Islam itu agama yang sangat indah. Bukan hanya menjaga hubungan hamba dengan Tuhannya sahaja, tetapi menjaga hubungan hamba sesama hamba hatta menjaga hubungan hamba dengan makhluk yang lain. begitu perfect nya Islam, begitu menjaganya ajaran Islam, ianya tidak lain kerana Islam itu didatangi dari Pencipta yang penuh ketelitian.
menghina, mencemuh, mengata hatta melabel-label, adalah perkara-perkara yang sangat dibenci oleh Allah serta perkara yang sangat-sangat dikehendaki dijauhi kerana ianya membawa kemudharatan yang besar.
antara kemudharatannya adalah :
1. menyebabkan keretakan hubungan sesama manusia
2. menyebabkan mampu sehingga memutuskan tali silraturrahim
3. menyebabkan pergaduhan, yang mana sehingga boleh sampai menjadi peperangan.
4. menyebabkan umat Islam berpecah, dan berpuak-puak..
dan pelbagai lain kesan, yang mna, kesannya kesemuanya NEGATIF, xda yg positif.
moga-moga, kt tidak tergolong dalam golongan yang banyak memberi keburukan pada Islam ini.
Wallahu'alam