About

Sunday, December 25, 2011

sePAHIT peristiwa VS seINFINITI kesyukuran



Assalamualaikum kepada shbt2 pembaca... 

suatu perkongsian dr sy utk anda mengenai satu peristiwa yang saya alami semalam... saya dalam perjalanan pulang dari Dewan Bunga Kertas, TTDI JAYA, Shah Alam setelah bersama2 shbt Rabithoh Training & Consultancy bekerjasama dgn MPP ZON 16 MBSA mengadakan program Super Aulad Camp.

saat sy smp di hadapan rumah sy melihat gate rumah sy terbuka menandakan emak sy keluar..mungkin seketika. dan sy memikirkan adakah sy ingin memparking kereta di dalam rumah atau hanya dihadapan rumah sprt yg biasa sy lakukan. gerakan Hati yg dtgnya dr Allah mentakdirkan sy memilih utk meletakkannya ke dalam kwsn rmh.

 setelah memparking kereta, sy mengambil masa dalam 5 minit utk keluar kereta lantaran terlalu asyik mendengar alunan nasyid di siaran ikim.fm yg bait-bait nasyidnya sgt best. pendeknya, xmau mematikan enjin dgn pantas sehingga nasyid tersebut hbs. setelah nasyid tersebut habis, sprt kebiasaan sy menutup acon, radio, dan mematikan enjin. sy sempat melihatkan ketika itu 7.11 petang.

ketika sebelah kaki di lantai rumah dan sebelah lagi di dalam kereta sy terlihat sebiji motor yg melalui depan rmh sy dgn keadaan perlahan. di minda sy, mungkin kwn ayah, atau mrk inginkan smp kan sesuatu kpd ayah. sy terus mempercepatkan pergerakan keluar kereta. dan terus menekan butang utk mengunci kereta. dan sy terus keluar sedikit ingin melihat motor tersebut yg berhenti betul2 depan pagar rmh sy.

tiba2 melihatkan gerakan pembonceng belakang motor tersebut yg menghampiri sy dlm keadaan yg mencurigakan, akal sy terus brfikir, apa nk buat nie?? Allah... ingin msk dlm kereta semula, sy bmbng butang utk buka kereta 2 buat perangai. maka, apa yg Allah lintaskan kpd sy, sy jerkah lelaki terbabit, woi...woii...woiiii...woooiiiii...maka, lelaki terbabit terus pusing ke belakang dan terus menaiki motor dan trus blah...sy terus kalut tutup gate...kemudian sy nampk seorang pemuda yg botak dan berseluar pendek seakan mengejar lantas brtanya pd sy, ada dia amik apa2...sy kata x....tergambar kelegaan di wajah pemuda tersebut. lalu, sy melihat jiran depan rumh sy berbangsa cina, keluar mengintai...dalam hati "kuat ke suara aku"....

kemudian, sy trus msk rmh dlm keadaan gelabah...dan menggeletar...sy trus bercerita pd adik dan ayah yg ada dlm rmh. kata adk sy patotlah kecoh...dia tidak keluar rmh krn beberapa jam sebelum kejadian ini trjadi, jiran sebelah rmh sy ada buat bising sesama mereka (budak2kan).

slps itu, ayah, sy n adik ke depan dan buka pintu. sy lihat mak dan adik bongsu sy sudah pulang dr kedai dan sedang bercakap dgn pemuda yg botak td...maka, sy pun keluar dan pergi ke arah mereka.

sy ajak mak masuk dlu, (park dlu keta dlm rmh, tutup gate bru sembang). sy tnya mak, kenapa mak xtrus msk, tp mak brhenti kat luar dlu. jawab mak, wkt mak pulang, mak tgk ramai sgt org kat luar rmh...jiran2 yg brbangsa india semua keluar rmh, dan mak lihat pemuda botak tadi sedang menceritakan kejadian td kpd org len. mak curiga sbb mrk tunjuk2 ke arah rmh km. pas2 mak minta adik bongsu sy brtnya dan pemuda botak itu bercerita.

komen adik sy (dlm rmh ketika kejadian), setelah sy msk ke dalam rmh: "kak ra selamba je masuk, bg salam dgn semangat, tiba2 crita nk kena ragut, mcm xcaya jer." sy kata pdnya: awk tau kaki akk nie mcm nk tercabut tau sbb trlampau ketaq...

slps beberapa jam kejadian, sy telah memulakan sesi muhasabah sendirian, dan kemudian berkongsi dgn mak. apa yg sy dpt adalah:

-sy tidak tahu apakah niat asal lelaki2 terbabit, adakah mahu meragut atau wallahu'alam. tetapi naluri yg kuat mengatakan ia ingin meragut. 
-lelaki trbabit trpaksa membatalakan niatnya mungkin kerana jerkahan saya, dan mungkin juga kerana tidak kelihatan disisi sy handbag, mahupun apa shj yg boleh dicapainya.
-lelaki2 terbabit pakaiannya sgt cantik dan mungkin boleh dikategorikan sbg pakaian branded. Awas! itu adalah antara taktik dan strategik mrk. jika mrk memakai pakaian buruk dan lusuh dan tidak elok, org akan cpt kesan, almaklumlah jiran2 sy nie alert sket dgn org luar.
-berhati2lah dimana anda berada. lihat apa yg sy alami, ianya terjadi di dalam kawasan halaman rmh sy. 
-yg paling penting, ini mungkin merupakan kaffarah dosa sy dan tarbiyah dr Allah. kenapa sy kata tarbiyah?? slps berakhir program Super Aulad Camp, sy berdoa antara isinya: "ya Allah, aku telah selesai mentarbiyah adik2, sy selalu mentarbiyah orang dan adik2, oleh itu ya Allah jangan sesekali engkau biarkan diri aku tidak ditarbiyah olehMu. tarbiyah diriku dunia dan akhirat. jgn bg ada jarak antara aku dan engkau ya Allah".
-mak ckp, Allah sgt2 memelihara awk. sbb 2 sentiasa berpegang pada Allah. jangan leka apatah lagi lagho. nk naik kenderaan, baca doa sentiasa. insyaAllah apa2 terjadi samada selamat atau tidak kita akan redho.

Semoga peristiwa yg sy lalui ini menjadi iktibar dan pengajaran kpd sy dan org2 yg diluar sana. sentiasa berhati2 walau dimana anda berada, malang itu tidak berbau. letakkan pergantungan hanya kepada Allah.

tidak ada seindah kalam, melainkan infiniti alhamdulillah sy rafa' kpd Allah atas nikmat keselamatan yg telah Dia berikan.

~Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan~ surah al-Rahman.