About

Friday, May 18, 2012

Lau Kana Bainana ~Rasulullah suka orang yang sentiasa berpesan-pesan~



lewat tengah malam ini, dalam keadaan berhati2 mengawal hati, terbaca status Ustzah Bahyah di fb nya, ingin rasanya dimuatkan disini untuk mengingatinya dgn lebih lama, dan berpesan-pesan sesama kita:

bagaimana nk kuat bila diuji? cuba hayati


Assamualaikum sahabat FB ustazah yg dikasihi selalu,
Bagaimana nak kuat bila diuji?Cuba hayati kata-kata ini,
Orang yg kuat jiwanya ialah orang yang melihat gangguan dan tekanan hidup bukan sebagai ancaman kepada dirinya,tetapi
sebagai satu latihan ke arah mencapai matlamat hidup iaitu mencari keredhaan ALLAH walaupun terpaksa menempuh berbagai kesusahan dan kesulitan.
Ingatlah sahabatku sekelian,kehidupan ini akan menjadi lebih membahagiakan bila seseorang itu dinaungi rahmat dan kasih sayang ALLAH.
Ya Allah,ampunkanlah aku..kerana adakalanya aku salah sangka kpdMU..
Engkau mengujiku kerana luasnya kasihMU padaku...tp aku menyangka Engkau tidak sayang padaku ya Allah...
Ya Allah,berilah aku kebahagiaan yang abadi hingga bertemu denganMU di dalam syurga..
Malunya aku meminta syurga dariMU ya Allah kerana banyaknya dosaku padaMU..
Namun aku yakin dengan kasih sayangMU yang pasti menerima taubat para hambaMU..
Ampunkanlah segala dosa kami ya Allah..
Terimalah taubat kami ya Allah..
Ya Allah,bimbinglah kami selalu..
agar sentiasa menuju redhaMU,amin..

sekian, Tibbak Lailah.

Thursday, May 17, 2012

Rejab, Sya'ban dan Ramadhan 2012



saat yang dinanti Ramadhan al-Karim semakin menghampiri kita, apakah persediaan yang telah kita lakukan?? tepuk dada tanya iman.

beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan rejab, maka saya tertarik ingin berkongsi tarikh-tarikhnya, semoga kita akan ambil cakna dan kita akan berusaha meningkatkan amalan agar kita cukup bersedia menghadapi Ramadhan al-Karim.

1 Rejab = 22 Mei 2012
1 Sya'ban = 21 Jun 2012
1 Ramadhan = 20 Julai 2012

okey selamat meningkatkan amalan buat yang membaca blog saya dan seluruh muslimin dan muslimat.


Allahu Musta'an

bismillah... terlalu banyak yang bermain di minda, terlalu banyak yang ingin diluahkan...tetapi kesibukan seakan menjerat tangan untuk menerjemahkan ke dalam blog ini....hanya sempat dengan beberapa madah sahaja di fb.

 bercakap soal KESIBUKAN, SIBUK, BUSY dsb...sy merasakan sangat sedih dengan diri sendiri. bagaimana saya tidak mampu menyiapkan diri dengan sebaiknya dalam melalui kesibukan ini....yang akhirnya emosi saya asyik terganggu sahaja...cara yang paling saya gunakan untuk mengendalikan emosi yang turun naik ini hanya melalui mengalunkan kalam Allah...

serabut dalam pikiran saya dengan masa yang diperuntukan untuk anak2 murid menghabiskan masa tasmi' hafazan serta tartil mereka...tetapi bila dilihat, itu adalah tanggungjawab dan adalah sebahagian amalan yang saya akan bawa ke akhirat, saya rasa bahagia melakukannya...

serabut pula dengan handle masalah adik2 kampus bawah pantauan saya...tetapi Allah datangkan pertolongannya dengan kefahaman mereka dan pertolongan dari sahabat2 seangkatan...Alhamdulillah.... 

serabut dengan ketiadaan duit yang sangat kritikal, Allah datangkan kefahaman dari mak dan ayah,lalu mereka menghulurkan sejumlah wang dibuat bekalan...

serabut dengan perangai adik-adik saya yang kesemuanya lelaki dan memerlukan saya untuk bercakap, memahami cara mereka dengan bukan senangnya, Allah runtuhkan ego saya untuk bertanya khabar mereka....maka, kelembutan hati mereka dilihat dan merajuknya mereka akan terubat... tambahan lagi....

serabut dengan pelbagai program yang diletakkan pada Nisa' kawasan secara automatik atas bahu saya....saya menangis sukar mencari jalannya...saya cuba memahami kondisi dan keadaan orang...tapi apakan daya, ianya juga bertahap, saya sampaikan agak terabaikan thesis saya untuk itu. mungkin keikhlasan itu masih belum cukup dipupuk dalam diri saya...

dan akhirnya, Allah uji saya dengan keserabutan thesis, tidak menemui jalan kaedah dan cara terbaik untuk menganalisis dan kesukaran untuk memahami kalam Arab, berhari2 saya solat hajat di waktu qiamullail, hari ini Allah permudahkan untuk saya memahami sedikit sebanyak, tetapi tidaklah sampai kesemuanya. apa2pn saya tetap ingin bersyukur dan saya akan cuba lagi dan tidakkan putus meminta dan mengharap dari Allah. 

ini sahaja ringkasan dari apa yang menyerabutkan saya, dan Allah telah membantu saya...terdapat dua tiga perkara lagi, tetapi biarlah ianya di simpan hanya Allah dan saya sahaja yang mengetahui.

Allahu Musta'an.
semoga redho, rahmat dan kasih sayang Allah mengiringi kehidupan saya dan orang yang saya sayang. 

akhirulkalam,
sirru 'ala barakatillah.

Saturday, February 11, 2012

Sentuhan Hati ~Di Bawah Lindungan Ka'abah~


setelah usai mengemas rumah dan berdhuha, ana mula mengalihkan pandangan mengadap laptop, niat hari ingin meneruskan pembacaan penulisan...tetapi terpanggil untuk menyambung tontonan sebuah filem Indonesia "Di Bawah Lindungan Ka'abah"

Subhanallah sekalipun ianya bekisar sebuah percintaan yang diklasifikasikan sebagai cinta terlarang, tetapi mereka tetap yakin kepada Allah.

antara beberapa dialog dalam movie ini yang telah menyentap pemikiran, menyentuh hati akhirnya membuahkan suatu kefahaman ialah:

1. saat ibunya menyatakan tentang kejayaan beliau yang merupakan sedikit Rahmat Allah, Hamid menjawab:  "jangan mengukur dari yang tampak, apa yang tampak berasal daripada tidak tampak, apa yg tampak pd diriku berasal drpd yg tidak tampak, iaitu Allah."

2. pesan ibu Hamid saat Hamid hendak keluar dari kampungnya untuk mejalani hukuman yang dikenakan keatas dirinya, ibunya berpesan padanya: "Ingatlah bahawa ketika kau tidak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.

3. ketika Zainab bertanya kepada Hamid "engkau tentu sedih dan menderita sekali ketika dibuang dari kampung ini, bagaimana caranya kau melewati semuanya itu Hamid?
Jawab Hamid: utk melewati badai kita harus terus berjalan dan tidak berhenti, dan untuk berjalan perlu ada dua  perkara ini, iaitu keyakinan dan cinta.

selain dari dialog yang menyentuh hati, satu benda yang menarik utk dikongsi adalah kesungguhan Hamid untuk pergi menunaikan Haji. Allahu Robbi, perkenankan juga permintaan ku yang ingin sekali sampai ke sana kembali, masih terbayang dilensa mataku keindahan bumi Mu dan kekasihMu. haruman Raudhah menusuk rongga hidungku, menatap Masjid Mu memukaukan pandangan, melihat Ka'abah yang dibina Ibrahim a.s. mengerdilkan diriku yang hina ini, bersaie antara safa dan marwah dengan memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. bertahalul demi mengikut sunnah RasulMu.

Ya Allah sampaikan aku lagi ke sana, izinkan aku untuk mejadi Tetamu Rumah Mu ya Allah.

Hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku meminta pertolongan.

Baitu Mawaddah Kerinchi.

Friday, February 3, 2012

Lau Kana Bainana ~ Mari berinfak/sedeqah ~

Sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak ada hasad kecuali dalam dua perkara, iaitu seorang laki-laki yang diberi al-Quran lalu dia mengamalkannya (dengan melaksanakannya dan membacanya) di malam dan siang hari, dan seorang laki-laki yang diberi harta lalu dia menginfakkannya di malam dan siang hari"

yang dimaksudkan, hasad di sini adalah ghibthah, iaitu berharap sama dengan orang yang dihasadi (tanpa berharap hilangnya nikmat darinya). Ini boleh dan dia mendapatkan apa yang dia niatkan. Jika dia berharap hilangnya nikmat, maka itu haram hukumnya dan itulah hasad yang tercela.

Friday, January 6, 2012

Muhasabah Awal Tahun & Persiapan Masa Hadapan



Assalamualaikum,
Selamat Malam buat Pembaca di malam ini,

ingin saya kongsikan suatu nasyid yang telah menginsafkan saya dan menyesakkan dada saya. Dan saya akan jadikan ia muhasabah di awal tahun saya ini dan bekalan persiapan untuk masa hadapan.

video


Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibal kalau mau sedap

Nun disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayoh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana

Ayoh bersegeralah menuju Alloh
Qoatillah??? Dia minta ampun pada-Nya
Wajib bila - bila ??? masa benih tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Bukan sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar besuk kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah i'tibal kalau mau sedap

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal


















FIKIR & ZIKIR


bismillah,
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan hari ini. masih boleh berdiri untuk melaksanakan peranan sebagai hamba-Nya.
Sekalipun, Allah telah menguji saya untuk satu kesihatan yang telah lama tidak dirasai, kesakitan yang menjadikan saya sukar untuk tidur malam,
dan ianya Alhamdulillah kembali pulih saat selepas saya bangun dari tidur selepas saya bermunajat panjang pada-Nya. Syukur pada-Mu ya Allah.

memulakan pagi dengar mendengar pengisian rohani, bekalan untuk menjadi hamba Allah yang Taat.

sedikit ilmu yang ingin di kongsi.

"Diam kita FIKIR,

Bercakap kita ZIKIR"

Subhanaallah, kata-kata hikmah dan motivasi saya pada hari ini, dan ingin berkongsi bersama semua,

FIKIR, 
di dalam al-Qur'an terlampau banyak ayat yang Allah tekankan mengenai fikir, ulul al-bab, afala tafakkarun, dsb. Allah memerintah kita untuk sentiasa berfikir, berfikir dalam banyak perkara, berfikir tentang kehidupan kita, berfikir tentang ciptaan Allah, berfikir untuk kehidupan akhirat, dan pendeknya perlunya kita untuk berfikir.

penekanan Al-QUr'an untuk proses berfikir ini, turut mendapat perhatian barat untuk di olah. jika dilihat di kebanyakkan buku motivasi, penekanan diberikan kepada budaya berfikir. berfikir mampu menjadikan kita seorang yang sangat berkualiti dan bermanfaat bukan sahaja buat diri kita tetapi untuk semua yang berada disekeliling kita.

ZIKIR,
di dalam bahasa Arab, zikir ini membawa pengertian "ingat". tazkirah = "peringatan". dan zikir ini pula adalah cara untuk mengingati Allah Taala. suatu proses pembersihan hati. Tazkiyatun al-Nafs.

dengan cara berzikir iaitu mengingati Allah ini, menjadikan seseorang itu takut untuk melakukan apa yang Allah larang dan tegah. Tetapi dengan berzikir menjadikan seseorang itu dekat dengan Allah dan sangat berasa yakin dengan-Nya. Selain itu, berzikir akan membuahkan pahala kepada kita.

Diam = FIKIR, Cakap = ZIKIR,
apakah yang dimaksudkan pengertian ini, adakah kita tidak boleh bergaul dengan orang?? adakah hanya perlu berzikir sahaja??

begini,
maksudnya, apabila kita bersendirian, banyakkan berfikir. membaca buku, majalah sambil berfikir. mendengar kuliah/ceramah/motivasi/pengisian lakukan dengan berfikir. sentiasa kaitkannya dengan Allah Taala.

Cuba bayangkan, apabila kita tidak berfikir. Allahuakbar, sebab itu perkara seperti pembunuhan, rogol, mengumpat, menfitnah, penceraian dll terjadi. seperti contoh pembunuhan: ianya terjadi hasil dari suatu proses tidak berfikir. berfikir bahawa nyawa seseorang itu merupakan suatu benda yang paling berharga dari Allah. cuba bayangkan, jika kita berada di tempat orang yang kena bunuh, saya yakin kita xkan melakukannya. saya yakin untuk melakukan pembunuhan adalah suatu perkara yang susah dan ada yang berkata perlu berfikir cara dan bagaimana ingin dilaksanakan. tetapi ini bukanlah disebut berfikir yang sebenarnya. berfikir yang sebenarnya adalah berfikir dalam memastikan bahawa kita akan sentiasa melaksanakan segala perintah Allah Taala. Berfikir setiap apa yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah pada hari dimana tiada pertolongan nanti.

manakala yang dikatakan zikir disini adalah, tidaklah sehingga tidak bercakap dengan orang, tidak bermuamalah dengan orang. apabila berkata-kata, hanya menyebut zikrullah. tidak begitu. zikir ini boleh dimengertikan sebagai, apabila kita berkata-kata, kita akan berkata-kata benda yang baik. benda yang dikaitkan dengan Allah serta kejadia-kejadiannya. Kata-kata kita yang menjadi motivasi kepada orang lain. kata-kata yang membahagiakan si pendengar. dan suatu kata-kata yang sentiasa diselang seli dengan bertasbih, bertakbir dan memuji Allah.

Apabila kita mengamalkan diam kita berfikir, kita akan cuba memastikan bahawa setiap kalam kita adalah sesuatu yang berbentuk zikir, yakni yang memberi kebahagiaan kepada pendengar. Yang mana kalam kita itu, tidak diselang seli dengan perkara negatif, kotor, mengumpat, memfitnah dsb. kita akan lebih bersabar dan husnu zon (berbaik sangka).

oleh itu, gabungan antara FIKIR DAN ZIKIR akan menjadikan kita seoranga Hamba dan Manusia yang bahagia dan membahagiakan. dan dapat mempertingkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Taala.

Wallahu'alam.

Main Library Um.



















Wednesday, January 4, 2012

Ahlan Wa Sahlan 2012


assalamualaikum,
sudah hari keempat kita melangkah masuk ke tahun baru, tetapi baru hari ini saya berkesempatan menukilkan sesuatu di blog ini.

tidaklah terlalu sibuk tetapi kerana saat ini saya lebih menumpukan kepada pembacaan berbanding perlontaran. tanpa pembacaan yang mendalam saya khuatir tahun 2012 menjanjikan kehidupan yang serabut buat saya. kehidupan yang tidak teratur sepertinya di tahun 2011.

sedikit perkongsian, saat hari terakhir di tahun 2011, iaitu 31 Disember 2011, saya telah memulakan hari ini mendengar kalam rohani penguat keimanan dari Dr. Muhaya di Masjid Bulat. sekalipun sy terlambat dalam 15 minit, trlalu banyak input yang saya dapati. sy tidak bercadang ingin berkongsi di entri ini. mungkin akan datang.

tengahari nya saya kembali ke rumah sewa setelah lebih kurang seminggu berada bersama family, saya kembali semata-mata ingin mengemas bilik. memandangkan saya mengetahui bahawa roomate saya kesemuanya sudah pulang ke kampung. saat itulah masanya. untuk menggeledah serata ceruk untuk membuang, menyapu dan menyimpan.

petangnya, saya menerima kunjungan dua orang adik yang ingin berkongsi permasalahan dan ingin bertukar-tukar pandangan. jauh mereka datang, dari putrajaya, janji awal dalam pukul 5.30, tetapi akibat ketidak biasaan mereka jalan kL, mereka telah mengalami kesesatan sedikit. yang akhirnya mereka sampai saat maghrib berkumandang. memikirkan keletihan masing-masing, saya mengubah mood perbincangan serta perkongsian daripada asalnya ingin fokus dan serius kepada santai dan padat. sambil makan, kami berbincang. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat merungkaikan masalah mereka dgn beberapa nasihat, tinggal lagi, mereka ingin memilih yang bagaimana ingin di selesaikan.

janji dengan emak terpaksa dilewatkan, dari lps maghrib, sy terlajak ke Isyak kerna berbincang dgn adik2. sy serta adik2 tersebut keluar rumah sy bersama setelai usai mendirikan solat Isyak. dan saya terus memecut meninggalkan bumi Kuala Lumpur untuk sampai ke Teratak Bidara. Alhamdulillah, keadaan jalan raya tenang.

sesampai dirumah di sambut oleh emak dan ayah yang telah lama menunggu kepulangan saya untuk bersama-sama menyambut tahun baru bersama. adik2 saya sudah dahulu pergi bersama untuk menyambut tahun baru.

sy, emak dan ayah terus menuju ke destinasi malam itu, iaitu dataran kemerdekaan shah alam. sesampai di sana, kalam pertama Subhanallah ramainya orang. mendengar talk/ceramah Ustaz Azhar Idrus berganding dengan Zizan Raja Lawak sangat menarik. dan tidak kering gusi. ianya membuka mata semua. paling yang tidak dapat saya tahan, saat jam 12 malam, seluruh di dataran menyambut 2012 dengan alunan asma al-husna, Ya Allah betapa besarnya keagungan Mu. kemudian UAI membacakan doa dan diaminkan oleh seluruh yang hadir.

Subhanallah, Alhamdulillah, maka saya berazam permulaan tahun yang baik, maka saya akan meneruskan kehidupan seterusnya menjadi ABDULLAH yang singgah sebentar di dunia fana. Moga tahun ini menjanjikan peningkatan Iman, Taqwa dan Ibadah. Juga menjadikan saya orang yang KAYA.

Wallahu'alam.

Za'ba Library.