About

Tuesday, February 23, 2010

warna kuning = api??



betul ka api itu warna kuning ya??

Firman Allah Taala :

33. "(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning". (Al-Mursalat)

Prof Hamka,
dalam kitab tafsirnya Tafsir Azhar,
mentafsirkan bahawa,
"...ibaratkan dengan unta-unta kuning berjalan beriring-iring, muncul satu demi satu. Warna kuning adalah perumpamaan dari warna api itu. Sebab warna api itu MEMANG kuning!!.

merujuk 4 buah kitab tafsir,
hnya kitab tafsir hamka shj yg mentafsirkan Warna kuning adalah perumpamaan dari warna api itu. Sebab warna api itu MEMANG kuning!!.

Waallahua'lam.

Friday, February 12, 2010

paper project @ gerakan dakwah & tarbiyah??

sepanjang program lepas,
paper project dibiarkan,
buka kerana tidak bertanggungjawab pada pembelajaran,
tp,
ana ingin memastikan bahawa sebelum diri ini meninggalkan alan atau dunia sarjana muda ini dengan gerakan dakwah dan tarbiyah di bumi APIUM meningkat..

bukan tujuan untuk mencari nama,
bahkan ana sendri malu untuk mengaku sebagai pengarah,
malu kerana,
dalam memastikan gerakan dakwah dan tarbiyah terus dilaksana,
ianya bermula dengan gerakan muslimat.

terus terang,
di mana insan bernama lelaki??
kenapa anda seolah memandang remeh??
tahukah anda bahawa anda bakal memimpin keluarga..

mulakan atau lebih tepat cari lah pengalaman memimpin gerakan dakwah dan tarbiyah ketika masih belaja, agar mudah untuk anda membawa serta menerapkan gerakan dakwah ini pada keluarga anda nanti..

apa yang penting bagiku tatkala ini,
cuti raya cina ini
adalah :

1. menyiapkan bab 3 paper project
2. salin arab balik.
3. tengok / ulangkaji tajuk yang tertinggal wkt sibuk berkempen.

ok,
salamalaik..

Tuesday, February 9, 2010

Buat yang mahu berFIKIR..

maghrib ini,
seperti rutin biasa dalam kehidupan sbg pejuang lagi2 hamba illahi,
ba'da maghrib, Quran dibuka, dialunkan, dan akhir, dihayati terjemahan ayat..

2 ayat yang ingin di share di sini..

sblm 2,
ana pnh juga melihat drama2 di tv yg menceritakan tntg seorg ayah yang kaya raya tlh meninggalkan wasiat. tetapi ats rasa tidak puas hati, mungkin anak atau isteri pertama, atau isteri kedua..atau sesiapa shj menyebabkan wasiat itu tlh ditukar..
bila ana meneliti ayat Allah dalam surah al-Baqarah ini,
ana jadi bimbing dan takut, azab Allah sangat besar bagi orang seperti ini..

Firman Allah Taala yang bermaksud :

181. kemudian sesiapa Yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka Sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang Yang mengubahnya; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. 182. tetapi sesiapa Yang mengetahui Bahawa orang Yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, Dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(AL-bAQARAH : 181-182)

Isu Tauhid lg.. Mcm2 dunia skrg..

isu penolakkan 3 tauhid, semakin berleluasa lagi2 di bumi vasiti ku ini,

bertanya pada sang Murabbu Dr. Fauzi Deraman,

jawapan beliau,

mana mungkin Allah yang kita tahu, yang sudah maklum mempunyai 99 nama, tiba2 bila mai pada sifat ada 20 ja..

xlogik katanya,

sang murabbi menambah lagi,
menurut Yusuf al-Qardhowi,
kalo anda ingin mengenal Allah,
cukuplah dengan surah al-Ikhlas dan ayat Kursi.

jom kita lihat terjemahannya...

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; 4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
(Al-Ikhlas : 1-4)

255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)
(al-Baqarah : 255)

sekian,
tepuk dada,
tanya iman,
agar pendirian yang kita pegang xkan tersimpang jauh.

wallahu'alam.

Saturday, February 6, 2010

Alhamdulillah...


alhamdlh..
hampir sebulan, xdpt menulis dalam blog ini,
kekangan masa dengan program dan pilihan raya kampus,
akhirnya ari ini dpt menulis..

BULAN PENGHAYATAN ISLAM 2010 (ISLAM'10)

pelbagai perasaan dapat ku rasai bila handle program nie,
takut,gelisah,bimbing,sedih,kecewa,hampir down..
tp itu semua memberikan anu 1001 pengalaman dan kenangan.

diharapkan program ini,
dapat meningkatkan keimanan diriku dan pada yang sama2 hadir dalamnya.
aku hanya insan biasa,
yang cuba untuk melakukan sesuatu yang luar biasa,
untuk agama NYA.