About

Tuesday, May 17, 2011

Hujan yg Turun membawa sejuta nikmat..

bismillahirahhamanirrahim..

beberapa hari yang lepas..kepanasan melampau-lampau...

tika malam menjelma, tidak dapat melenakan diri, lantaran kerana suhu kepanasan yang sangat tinggi,

menyenggat betull...

waktu siang plk, walaupun kipas di tala tepat pada badan nie, still panas...haba yg kipas keluarkan tu terasa bahang...

balik rmh, dgn tujuan nk tidur pakai aircond...xjd apa2 pun...

tetap panas...sampai xdpt tido langsung...

benar...PANAS itu sangat menguji keimanan seseorang itu, termasuk aku, yg mmg jenis Panas je memanjang...

kalau waktu biasa, waktu ada hujan aku tetap rasa panas melainkan aku rajin minum air mineral.. minum dgn sebanyak2 nya...

Alhamdulillah wa Syukrillah atas nikmatnya..

nikmat hujan...

dalam al-Quran banyak ayat Allah berkaitan dengan air hujan nie...

antaranya :

Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan


yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri


yang kering tandus tanahnya. sedemikian itulah pula kamu 


akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).


Al-Zukhruf (43) : 11






Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami 

tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-

tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman 

yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-

butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon 

tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) 

tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan 

(Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta

 buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) 

dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada 

buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.

 Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-

tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-

orang yang beriman.

Al-An'am : 99


dan terdapat banyak lagi ayat al-Quran berkaitan hujan.

maka dpt di simpulkan bahawa hujan ini sangat penting dlm 

sesebuah kehidupan. tanpanya sukar utk sesuatu itu hidup. 

maka, apb hujan, jgn lamengeluh, tp bersyukurlah. moga2 kt 

menjadi orang yg bersyukur.

Monday, May 9, 2011

USAH berkira untuk mendapat ILMU

ALHAMDULILLAH...perkataan yg tepat utk kurniaanNya yang terlampau banyak padaku. cuma suatu persoalannya, sejauh mana akan 'membalas'nya.

sempena pesta buku baru-baru nie,
aku berkesempatan untuk menyinggahkan diri di sna..tidak lain untuk memborong buku-buku yang tertampat di hati dalam masa kurang setengah jam..

jumlah buku yg dibeli kali ini adalah kurang dari yang lepas
tp harganya tetap sama..

aku p ari jumaat,
menyempat diri membeli 3 buah buku di PTS dan sebuah al-Quran sebagai hadiah untuk hari kelahiran ibunda tercinta.


sempat baca buku ini untuk 2 bab, selebihnya akan di sambung, 
buku nie cerita tentang apa yg lelaki fikiran dan apa yg perempuan perlu dan tidak perlu buat.
turut di muatkan bagaimana menjadi lelaki yg sejati
ini bermakna bukan untuk perempuan, tp untuk lelaki jgk.

buku nie, xsmp baca lg, just tgk pd isi kandungan dia,
pengarang mengajak untuk melakukan penulisan mengambil contoh dalam surah Yusuf.


buku nie sangat famous selepas Ust Hasrizal memperkenalkannya.
buku nie xsmpt baca lg


buku nie karang Prof Zul, penyelia disertasi master aku,
Prof nie hebat, kagum dgn dia
utk buku nie ari 2 prof Zul minta aku jd pembaca pruf
so, sedikit sebanyak, ilmunya sudah ada di kepala
dalam buku nie, ustaz ada selik sikit nama aku
xsangka, dan sangat2 berterima kasih pd ust


Humaira Izham - nama pena ku ke??
syukran prof Zul

seterusnya buku yang ingin di beli dan dipesan kpd saie


sempat baca buku nie..banyak bab dah..
salah satu nk share adlh
setiap kita berhak 'memilih senjata'
untuk menentukan kehidupan kita


nie buku terakhir
sempat baca bab pengenalan je
utk memahami apa yang ingin pengarang sampaikan

moga-moga pembelian buku ini bukan suatu yang sia-sia atau suatu pembaziran, tp ilmu yang di dalamnya dpt di praktikkan even penulisnya dr barat.

okey, buat yang telah membuat pilihan dengan membeli buku yang ada pada anda sekarang, teruskan membaca dan mengamalkannya. moga2 kita menjadi hamba yang bersyukur. di beri nikmat buku itu dan mengamalkkannya. Amin.

Tuesday, May 3, 2011

ulser oh ulser

astaghfirullah...
sakitnya hanya Allah je yg tau..
selama nie ulser hanya jd di sekitar depan, bibir dan dinding mulut je..
tetapi kali ni Allah beri ujian ulser tu berada di kerongkong..kiri dan kana..
bayangkan bagaimana ingin makan n minum dlm keadaan sebegitu..
Allahuakbar...
kali ini memerlukan kesabaran yang tinggi.

sekadar gambar hiasan sahaja..sumber dr google..

Ya Allah, sihatkan tubuh badan ku dalam keadaan keimanan serta ketakwaan,
berikanku kesabaran dan rasa bersyukur atas segala sesuatu.
Amin.

Wednesday, March 30, 2011

Usah melabel-Label...


Islam itu agama yang sangat indah. Bukan hanya menjaga hubungan hamba dengan Tuhannya sahaja, tetapi menjaga hubungan hamba sesama hamba hatta menjaga hubungan hamba dengan makhluk yang lain. begitu perfect nya Islam, begitu menjaganya ajaran Islam, ianya tidak lain kerana Islam itu didatangi dari Pencipta yang penuh ketelitian.

menghina, mencemuh, mengata hatta melabel-label, adalah perkara-perkara yang sangat dibenci oleh Allah serta perkara yang sangat-sangat dikehendaki dijauhi kerana ianya membawa kemudharatan yang besar.

antara kemudharatannya adalah :

1. menyebabkan keretakan hubungan sesama manusia
2. menyebabkan mampu sehingga memutuskan tali silraturrahim
3. menyebabkan pergaduhan, yang mana sehingga boleh sampai menjadi peperangan.
4. menyebabkan umat Islam berpecah, dan berpuak-puak..

dan pelbagai lain kesan, yang mna, kesannya kesemuanya NEGATIF, xda yg positif.

moga-moga, kt tidak tergolong dalam golongan yang banyak memberi keburukan pada Islam ini.

Wallahu'alam

Usah melabel-Label...


Islam itu agama yang sangat indah. menjaga hubungan hamba dengan Tuhannya sahaja, tetapi menjaga hubungan hamba sesama hamba hatta menjaga hubungan hamba dengan makhluk yang lain. begitu perfect nya Islam, begitu menjaganya ajaran Islam, ianya tidak lain kerana Islam itu didatangi dari Pencipta yang penuh ketelitian.

menghina, mencemuh, mengata hatta melabel-label, adalah perkara-perkara yang sangat dibenci oleh Allah serta perkara yang sangat-sangat dikehendaki dijauhi kerana ianya membawa kemudharatan yang besar.

antara kemudharatannya adalah :

1. menyebabkan keretakan hubungan sesama manusia
2. menyebabkan mampu sehingga memutuskan tali silraturrahim
3. menyebabkan pergaduhan, yang mana sehingga boleh sampai menjadi peperangan.
4. menyebabkan umat Islam berpecah, dan berpuak-puak..

dan pelbagai lain kesan, yang mna, kesannya kesemuanya NEGATIF, xda yg positif.

moga-moga, kt tidak tergolong dalam golongan yang banyak memberi keburukan pada Islam ini.

Wallahu'alam

Sunday, February 6, 2011

kata-kata Perangsang ari ini..


pepatah Arab ada menyebut :

"Kamu inginkan kecemerlangan, sedangkan kamu tidak berusaha ke arah itu, ingatlah bahawa kapal tidak mungkin belayar di daratan"

"sesiapa yang menanam, dia akan dapat menuai hasilnya"

Saturday, February 5, 2011

Baitul al-QUran = Jiel al-QUran...suatu pengenalan


bila membicarakan mengenai perkahwinan oleh kader-kader dakwah, atau daie, pasti akan kedengaran istilah 'Baitul Muslim'..
siapa yang tidak mengetahui, apakah yang dimaksudkan dengan 'Baitul Muslim'...
dikebanyyakn tempat, apabila telah graduasi atau sudah dapat kerja ataupun, umur sudah meningkat, pasti ada yang akan bertanya sudah mendaftar di bawah Baitul Muslim..
Baitul Muslim ini sangat bagus, ianya untuk memastikan bahawa orang yang kita kahwini ini adalah dikalangan mereka yang se'perjuanga', se'jalan', se'fikrah', dan berbagai-bagai se la...

Suatu kemusykilan yang selalu difikirkan, jika BM ini dibina untuk memastikan yang diatas terlaksana, kenapa masih ada futur, lari, menyepi, hilang dan berbagai istilah lagi dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dan siasah yang selama ini di laksanakan...

oleh itu, suatu pandangan dan impian penulis adalah untuk mewujudkan baitul al-Qur'an...sebb al-Quran adalah petunjuk dalam segala hal kehidupan, ianya adalah kalam cinta Allah kepada hambanya untuk memastikan hambanya selamat dunia dan akhirat...

bila membicarakan soal muslim, tarbiyah, dakwah dan siasah semua itu tersimpan di dalam karya agung itu...di dalamnya diajar, diceritakan, dikiasakan, diumpamakan dan sebagainya agar mudah untuk difahami oleh sekalian manusia jika mereka membaca, mentadabbur al-Qur'an itu.

pembinaan diri, yang sentiasa dekat dengan al-Qur'an seterusnya pembinaan hubungan melalui perkahwinan dirasakan sangat2 diperlukan oleh seorang lelaki dan perempuan. kerna untuk melahirkan generasi al-Quran (جيل القران) di dalam sesebuah negara, mestilah bermula dari dalam keluarga, yang mana tunjangnya adalah ayah dan ibu, lelaki dan perempuan atau lebih tepatnya suami dan isteri..

generasi al-Quran adalah generasi yang sangat baik....