About

Saturday, September 27, 2008

peringatan Buat Diri


Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

Ahlan Wa Sahlan..

Assalamualaikum..
segala puji-pujian hanya di rafa' kan ke hadrat illahi kerana Dia telah memberi kesempatan kepada ana untuk membina blog ini dan Dia masih memberikan ana 2 nikmat yang paling besar yakni nikmat iman dan islam.
selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia, penghulu sekalian Nabi, tidak dilupakan buat ahli bait serta sahabat-sahabat baginda yang menjadi penghuni syurga yang mana akan ku jejaki mereka juga.
Al-Fatihah juga buat arwah kakak kesayanganku Siti Hajar yang telah kembali menghadapi illahi dalam keadaan yang cukup tenang dan insyaAllah beliau sebenarnya telah dikembalikan kepada tuhannya dalam keadaan yang penuh kenikmatan lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh barakah ini, bula Ramadhan al-Karim.
awwalan, sudah lama kiranya ingin saya membina blog ini, seingat saya arwah kakak penah mengajak saya membina blog bagi menyahut seruan ayah supaya berdakwah menggunakan medium dakwah internet, tapi atas kesibukan masing-masing, tidak dapat kami membina samapai ke akhir hayatnya impiannya untuk membina blog bersama saya tidak tercapai. tidak mengapa lah biarkan saya yang meneruskan impiannya, kerana sesungguhnya kematian pasti menjemput kita. cuma bezanya lambat ataupun cepat sahaja.