About

Tuesday, August 24, 2010

BEKALAN HARI INI

DALAM MEMBURU CINTA ALLAH,

PASTI RINTANGAN YANG AKAN DI HADAPI,

IA BUKANLAH UNTUK MENGHALANG DARI TERUS MENDEKATI ALLAH,

TETAPI IA ADALAH SUATU UJIAN UNTUK MELIHAT KEIKHLASAN KITA,

SERTA KESUNGGUHAN KITA.

RENUNG-RENUNGKAN.

KAJIAN BIBLIOGRAFI HADITH

SATU : KITAB YANG MEMBAHASKAN TENTANG PARA SAHABAT.

1. الأصابة في تمييز الصحابة
Al-Isobah fi Tamyiz al-Sohabah
Oleh : Imam al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqolani.
Ditahqiq oleh : Syeikh A’dil Ahmad Abd Al-Mujur
Syeikh Ali Muhammad Muawwad
Keluaran Dar al-KItab al-‘Alamiyyah, Beirut, Lubanan

2. الإستيعا ب في معرفة الأصحاب
Kitab al-Isti’ab fi Ma’rifat al-Ashab
Abu Umar Yusuf bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul-Barr an-Namri al-Qurtubi al-Maliki (463 H).
Ia disusun menurut huruf mu'jam.

3. Tajridu Asma’ ash-Shahabah,
Oleh:Al-Imam al-Hafidz Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad ibn Ahmad adz-Zahabi (673-852 H)
terdiri dari dua juz,
telah dicetak di India pada tahun 1310 H

DUA : KITAB RUJUKAN DALAM HADITH MAUDHU’

1. تذكرة الموضوعات
Tazkirah Al-Maudu’at,
Abu Fadhl Muhammad bin Thahir al-Maqdisi,
Dicetak di Mesir pada tahun 1323 H.

2. الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة
Al-Fawaid Al-Majmu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu’ah,
Muhammad Ibn ‘Ali,
Tahqiq: ‘Abd Ar-Rahman Ibn Yahya Al-Mu’allimi
Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1407H.

3. تنزيه الشريعة المرفوعة عن الأخبار الشنيعة الموضوعة
Tanzih Asy-Syari’ah Al-Marfu’ah ‘An Al-Akhbar Asy-Syani’ah Al-Maudu’ah
‘Ali Ibn Muhammad Ibn ‘Ali Al-Kinani
Tahqiq: ‘Abd Al-Wahhab ‘Abd Al-Latif dan ‘Abd Allah Muhammad Siddiq Al-Ghumari.
Dar Al-Kutub Al-’Ilmiyyah, Beirut, Lubnan

TIGA

2 karya ulama dalam melawan hujah orientalis

1. Dr. Mustafa Al-Siba’i
Al-Sunnah Wa Makanatuha Fil Tasyri’il Islami

2. Dr. Subhi Salih
‘Ulum al-Hadith Wa mustalahu

3. Raf’ul Malam ‘anil-Aimmatil-Alam
Ibnu Taimiyyah

Sumbangan orientalis

1. Kitab Miftah Kunuz al-Sunnah
Oleh : Professor A.J Wensick
Dikarang di dalam Bahasa Inggeris
Di terjamahkan dalam Bahasa Arab oleh Ustaz Fuad Abd. Al-Baqi.

2. Mu’jam al-Mufahras li Alfadh al-Hadith al-Nabawi
Oleh : A.J Wensinck
Mengandungi 8 jilid (jilid pertama pada tahun 1936 manakala jilid terakhir pada tahun 1988)

EMPAT : KITAB SYARH DALAM ABAD YANG TERDEKAT

1. SYARH SOHIH AL-BUKHARI
- FAYD AL-BARI BI SYARH AL-BYUKHARI oleh AL-SHEIKH MUHAMMAD ANWAR SHAH AL-KASHIMI
- SAHIH ABI ABDULLAH AL-BUKHARI BI SYARH AL-KIRMANIY oleh AL-SYEIKH SYAMS AL-DIN MUHAMMAD IBN YUSOF IBN ALI AL-KIRMANIY.
- SYARH SAHIH AL-BUKHARI LI IBN BATTAL oleh ABU HASAN ALI BIN KHALAF BIN ABDUL MALIK (IBN BATTAL)

2. SYARH SOHIH MUSLIM

- FATH AL-MUN’IM BI SYARH MUSLIM oleh PROF. DR. MUSA SHAHIN LASHIN
- SYARH SAHIH MUSLIM LIL QADIY ‘IYADH AL-MUSAMMA IKMAL AL-MU’LIM BIFAWAIDI MUSLIM oleh AL-IMAM AL-HAFIZ ABI AL-FADHIL ‘IYADH BIN MUSA BIN ‘IYADH AL-YAHSABIY.

3. KITAB SYARH ABI DAUD

‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud
Oleh : Al-Alamah Abi Al-Toib Muhammad Syamsi al-Haq Al-‘Azim Abadi.

Bazlu al-Majhud Fi Halli Abi Daud
Oleh : Allamah Al-Muhaddth Al-Kabir Al-Syeikh Khalil Ahmad Al-Sahar Nafuri.




4. KITAB SYARH JAMI’ AL-TIRMIZI

- TUHFAT AL-AHWAZI BI SYARH JAMI’ AL-TIRMIZI oleh IMAM HAFIZ ABI AL-ULAA MUHAMMAD ABD RAHMAN IBN ABD AL-RAHIM AL-
MUBARAKFURI
- ‘ARIDAH AL-AHWADHI BI SYARH SAHIH AL-TIRMIZI IMAM AL-HAFIZ ABI BAKR MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH (IBN AL-ARABI AL-MALIKI)

5. KITAB SYARH AL-NASAI

- SUNAN AL-NASAI BI SYARH AL-IMAMAYN AL-SUYUTI WA SINDI oleh IMAM AL-SUYUTI DAN AL-SINDI.

6. KITAB SYARH IBNU MAJAH

- MISBAH AL-ZUJAJAH FI ZAWAID IBN MAJAH oleh AL-HAFIZ SYIHAB AL-DIN AHMAD BIN ABI BAKR AL-KINANI AL-BUSIRI
- SUNAN IBN MAJAH BI SYARH BI SYARH AL-IMAM ABI AL-HASAN AL-HANAFI AL-MA’RUF BI AL-SINDI.

SHEIKH AHMAD MUHAMMAD SYAKIR

1.0 KEHIDUPAN SHEIKH AHMAD MUHAMMAD SYAKIR RAHIMAHULLAHU TAALA

1.1 Latar Belakang diri sheikh

hidup pada kurun ke 13 hijrah

Dilahirkan pada pagi subuh hari jumaat iaitu pada 29 Jamadil akhir 1309 H / 1892 M di dirb al-Insiyah, Kaherah, Mesir

meninggal dunia pada hari Sabtu 26 Zulkaedah tahun 1377 H bersamaan 14 Jun 1958

ketika berumur 66 tahun

Silsilah keluarga beliau bersambung sehingga Saidina Husayn bin Ali bin Abi Talib.

mempunyai seorang adik yang bernama Mahmud Syakir

1.2 Perjalanan hidup sheikh

Pada tahun 1900 M, ketika ayahnya dilantik oleh kerajaan Mesir sebagai ketua para qadhi di Sudan, beliau turut bersama dengan ayahnya berhijrah ke sana.

Di sana, beliau belajar di sebuah institut pengajian.

Pada tahun 1904, ayahnya dilantik menjawat jawatan Ketua Ulama Iskandariah, maka ketika itu, beliau meneruskan pengajian di Ma’had Iskandariah.

Di awal usia mudanya, beliau meminati sastera dan syair.

Pada tahun 1909, beliau telah menyambungkan pelajarannya dalam bidang ilmu hadith kerana beliau sangat meminati bidang ini. Beliau sangat aktif dalam menuntut ilmu, hingga tidak mengenal erti penat.

Minat ini disokong sepenuhnya oleh ayahnya. Semasa muda, Ahmad Syakir dan adik beradiknya belajar beberapa buah buku yang diajar oleh bapa mereka sendiri meliputi bidang Tafsir, Hadis, Fiqh dan Usul Fiqh serta lain-lain lagi.

Ahmad Syakir menyambung pembelajarannya di Universiti al Azhar. Di al Azhar, Mesir. Beliau sering berdamping dan belajar daripada para ulama yang ada di universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut ilmu hadith daripada seorang ahli hadith terkemuka Maghribi iaitu Abdullah Ibn Idris al Sanusi. Beliau pernah bertemu dan belajar dengan Syeikh Muhammad Ibn al Amin al Syanqithi, Syeikh Tahir al Jazairi, Syeikh Rasyid Ridha dan ulama lain.

Pada tahun 1917, beliau telah menamatkan pengajian sehingga mendapat Ijazah Alamiyyah (phD) daripada Universiti al-Azhar.

Beliau kemudiannya diberikan jawatan yakni dilantik menjadi qadhi pada tahun 1951. Seterusnya, menjadi ketua Mahkamah Tinggi Syariah sehingga beliau bersara.

1.3 Guru-gurunya

Sheikh Ahmad Muhammad Syakir telah bertemu dan menuntut ilmu dengan ramai ulama, yang mana ulama-ulama ini sezaman dengannya.

Berikut adalah guru-guru yang penting baginya samada pada hadith nabi dan ilmu-ilmunya :


1. Ayah beliau sendiri

- Adalah ayahnya seorang yang terkenal, juga merupakan pemimpin reformasi di Azhar.
- Meninggal dunia pada tahun 1939
- Beliau merupakan guru yang sangat mempengaruhi kehidupan Sheikh Ahmad Syakir.
- Beliau mengajar dirinya dan adik beradiknya yang lain, ilmu-ilmu tafir, yakni tafsir al-Baghowi dan Tafsir an-Nasafi.
- Beliau juga membaca kitab Sohih Muslim, Sunan Tirmizi dan Syamail, dan sesetengah Sohih Bukhari, sepertimana beliau membaca kitab Usul, Mantiq, dan Fiqh Hanafi.
- Beliau

2. al-‘Alamah al-Sayyid Muhammad Rashid Redho, pengarang majalah al-Manar.

- Beliau merupakan seorang reformis Islam.
- Ulama dalam bidang hadith, adab, Tarikh, Tafsir.
- Meninggal pada tahun 1935 M


3. al-‘Alamah al-Sheikh Tohir al-Jazairi ad-Damsyiki

- Di lahirkan di damsyik 1268 H / 1852 M dan meninggal dunia pada tahun 1335 H / 1920 M.
- Beliau berhijrah ke Mesir pada tahun 1907, dan tidak pulang ke Damsyik sehingga tahun 1919 M
- Beliau merupakan pelopor gerakan tajdid agama di negeri Syam pada zaman hadith.
- Sesungguhnya, Sheikh Ahmad Syakir telah bertemu dengannya dan telah mengambil manfaat darinya (ilmu)

4. al-‘Alamah al-Muhaddith as-Sayyid Abdullah bin Idris al-Sanawasi

- Belajar Sheikh Ahmad Syakir dengannya dari kitab Sohih Bukhari
- mendapat ijazah darinya, dan riwayat yang lain yakni Kuttubussittah

5. al-Sheikh Muhammad bin al-Amin asy-Syanqithi
- Mengambil daripadanya kitab Bulughul Maram, dan mendapat ijazah darinya juga untuk kutubussittah.

1.4 Pandangan Ulama tentang dirinya

1.4.1 Pujian terhadap beliau

Mahmud Syakir telah menyifatkan abangnya sebagai Imam al Muhaddithin (imam bagi semua ahli hadith pada kurun itu)

Menurut Syuaib al Arnaouth : ‘Ahmad Syakir merupakan seorang yang telah sampai ke tahap mengetahui hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam secara riwayat dan dirayah (yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pada masa ini. Beliau dianggap sebagai perintis kepada penyebaran semula teks-teks hadith di kurun ini serta penyemakannya kembali mengikut kaedah yang dicontohi oleh para pengkaji hadith’.

Menurut az-Zarqali : Ahmad Muhammad Syakir...alim dalam hadith dan tafsir... tidak ada pengganti sepertinya dalam bidang ilmu hadith di Mesir

1.5 Karya-karya Sheikh Ahmad Muhammad Syakir

1.5.1 Dalam bidang hadith dan Mustolah.

- Mukhtasor Sunan Abi Daud lil Munziri – ditahqiqkan oleh beliau.
- Al-Bai’th Al-Hathih Syarh Ikhtishor ‘Ulum Al-Hadith Liibni Kathir – Disyarahkan oleh beliau.
- dll.

1.5.2 Dalam bidang tafsir dan tajwid

- Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Amdatul al-Ahkam Lilibni Dhaqiq Al-‘Aid– ditahqiqkan olehnya dan Muhammad Hamid Al-Fiqqi.
- Al-Mahall Liibni Hazm Az-Zhohiri – ditahqiqkan oleh beliau 6 jilid pertama.
- dll

1.5.3 Dalam bidang Adab dan Lughoh, Bidanga Tauhid, Bidang Tarajim, Al-Muqholat.



2.0 KESUNGGUHAN SYEIKH AHMAD MUHAMMAD SYAKIR DALAM PEMBAHARUAN HADITH KONTEMPORARI.

Pertama: Tentangan yang paling hebat terhadap sunnah Nabi SAW pada kurun ke-14 hijrah. Dengan menelusuri sejarah pada abad ini, didapati bahawa tentangan yang paling hebat terhadap sunnah Nabi SAW dan ilmu-ilmunya, terhad pada lima tentangan, iaitu:
I. Tersebar fenomena penolakan dan keingkaran terhadap Sunnah Nabi SAW dan persoalan mengenainya, dan persengketaan ketika berhujah.
II. Penghukuman akal dalam mensahihkan hadith-hadith dan mendha’ifkannya. Ia jauh sekali daripada kaedah-kaedah ilmu dalam mensahihkan dan mendha’ifkan yang telah ditetapkan oleh ulama’ hadith. Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Tetapi yang menjadi nyata pada zaman kita ialah sebahagian golongan cerdik pandai disuruh melakukan sesuatu dan disembunyi daripada orang-orang Islam. Maka, mereka mengikut guru-guru mereka dari kalangan orientalis serta menjadi pelopor yang menyebarkan cerita dan memimpin kumpulan mereka dengan menyatakan bahawa setiap hadit-hadith adalah tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah dalam agama. Bahkan, ada sebahagian daripada mereka melanggari kaedah-kaedah yang betul, kemudian mensabitkan hadith-hadith dan menafikannya dengan perkara yang nyata atau terlintas difikiran dan kehendak mereka daripada kaedah yang bukan tertentu. Tidak berhujah dan tidak menerangkan serta mereka tidak memanfaatkannya melainkan mereka mempelajari ilmu dan beradab.”
III. Terkesan sebahagian daripada pengkaji-pengkaji terhadap orientalis terutama ketika mereka mengukuhkannya daripada usaha mereka dalam memperbaiki kitab-kitab dengan berpegang pada naskhah.
Pada asal cetakan, terdapat percanggahan di dalam isi kandungan kitab, kemudian mereka menyebut apa yang terdapat di dalamnya sama ada salah atau betul. Di sini, ia berbeza dengan kitab asal yang dicetak dalam bentuk yang baik.

IV. Ramai daripada pengkaji telah tertipu dengan perbuatan orientalis. Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“ Ini dibezakan dengan penerbitan golongan orientalis, bahawa mereka mengutuk status indeks yang merupakan panduan bagi pembaca. Mereka membahagikan jenis-jenisnya, yang disusun mengikut huruf mu’jam. Maka, daripada indekslah dapat mengetahui siapa yang memberitahu, para penyair, kumpulan-kumpulan, sanad-sanad, ayat-ayat al-Qur’an, lafaz-lafaz Nabi SAW, dan juga dapat mengetahui masalah-masalah ilmu.”

V. Keengganan pelajar-pelajar terlibat dalam mempelajari Sunnah Nabi SAW. Adakalanya mereka tidak tahu kegunaannya dan kegagalan untuk merujuk pada kitab-kitab ketika berhujah. Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Semoga dengan terbitnya buku ini iaitu ‘Miftah Kunuz al-Sunnah’ dalam bahasa arab, penerimaan pelajar daripada semua peringkat terhadap penglibatan dalam Sunnah Nabi SAW dan manfaat daripada kitab-kitab hadith yang merupakan harta ilmu dan penuh dengan hikmah, yang mana dijauhi oleh kebanyakkan orang. Adakalanya mereka tidak tahu kegunaannya dan gagal untuk merujuk kitab ketika berhujah.”
Kedua: kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW dan kesannya terhadap pembaharuan hadith kontemporari.
1) Kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir melalui ilmu dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW dan kesannya terhadap pembaharuan hadith kontemporari.
Ini menunjukkan kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir melalui ilmu dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW melalui perhatiannya terhadap karya-karya ilmu hadith beliau.
Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Ulama’ hadith telah berusaha meriwayatkan setiap apa yang diriwayatkan oleh Nabi SAW. Jika ada hadith yang tidak sahih, mereka berusaha dalam memastikan kesahihan setiap hadith tersebut, pada setiap huruf yang diriwayatkan oleh perawi. Mereka mengkritik keadaan dan periwayatan perawi. Mereka juga menjaga dan cermat dalam menaqalkannya. Maka mereka menghukum dha’if pada hadith apabila curiga terhadap sejarah perawi yang menaqalkan hadith, yang mana mempengaruhi keadilan bagi ahli-ahli ilmu.”
Antara usaha Ahmad Muhammad Syakir yang paling penting, yang muncul dalam bidang ini ialah:
a) Kitab ‘Alfiyah Al-Suyuti Fi ‘Ulum Al-Hadith’
- Cetakan yang sempurna bersama syarah.
- Siap mengarang pada tahun 1934 masihi.
b) Tahqiq kitab ‘al-Risalah’ oleh Imam as-Syafie’.
- Kitab ini menerangkan mengenai kaedah mentafsirkan nas-nas, cara-cara istinbat yang dinamakan dengan ilmu ‘usul al-fiqh’ melainkan mengandungi kaedah-kaedah yang penting dalam ‘ulum hadith, serta menerangkan cara-cara ulama’ hadith dalam mengesahkan nas-nas kenabian.
-
c) Kitab ‘Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith’ oleh al-Hafiz Ibn Kathir.
- Ia dinamakan sebagai ‘al-Ba’is al-Hasis’.

2) Kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir melalui perlakuan atau perbuatannya dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW dan kesannya terhadap pembaharuan hadith kontemporari.
Seorang pengkaji mengenai Ahmad Muhammad Syakir tidak hanya menerangkan dari aspek ilmu sahaja dalam menjawab persoalan golongan orientalis. Ini jelas dalam tahqiq Ahmad Muhammad Syakir dalam Musnad Imam Ahmad bin Hanbal.
Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Aku mencintainya dan melakukannya (tahqiq) serta aku telah lihat kebaikan ketika melayaninya, maka aku bersetuju untuk mendekatkan kitab musnad ini kepada orang ramai sehingga mereka mengambil manfaat daripadanya. Maka, ini adalah cita-cita dalam hidupku dan merupakan matlamat sepanjang hidupku untuk mendekatkan kitab musnad ini kepada orang ramai sehingga Allah SWT telah memberi petunjuk kepadaku sejak 15 tahun terhadap apa yang aku kehendaki.”

Ketiga: sebahagian pendapat-pendapat Ahmad Muhammad Syakir dalam ilmu-ilmu hadith dan martabat-martabat al-Jarh wa al-Ta’dil.
Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil adalah untuk mengetahui keadaan perawi mengikut cara ulama’-ulama’ hadith sama ada sesuatu periwayatan itu diterima atau ditolak, atau menguatkan sesuatu riwayat apabila terdapat perselisihan.
Al-Hafiz Ibn Abi Hatim telah menyusun dan mengatur martabat al-jarh wa al-ta’dil dalam kitabnya ‘al-Jarh wa al-Ta’dil’, kemudian ulama’-ulama’ mutakhirin pada kurun ke-14 dan selepasnya telah menyusun martabat yang sejenis dengan al-jarh dan al-ta’dil. Ulama’-ulama’ lain iaitu al-Imam Ibn al-Solah dalam kitab ‘Ulum al-Hadith’, al-Dhahabi dalam muqaddimahnya ‘Mizan al-‘Itidal’, al-Hafiz al-‘Iraqi dalam kitab ‘Syarah al-‘Alfiyah’, al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitabnya ‘Fath al-Mughis’, al-Suyuti dalam kitab ‘Tadrib al-Rawi’ dan sebagainya telah membetulkan matlamat hal yang dikarang serta mereka menghukumkan martabat-martabat ini sama ada diterima sebagai hujah, dalil dan mengambil pengajaran daripadanya.
Ahmad Muhammad Syakir telah mengarang kitab ‘al-Ba’is al-Hasith Syarh Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith’ oleh al-Hafiz Ibn Kathir, apabila sampai pada perbincangan ‘peringkat al-Jarh wa al-Ta’dil’ Ahmad Muhammad Syakir menaqalkan dalam syarahnya seperti apa yang disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam muqaddimah kitabnya ‘Taqrib al-Tahzib’. Maka, Ahmad Muhammad Syakir berkata peringkat tersebut mempunyai dua belas peringkat, iaitu:

a. Sahabat.
b. Perawi yang kuat mendapat pujian seperti (أوثق الناس) atau sifatnya berulang dari segi lafaz seperti (ثقة ثقة,حافظ ثقة معنى ).
c. Perawi yang mempunyai satu sifat sahaja seperti ثقة, متقن, ثبت.
d. Perawi yang benar (صدوق), tidak mengapa baginya (لابأس به) atau tidak ada salah (ليس به بأس).
e. Perawi yang benar tapi teruk dari segi ingatannya, atau dituduh sebagai benar, atau perawi tersebut menipu, atau melakukan kesalahan, atau mengubah diakhir, dan perawi yang dituduh sebagai bid’ah.
f. Perawi yang meriwayatkan hadith tetapi dalam kuantiti sedikit.
g. Perawi yang meriwayatkan hadith lebih daripada satu tetapi tidak siqah. Ini menunjukkan kepada ‘mastur’ (مستور) atau ‘majhul al-hal’ (مجهول الحال).
h. Perawi yang tidak siqah secara muktabar dan tidak menerangkan dha’if pada perawi. Ini menunjukkan kepada hukum dha’if.
i. Perawi yang tidak meriwayatkan hadith kecuali satu dan tidak dipercayai. Ini dikatakan sebagai ‘majhul’ (مجهول).
j. Perawi yang tidak siqah dan dha’if serta tercela. Ini dikatakan sebagai ‘matruk’, ‘matruk al-hadith’, hadith yang lemah atau yang hina.
k. Perawi yang dituduh berdusta. Ini katakan sebagai ‘muttaham’ (متهم) atau ‘muttaham al-hadith’ (متهم الحديث).
l. Perawi yang membebaskan dirinya daripada berdusta dan hina seperti dusta, hina, binasa, apa yang didustakan dan sebagainya.

dalam Mengenal erti Diri sendiri

tatkala insan-insan yang lainnya sedang melayari tidur yang lena, mimpi yang indah..

aku mula berfikir sesuatu..

tanpa DIA siapalah agaknya aku..

setiap yang telah Allah susun untuk diri..

xlayak untukku menyalahkannya..

xlayak untuk aku persoalkan..

tapi aku insan biasa,

yang imannya kadang2 yazid..kadang2 yanqus..

tidak aku nafikan walaup sedikit..

tidak ada pergantungan selain dari Allah..

aku selalu meminta-minta dr Allah..

jika ditulis dengan tinta segala yang aku inginkan..

pasti ianya tidak setanding dengan kekuasaannya..

apatah lagi dengan yang Dia telah berikan pada ku..

sesungguhnya.. Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada dihati ini,

maka selayaknya lah Dia akan putuskan yang terbaik untukku.

aku mesti redho dan setia menerima yang mana telah ia catatkan buatku menempuh arus kehidupan yang kadanganya deras, yang kadangannya surut...

pimpinanlah aku Allah.

AL-WUJUH WA AL-NAZAIR

Al-Wujuh wa Al-Naza’ir adalah merupakan salah satu dari ilmu-ilmu al-Qur’an. Sebahagian ulama mengatakan bahawa al-Wujuh wa al-Naza’ir ini adalah dari jenis kemukjizatan al-Qur’an. Kerana,satu perkataan mempunyai banyak makna, ianya tidak dilakukan oleh manusia.

1) Takrif :-
Al-Wujuh : adalah satu perkataan yang mempunyai banyak maksud.
Al-Naza’ir : adalah perkataan yang sama, atau hampir sama.
Al-Nazair adalah pada lafaz, manakala Al-Wujuh adalah pada makna.
Ilmu yang menerangkan perkataan dalam al-Qur’an yang mengandung banyak makna dan menerangkan makna yang dimaksud pada tempat tertentu.

2) Karya-karya dalam bidang ilmu al-wujuh wa an-nazair :

- Nuzhat al-‘Uyun al-Nawazir fi ‘ilm al-wujuh wa al-Naza’ir
Oleh : Abu Faraj’Abd al-Rahman ibn ‘Ali Ibn al-Jawzi

- Mu’tarak al-Aqran
Oleh : al-Sayuti

- Qamus al-Qur’an aw Islah al-Wujuh wa al-Naza’ir al-Qur’an al-Karim
Oleh : al-Husayn Ibn Muhammad al-Damighani

Qamus al-Qur’an aw Islah al-Wujuh wa al-Naza’ir al-Qur’an al-Karim
Buku ini hanya satu jilid.
Penyusunannya bermula dengan
1. Ta’rif kitab dan mengenai pengarang
2. Kemudian, kata-kata dari pengarang
3. Bab-bab disusun mengikut bab hamzah, bab ba’, bab ta’ dan tha’, bab jim dan ha, bab kho, bab dhal dan zhal, bab rho’, bab zain dan sin, bab shim dan shod, bab dho tho dan zho, bab ain, bab ghin dan fa’, bab qhof, bab khaf, bab lam, bab mim, bab nun, bab ha’, bab wa, dan diakhiri dengan bab ya.
4. Bibliografi.

Perkataan أخر
Mempunyai 5 perkataan yang sama : - hari kiamat ( القيامة ) - syurga ( الجنة ) - neraka ( النار ) - terakhir ( الأخيرة ) - kubur ( القبر )

1. Yang dimaksudkan dengan hari kiamat

dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.
(al-mukminun : 74)

Menerangkan selepas maut

dan sesungguhnya kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia. ( al-Lail : 13)
Iaitu dunia dan akhirat.

Dan sebegitu adalah banyak.

2. Dengan maksud syurga tertentu

….dan demi sesungguhnya mereka (kaum yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…( surah al-Baqarah : 102)
Iaitu di dalam syurga…

3. Dengan maksud neraka

. …yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat… (al-Zumar : 9)

Yakni dengan neraka

….. mengharapkan rahmat Tuhannya…. (al-Zumar : 9)

Yakni dengan syurga

4. Dengan maksud terakhir

Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata". (Surah Sod : 7)

Millah (agama) akharah disini adalah millah sebelum millah mereka, tetapi makna sebenarnya adalah millah yang terakhir sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

..oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, ( Surah Al-Isra’: 7)

Yakni janji yang terakhir daripada azab yang dijanjikan

5. Dengan maksud kubur

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang Yang beriman Dengan kalimah Yang tetap teguh Dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang Yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa Yang dikehendakiNya. ( Surah Ibrahim : 27 )
Yakni di dalam kubur ketika disoal oleh mungkar dan nakir.

Saturday, August 21, 2010

Nabi di sihir.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah terkena sakit yang agak parah sehingga datang kepadanya 2 malaikat, 1 duduk di sebelah kepalanya dan 1 lg duduk di sebelah kakinya.

berkatalah malaikat yang duduk di sebelah kakinya kepada malaikat yang duduk di sebelah kepalanya: "APakah yang engkau lihat?" malaikat itu menjawab : "Dia terkena guna-guna." Malaikat itu bertanya lagi : "Apakah guna-guna itu?" Malaikat itu menjawab : "Guna-guna itu adalah sihir".

kemudian Malaikat itu bertanya lagi : "siapakah yang membuat sihirnya?" Malaikat itu menjawab: "Labid bin al-Asham Al-Yahudi. Sihirnya adalah berupa gulungan yang disimpan di dalam sumur keluarga si Fulan, dibawah sebiji batu besar. Datanglah ke sumur itu, timbalah airnya dan angkatlah batunya. Kemudian ambil gulungan tersebut dan bakar".

Pada pagi keesokkan harinya Rasulullah mengutus Ammar bin Yasir beserta kawan-kawannya. Apabila mereka tiba di sumur tersebut, tampaklah airnya merah seperti air inai. Air itu ditimbanya dan diangkat batunya serta dikeluarkan gulungan tersebut dan terus dibakar. ternyata di dalam gulungan tersebut terdapat tali yang terdiri daripada sebelah simpul.

Maka penurunan (asbab nuzul) surah al-Falaq dan An-Naas adlh berkenaan dengan peristiwa tersebut. Setiap kali Rasullah membaca satu ayat maka terbukalah simpulnya.

sumber : Asbabun Nuzul olh Al-Sayuthi.

Wednesday, August 18, 2010

RAMADHAN ~ suatu muhasabah~

agak kelewatan bagiku untuk mencoret bercerita mengenai Ramadhan tetapi itu tidak menjadi suatu kesalahan..

Ramadhan, ya Ramadhan, bulan yang kita maklumi, bulan yang penuh keberkahannya, bulan pengampunaan dan di dalamnya tersimpan suatu malam yang kelebihannya lebih baik dari 1000 bulan, masyaAllah, Lailatulqadar.

bercerita mengenai Ramadhan, bulan ini berlakunya Perang Badar al-Kubra. Perang?? tidak dapat dibayangkan betapa hebatnya peribadi Rasulullah serta para sahabatnya, berjuang dengan mata pedang di tengah ketandusan padang pasir, Demi Islam.

kita?? di masa kini?? Banyaknya yang dilihat kala ini, jangan hendak mencontohi keperibadian Nabi serta para Sahabatnya yang ahli Jannah itu, tetapi apabila sampainya Islam pada kita, kita tidak menjaga, mempertahankannya dengan bahkan ada antara kita yang terus-terusan menghina Islam, menghina hukum Islam, walhal mengaku diri itu Islam.

bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan al-Qur'an..al-Qur'an merupakan suatu petunjuk yang memandu kita meniti hari-hari untuk mendapat rahmat, maghfirah serta kasih sayangnya. ketika Jibrail a.s. mengajarkan kepada Nabi ayat al-Qur'an, maka Nabi akan menyampaikannya pada para sahabatnya, dan para sahabat akan menghayati sekaligus menghafalnya. Para sahabat adalah kalangan manusia yang di katakan sebagai sumber al-Qur'an, kerana mereka menghafal keseluruhannya.

Zaman terus berlalu, sampainya al-Qur'an pada kita, apa yang kita lakukan?? sungguh sukar melihat pengahafal-hafal al-Qur'an, jika ada sekalipun akhlak mereka tidak serupa dengan apa yang mereka bawa...ramai juga yang membaca al-Qur'an, tapi tidak ramai yang menghayati erti di dalamnya..menghafal serta membaca tanpa penghayatan adalah lumrah umat masa kini, tapi yang lagi menyedihkan, ada yang tidak langsung membaca al-qur'an, al-quran sekadar tayang, kalo ia pun baca, hanya surah Yasin, itupun jika ada tahlil dan bacaan Yasin.

pelbagai..masalah masa kini, siapa yang bertanggungjawab..para alim ulama, ilmuan islam, pendidik agama dan segenap lapisan masyarakat yang mempunyai kesedaran adalah insan yang bertanggungjawab.