menjaga hubungan hamba dengan Tuhannya sahaja, tetapi menjaga hubungan hamba sesama hamba hatta menjaga hubungan hamba dengan makhluk yang lain. begitu perfect nya Islam, begitu menjaganya ajaran Islam, ianya tidak lain kerana Islam itu didatangi dari Pencipta yang penuh ketelitian.

menghina, mencemuh, mengata hatta melabel-label, adalah perkara-perkara yang sangat dibenci oleh Allah serta perkara yang sangat-sangat dikehendaki dijauhi kerana ianya membawa kemudharatan yang besar.

antara kemudharatannya adalah :

1. menyebabkan keretakan hubungan sesama manusia
2. menyebabkan mampu sehingga memutuskan tali silraturrahim
3. menyebabkan pergaduhan, yang mana sehingga boleh sampai menjadi peperangan.
4. menyebabkan umat Islam berpecah, dan berpuak-puak..

dan pelbagai lain kesan, yang mna, kesannya kesemuanya NEGATIF, xda yg positif.

moga-moga, kt tidak tergolong dalam golongan yang banyak memberi keburukan pada Islam ini.

Wallahu'alam

Sunday, February 6, 2011

kata-kata Perangsang ari ini..


pepatah Arab ada menyebut :

"Kamu inginkan kecemerlangan, sedangkan kamu tidak berusaha ke arah itu, ingatlah bahawa kapal tidak mungkin belayar di daratan"

"sesiapa yang menanam, dia akan dapat menuai hasilnya"

Saturday, February 5, 2011

Baitul al-QUran = Jiel al-QUran...suatu pengenalan


bila membicarakan mengenai perkahwinan oleh kader-kader dakwah, atau daie, pasti akan kedengaran istilah 'Baitul Muslim'..
siapa yang tidak mengetahui, apakah yang dimaksudkan dengan 'Baitul Muslim'...
dikebanyyakn tempat, apabila telah graduasi atau sudah dapat kerja ataupun, umur sudah meningkat, pasti ada yang akan bertanya sudah mendaftar di bawah Baitul Muslim..
Baitul Muslim ini sangat bagus, ianya untuk memastikan bahawa orang yang kita kahwini ini adalah dikalangan mereka yang se'perjuanga', se'jalan', se'fikrah', dan berbagai-bagai se la...

Suatu kemusykilan yang selalu difikirkan, jika BM ini dibina untuk memastikan yang diatas terlaksana, kenapa masih ada futur, lari, menyepi, hilang dan berbagai istilah lagi dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dan siasah yang selama ini di laksanakan...

oleh itu, suatu pandangan dan impian penulis adalah untuk mewujudkan baitul al-Qur'an...sebb al-Quran adalah petunjuk dalam segala hal kehidupan, ianya adalah kalam cinta Allah kepada hambanya untuk memastikan hambanya selamat dunia dan akhirat...

bila membicarakan soal muslim, tarbiyah, dakwah dan siasah semua itu tersimpan di dalam karya agung itu...di dalamnya diajar, diceritakan, dikiasakan, diumpamakan dan sebagainya agar mudah untuk difahami oleh sekalian manusia jika mereka membaca, mentadabbur al-Qur'an itu.

pembinaan diri, yang sentiasa dekat dengan al-Qur'an seterusnya pembinaan hubungan melalui perkahwinan dirasakan sangat2 diperlukan oleh seorang lelaki dan perempuan. kerna untuk melahirkan generasi al-Quran (جيل القران) di dalam sesebuah negara, mestilah bermula dari dalam keluarga, yang mana tunjangnya adalah ayah dan ibu, lelaki dan perempuan atau lebih tepatnya suami dan isteri..

generasi al-Quran adalah generasi yang sangat baik....

Thursday, January 27, 2011

pesanan buat DIRI yang leka.

ayat bekalan buat diri, yang diberi peluang oleh Allah untuk bangun, tapi sering alpa dan lalai,
juga bekalan ayat cinta Allah buat diri yang sering menikmati tidur tanpa melihat nilai kasih sayang Allah yang besar itu,..



16. mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka.
surah al-Sajdah : 16

 

Wednesday, January 26, 2011

motivational circle@Nisa' Kelana Jaya


alhamdulillah, bertempat di salah sebuah rumah pendokong Nisa' kelana jaya telah berlangsung motivational circle...bertarikh 18 jan 2011..

tujuan diadakan, tidak lain untuk mem'bainding' ahli serta pendokong Nisa' kelana jaya...penggerak Nisa' ada 4 orang..tp alhamdilillah hasil MC ni, berjaya membawa 3 org ahli lg...


nk share apa yang dpt dlm MC ni, yang mana di sampaikan oleh Kak Mas, mantan ketua Nisa' Malaysia n calon kwns kelana jaya...

1st...kak Mas minta mula majlis dengan bacaa surah al-Fatihah..kak Mas pesan, bacalah dengan penuh penghayatan yakni memahami maknanya dan insafi..cukup dengan surah al-fatihah menunjukkan keagungan Allah dan betapa kerdilnya kita dihadapannya..

kemudian...menyentuh berkaitan perkara asas dalam kehidupan yang mana menjadi tunjang kita orang Islam adalah, rukun Islam..
jika diperhati rukun islam ini meliputi seluruh kehidupan kita,.
1. solat ia berkaitan dengan pembinaan diri
2. puasa pula berkaitan self control, sebagai contoh, apabila kita diperlakukan dengan perkara yang buruk oleh orang sekeliling, kita tidak berdendam dan membalasnya, tetapi kita bersabar dan tunjuk contoh yg baik, yakni dianalogikan seperti orang baling batu, kt bagi bunga.
3. zakat pula, adalah lebih kepada strategi
manakala shahadatain n haji, xingt apa yg dikaitan...

suatu perkara yg always kak mas cakap, yang kak mas petik dari butir kalam tok guru nik Aziz adalah, letakkan akhirat depan mata, dunia bawah dagu...once kita buat mcm ni, ia akan menyebabkan kt sentiasa buat kebajikan non stop dan tanpa mengharapkan ganjaran duniawi..
ini adalah sharing apa yg dapat sepanjang 2 jam bersama kak mas dlm MC, moga2 MC akan datang lebih ramai yang datang, dan ada perkara baru yang dapat di share di lembaran maya ini.
Insyaallah..


Tuesday, January 18, 2011

keRINDUan yang terUBAT...




9HB lepas, ada majlis solat hajat kat stadium melawati shah Alam..
alhamdulillah, Allah memberi kesempatan pdku untuk pergi ke sana...


antara yg memberi pidato ari itu adalah,
orang yang aku sangat rindu akan kalam yg bakal dituturkannya...
rindu akan nasihat, peringatan yang kadanga2 bisa menerbitkan mutiara jernih...
ia adalah tok guru Nik Aziz...


apa yang menarik hatiku untuk jatuh sayang pada tok guru ini adalah, apabila ia berbicara, ia sentiasa memberi peringatan berkaitan dengan kematian...
bukankan antara ciri sahabat yang baik, apabila kita melihat wajahnya kita akan mengingati kematian dan menangisi dosa yang dilakukan??

begitulah apa yg kurasai tatkala melihat wajahnya, mendengar kalam butir bicaranya..
beliau acapkali mengingatkan umat Islam dan seluruh rakyat bahawasanya kita pasti akan mati..
dan bagaimana keadaan mati kita seandainya amalan atau perbuatan kita di dunia ini penuh dengan dosa dan kemaksiatan kepadanya..??

beliau mengajak dirinya dan umat Islam akan kembali memuhasabah diri, sentiasa koreksi diri,
memastikan setiap gerak langkah, perjalanan hidup sentiasa dibawah keredhoan illahi, supaya mardhotillah sentiasa mengiringi diri, dunia mahupun akhirat..

beliau juga meminta agar, berusaha bersungguh2 untuk memastikan cahaya islam menyinari bumi Malaysia, kerana Malaysia sudah hampir 50 tahun berada di dalam kegelapan..

beliau mengakhiri ucapan beliau dengan, bacaan doa memohon keberkatan kepada Allah, dan diaminkan oleh ribuan hadirin..Aminn..