About

Wednesday, August 24, 2011

kenapa suka sangat ek merokok..

Selalu bermain difikiranku...nikmat sangat ke isap rokok 2 ek...
Sedap macam makan laksa mak buat ka...sedap mcm nasi kerabu pkck pasar mlm kerinchi buat ke...
Adoii.
Sunggub xmemahami..
Ada 3 peristiwa yg aku dpt saksikn lewat seminggu ini di sepuluh malam terakhir ini...
pertama : ketika tengah cuba mendapat keberkatan iaitu bersahur di bulan ramadhan pd satu hari nie..tiba2 aku terbau asap rokok..yg biasa aku bau xkira masa dibulan selain ramadhan..sedangkan sebelum aku melelapkan diri di wkt mlm bau yg sama turut aku bau...terfikir aku, kalo sahur pun kena dgn rokok ke???... adakah dengan merokok kt termasuk dikalangan umat nabi yg bersahur ke...sbb nabi pnh sebut "bersahurlah, krn pdnya terdapat keberkatan".
kedua...ketika aku smp ke masjid tnb utk berbuka (tp dh azan dh pun, terlewat 5 minit sbb jem), aku nampk ada sorg pkck (muda lg la) sedang merokok...dia berbuka dgn merokok ke?? Pening aku fikir...bukan ke kt nk jd umat nabi dgn mengamalkan sunnah2nya. Nabi berbuka dgn tamar dan air. Bukan dgn rokok 2. Astaghfirullah.
Ketiga : saat kaki melangkah hendak ke surau bwh rumah utk bertarawikh di sana, berselisih dgn sorg pkck (muda jgk) pakai seluar pendek sambil menghisap rokok. Allahuakbar. Sedangkn wkt trsebut imam tgh slt tarawikh rakaat pertama. (Aku akui ari 2 aku solat isyk di rumH,lantaran krn kepenatan).

sehingga sekarang aku hanya mampu mengucapkan, zikrullah saat perkara ini kembali bermain di lensa mata ini..aku sentiasa mendoakan mrk2 ini sedar kesalahn mrk dan berusaha utk berubah seperti aku doakan pkck2 aku. Yang alhamdulillH,mrk tlh berubah dan tidak merokok.

Katakan TAK NAK pd MEROKOK, Kerana Tak Nak merokok adalah TAK NAK pd KEZALIMAN DIRI SENDIRI. TAK NAK UNTUK JADI HAMBA ALLAH DAN UMAT NABI YANG INGKAR.

Waallahu'alam.

Tuesday, August 9, 2011

ulangtahun kelahiranku


Tanggal 4 ogos 1987, aku dilahirkan di sebuah kediaman mewah di kampung paya perlis. Kehadiranku mengisi kehidupan suami isteri yg sudah mempunyai seseorang anak perempuan. Mereka bersyukur ke hadrat illahi ats limpahan nikmat pemberian seorang anak yanv hari kelahirannya tepat jatuh pd hari raya korban. Mengimbau sejarah Nabi Allah Ibrahim yg di perintahkan oleh Allah utk menyembelih puteranya Nabi Allah Ismail pd wkt itu. 9 Zulhijjah.

Mungkin kelahiranku yg jatuh pd hari yg penuh bersejarah itu merupakan suatu petanda bagi diri ini bahawa aku mesti melakukan pengorbanan lbh dr mrk yg tidak lahir pd hari itu. Itu apa yg aku sedari pd tahun ini. Tahun yg ke 24 aku diberi nikmat pinjaman umur dr Allah.

Antara perkara yg aku bertekad dr berazam adalah aku perlu berkorban segala2nya demi menyahut perintah Allah.

1. Orang beriman itu mereka mengajak kepada yg makruf dan meninggalkan yg mungkar, mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.
2. Menjalankan suatu perniagaan yg tidakan rugi sampai bila2 bahkan aku mendapat pulangan yg melimpah ruah iaitu beriman kpd Allah dan Rasulnya, berjihad berjuang di jalan Allah dengan harta,nyawa dsb.
3. Berkorban dalam membantu mereka yg memerlukan pertolongan.

Alhamdulillah, tarikh kelahiranku kali ini jatuh pd bulan yg penuh barakah. Bulan yg didalamnya tersimpan pelbagai keistimewaan, bulan diturunkan alquran, bulaj berlakunya peperangan pertama dalam islam yakni perang badar, bulan yg amalannya digandakan menjadi sepuluh pahalany, bulan yang teterdapat salah satu malamnya, malam yg lbh baik dr seribu bulan, allahuakbar. Dan bulan yg begitu menyentap tangkai hati, mengubah seluruh kehidupan aku dan keluarga, bulan pemergian kakaknda tercinta kak ja tanggal 8 Ramadhan.

Ya allah. Aku bersyukur ats nikmat pertambahan umur ini, dan kau rahmatilah aku, dan bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang solehahn. AMEEN.