About

Friday, November 18, 2011

dia inspirasiku ~ Al-Syahid Dr. Abdullah Azzam~

berpeluang menelaah sebuah buku yang salah satunya menceritakan berkaitan Abdullah Azzam...terimbau saat2 di bumi Jordan. Wajib ku akui di sini, selain pemimpin negara ini seperti Tok Guru Nik Aziz, AllahYarham Ust Fadhil Mohd Noor dll aku tidak mengenali pejuang2 luar kecuali Abdullah Azzam. Perkara ini berkemungkinan berlaku kerana tidak terdedahnya aku dgn orang2 Haraki. sehingga sesampainya aku ke Jordan ketika aku dipenghujung tingkatan 2.

 aku diberi pinjam oleh kak yati bukunya berkaitan dengan Abdullah Azzam. ketika itu aku sekadar baca untuk mengetahui. tetapi berlainan pula kali ini, ketika aku melalui proses pengulangan kisahnya suatu kelainan berlaku pada ku. aku menjadi sangat kagum padanya. kadang-kadang aku berasa lemah dan penat kerna aku mesti menggerakkan agenda dakwah dan tarbiyah di samping menyiapkan tesis aku. berat rasanya. tumpu dakwah terlepas tesis, tumpu tesis terbantut dakwah. tp apabila membaca kisah sejarah Abdullah Azzam menjadikan aku terus bersemangat. dan aku akan menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi ketika aku mahu hilang dan lari.

 Abdullah Azzam adalah seorang pejuang, pejuang mempertahankan Afganistan. Pejuang dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah. Pejuang dalam membina jiwa-jiwa yang cintakan syahid pada semua lapisan/ golongan terutamanya ANAK MUDA.

sekalipun sibuk sebegitu, beliau berjaya menyiapkan tesis master beliau. dan kemudian beliau berjaya mendapat status Doktor Falsafah. Alangkah hebatnya beliau. dengan jiwa yang mempunyai roh jihad, beliau perturunkannya sehingga berbondong-bondong umat manusia berjuang bersama. Beliau menjadi sasaran utama pihak Yahudi Laknatullah. Sehingga akhirnya beliau menemui SYAHID yang diimpikannya tatkala beliau dalam perjalanan bersama dua anaknya di dalam sebuah kereta menuju ke Masjid pada hari Jumaat. Mayat beliau tidak mempunyai luka yang banyak hanya sedikit darah dihidungnya. dan beliau berkeadaan senyum. Alangkah istimewannya beliau. mungkinkah senyuman itu hasil dari beliau melihat bidadari yang sangat cantek menjemputnya atau beliau sedang kegembiraan berada di dalam syurga Allah. Waalahu Taala A'alam.


 "AKU INGIN MENJADI SEPERTI AS-SYAHID ABDULLAH AZZAM. KESIBUKKANNYA DALAM URUSAN JIHAD. IAITU JIHAD MEMBEBASKAN BUMI AFGHANISTAN, KESIBUKKAN DALAM MENARIK ANAK MUDA, BERDAKWAH UNTUK BERSAMA-SAMANYA BERJIHAD MENEGAKKAN KALIMATULLAH. BELIAU MUNCUL SEBAGAI SYUHADA YANG SELESAI DALAM MASTER SERTA PHD NYA. BELIAU TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA URUSAN 

DAKWAH, TARBIYAH DAN JIHAD TIDAK SEKALI-KALI MENGHALANG DALAM KITA MENYELESAIKAN URUSAN DUNIAWI.

No comments: