About

Thursday, July 9, 2009

Jual Beli Najasy..


Jual beli Najasy dan orang yang mengatakan bahawa Jual Beli seperti itu tidak dibolehkan. Ibnu Abi Aufa berkata, “Orang yang melakukan najasy adalah pemakan riba dan pengkhianat.”

Ia adlah tipu muslihat yang batil dan tidak dihalalkan. Nabi S.A.W. bersabda, “orang yang melakukan penipuan berada di neraka; dan barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang bukan termasuk urusan kami, maka ia tertolak. Dari Ibnu Umar RA, dia berkata, “Nabi S.A.W. melarang jual-beli Najasy.
Pengertian An-Najasy :-
Pengertian menurut Imam Al-Bukhari :-
Dari segi bahasa : mengusik buruan serta membuatnya meninggalkan tempatnya untuk diburu.
Dari segi syara’ : penambahan harga suatu barang dari orang yang tidak bermaksud membelinya untuk menipu orang lain agar membelinya.
Menurut Imam As-Syafie :-
najsh bermaksud orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sdangkan dia tidak berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal.
Najsh pada asalnya bermaksud menyembunyikan kerana perbuatan orang ini menyembunyikan niatnya.
Hukum :-
1) Apabila perbuatan ini dilakukan dengan persetujuan penjual dan penjuak dan ianya mempunyai bukti – hukumnya adalah haram.[1] Ia akan menjadikan kedua-duanya berdosa. Penjual dianggap telah menipu pembeli dan dengan itu pembeli berhak menuntut khiyar. Jika tiada bukti penjual dan penjuak merancang perbuatan tersebut pembeli tidak berhak menuntut khiyar kerana dia sendiri cuai membuat penelitian.
2) Kalau ia terjadi tanpa pengetahuan penjual – dosa akan ditanggung oleh orang yang melakukannya.
3) Kadang-kadang ia dosa akan ditanggung sendiri oleh penjual, apabila seseorang telah mengatakan bahawa ia telah membeli barang tersebut dengan harga yang lebih mahal dan harga jual yang sedia ada dengan maksud mempedayakan orang lain.

Pendapat ulama yang mengatakan jual-beli seperti ini tidak dibolehkan.
Imam Bukhari
Imam bukhari mengisyaratkan kepada apa yang dikutip Abdurrazaq melalui jalur Umar bin Abdul Aziz
( bahawasanya seorang pengawainya menjual budak miliknya, maka dia berkata kepadanya, “kalau bukan kerana aku manambahkan harganya, nescaya dia mengalami kerugian.” Umar berkata, “ini adalah perbuatan najasy dan tidak halal.” Lalu dia mengutus seseorang untuk menyerukan “sesungguhnya jual-beli seperti itu tertolak dan tidak halal.” )
Ibnu Baththal
Para ulama sepakat orang yang melakukan najasy telah melakukan maksiat dengan sebab perbuatannya. Akan tetapi, mereka berbeza pendapat tentang jual-beli yang berlangsung dengan system najasy.
Ibnu Mundzir
Jual-beli ini tidak sah. Dalam mazhab maliki mengatakan pembeli berhak memilih antara membatalkan jual-beli atau tidak.
Ar-Rafi’i
Pelaku najasy telah berbuat maksiat secara mutlak. Namun, mengenai masalah orang yang membeli barang yang sedang dibeli orang lain, pelakunya dianggap bernuat maksiat bila mengetahui larangan itu.
Al-Baihaqi
Menurit As-Syafie bahawa pelaku najasy yang dianggap bermaksiat adalah mereka yang telah mengetahui larangan itu. Barangsiapa melakukan najasy, maka dianggap melakukan kemaksiatan jika ia mengetahui larangannya, sementara jual-beli yang terjadi dianggap sah.


Ibnu Abi Aufa
Menamakan seseorang yang mengatakan “harga jual barangnya lebih murah dari modalnya” sebagai pelaku najasy, kerana ia menyerupai seseorang yang menawarkan suatu barang dengan harga tinggi tanpa bermaksud membelinya. Jika dilihat kedua-duanya membawa maksud sebagai pemakan riba berdasarkan pentafsiran yang dibuat. Jika sekiranya penjual menyetujui perbuatan pelaku najasy dengan memberinya bonus, maka mereka semua sama-sama berbuat khianat.[2]

Kesimpulannya :-
Secara tuntasnya, najsh ialah bermaksud orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal.
Dan sesungguhnya Rasullulah S.A.W. telah melarang perbuatan najsh ini seperti yang terdapat di dalam hadith di atas. Tetapi ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukumnya. Tetapi secara tuntasnya ulama sepakat mengatakan jual-beli ini tidak sah.
[1] Dr. Mustofa Al-Khin & Dr. Mustofa Al-Bughu & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 6, hlmn.
[2] Ibnu Hajar Al-Asqolani, Fathul Bari Lil Al-Bukhari, hlm. 211

No comments: