About

Wednesday, June 15, 2011

~Cinta menurut al-Rumi~




Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah.
Itulah cinta.

Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi,
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang,
Sementara pena bagiku begitu tergesa-gesa menuliskannya,
Kata-kata pecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepada cinta,

Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.

kenapa RAHSIA???


orang selalu bertanya, kenapa sy suka menggunakan perkataan asrar @ secret yang mana semua ini membawa maksud RAHSIA.

setelah sekian lama saya hidup dalam pertanyaan orang, kenapa rahsia,
hari ini sy ingin menukilkan dalam blog saya kenapa saya suka dengan rahsia..

dalam kehidupan kita ini, sebenarnya, pada hakikatnya, penuh dengan rahsia.
rahsia tentang kelahiran kita...
adakah kita mengetahui akan kelahiran kita, bila, di mana??
rahsia akan rezeki kita,
rahsia jodoh kita siapa,
dan rahsia kematian kita...
adakah kita mengetahinya??

jawapannya sudah pasti tidak.
sedangkan apa yang akan berlaku sesaat lg, seminit lg, sejam lg, sehari lagi setahun lagi kita pasti tidak akan mengetahuinya..

jadi, saya suka menggunakan perkataan, istilah asrar atau secret ini, demi untuk mengingatkan saya bahawa setiap yang dh berlaku dan bakal berlaku di dalamnya terkandung rahsia. jika sesuatu telah berlaku, kebiasaannya kita akan sebut ada hikmah di sebaliknya, membawa maksud ada rahsia di sebaliknya.

mengingatkan saya bahawa segala rahsia-rahsia itu semestinya milik Allah,
even hati saya sendiri,
milik Allah..

moga2 Allah mentaqdirkan segala rahsia yang ditentukannya adalah sesuatu yang terbaik untuk saya, sesuatu yang dapat meningkatkan keimanan serta ketakwaan saya kepada-Nya. Juga dengan rahsia-rahsia itu, akan menjanjikan syurga yang indah buat saya.

Ameen.
oleh itu, saya sukakan Asrar@secret.  =)

Monday, June 13, 2011

Accident Hati




apabila menyebut berkaitan dengan accident hati, mesti org akan berfikir yg seseorg itu telah dilamun cinta, atau seseorang itu bakal di miliki atau apa2 aje la..yg penting berkaitan dengan cinta.

kenapa sy gunakan accident hati ek??
accident tue maksudnya kemalangan..
apa yang berlaku bila kemalangan...

1. akan berlaku kerosakan
2. kalo teruk sangat sampai mengakibatkan kesakitan pada tubuh badan

tp dlm soal yg ingin diutara sekarang adlh, accident hati itu adalah, hati telah berlaku kemalangan yang mana kalo kemalangan,kereta akan rosak, dan hantar bengkel dapat diperbaiki...

accident hati ini tidak sampai menyebabkan kerosakkan pd hati...yg rawatan sangat payah untuk dirawat.

lumbrah manusia, mempunyai perasaan mawaddah, jadi accident hati ini sesuatu yang tidak dapat di elak cuma bagaimana seseorang itu mengemudinya, yakni di mana bengkel yang ingin di hantar untuk memperbaikinya yang menjadi persoalan.

bukan selalu dpt accident hati nie...sbb mcm bwk keta, kt mestilah berhati2 memandu, dikhuatiri berlaku kemalangan..mahal kott nk bayar untuk baiki. mcm hati jgk mahal nak bayar untuk hati kembali pulih.

apa yang penting sekiranya telah berlaku accident hati adalah :

1. bertenang, jangan panik
2. antar ke bengkel, yakni pergi bersihkan diri, mengadaplah sang Kekasih yang Maha Mulia itu, luahkan padanya apa yang di rasai, meminta la padanya
3. dalam masa berada di bengkel itu, sentiasa bermuhasabah, mintalah yang terbaik darinya.
4. apabila dah selesai, dh siap di bengkel keluarlah dengan penuh semangat dan berhati-hati la, yakni ambil lah pengajaran dari kisah yang berlaku.

anda akan tipu diri sendiri kalau anda katakan yang anda tidak pernah accident hati. 

saya mengakui buat pertama kali ini tiba2 telah berlaku accident hati...tp sy berazam untuk terus membersihkan hati saya dari rasa perasan dengan mawaddah manusia (lelaki) sebelum sampai masanya. 

ya Allah peliharalah hati aku ini dari tercalik sesuatu yang mampu memalingkan aku dari terus mengingatimu walau sesaat atau sezarah.