bila membicarakan mengenai perkahwinan oleh kader-kader dakwah, atau daie, pasti akan kedengaran istilah 'Baitul Muslim'..
siapa yang tidak mengetahui, apakah yang dimaksudkan dengan 'Baitul Muslim'...
dikebanyyakn tempat, apabila telah graduasi atau sudah dapat kerja ataupun, umur sudah meningkat, pasti ada yang akan bertanya sudah mendaftar di bawah Baitul Muslim..
Baitul Muslim ini sangat bagus, ianya untuk memastikan bahawa orang yang kita kahwini ini adalah dikalangan mereka yang se'perjuanga', se'jalan', se'fikrah', dan berbagai-bagai se la...
Suatu kemusykilan yang selalu difikirkan, jika BM ini dibina untuk memastikan yang diatas terlaksana, kenapa masih ada futur, lari, menyepi, hilang dan berbagai istilah lagi dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dan siasah yang selama ini di laksanakan...
oleh itu, suatu pandangan dan impian penulis adalah untuk mewujudkan baitul al-Qur'an...sebb al-Quran adalah petunjuk dalam segala hal kehidupan, ianya adalah kalam cinta Allah kepada hambanya untuk memastikan hambanya selamat dunia dan akhirat...
bila membicarakan soal muslim, tarbiyah, dakwah dan siasah semua itu tersimpan di dalam karya agung itu...di dalamnya diajar, diceritakan, dikiasakan, diumpamakan dan sebagainya agar mudah untuk difahami oleh sekalian manusia jika mereka membaca, mentadabbur al-Qur'an itu.
pembinaan diri, yang sentiasa dekat dengan al-Qur'an seterusnya pembinaan hubungan melalui perkahwinan dirasakan sangat2 diperlukan oleh seorang lelaki dan perempuan. kerna untuk melahirkan generasi al-Quran (جيل القران) di dalam sesebuah negara, mestilah bermula dari dalam keluarga, yang mana tunjangnya adalah ayah dan ibu, lelaki dan perempuan atau lebih tepatnya suami dan isteri..
generasi al-Quran adalah generasi yang sangat baik....