alhamdulillah,
syukur pada illahi masih diberikan nafas untuk terus menyambung kehidupan di bumi ini, di samping menyampaikan kepada manusia bahawa ISLAM adalah yang terbuat buat keseluruhan manusia.
hari ni,
berpeluang sekali lagi untuk menjejaki ke PESTA BUKU ANTARABANGSA di PWTC,
kali ni..p dgn dila je,
ari selasa ari 2, p naik motor dgn ili,kak na,kak dayah, n kak afrah.
sejumlah besar wang telah dilayarkan,
wang itu pemberian ayah untuk belanja bulanan,
tp hasil berjimat cermat,
dpt menyimpan sket,
untuk membeli buku di sana.
sgt teruja p sna,
byk buku yang sgt best (bermanfaat) buat diri yang lemah ini,
wkt p ari selasa berpeluang beli buku :
1. alexander adalah zulkarnain.
2. Semai benih-benih syurga (tok guru nik aziz)
3. Diari hidup Rasulullah
4. Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah
hari nie, jumaat berpeluang menambahkan koleksi bacaan :
1. Murabbi cinta
2. Lembutkanlah hatimu
3. Salahuddin al-Ayubi
4. Sultan Muhammad al-Fateh
5. Mengintai cinta khalifah
6. Sahabat pembela Sunnah
dan yang paling mahal, dan menjurus kepada ilmu tafsir, yakni bidang yang telah dipilih oleh penulis adalah,
KAMUS AL-QURAN.
insyaALLAH, jika diberi ruang dan peluang olehnya,
ingin rasanya berkongsi sinopsis buku ini,
tp pas hbs exam nt la,
la ni,
nk fokus paper projek,
asgmnt.
mohon DOA dr shbt2,
agar dipermudahkan segala yang dilakukan.
About
Saturday, March 27, 2010
Tuesday, March 9, 2010
~ Penting ker?? ~
Penting ker perkara selain berhadapan dengan-Nya??
Penting ker sayang manusia lebih dari sayang Allah??
Penting ker ikut arahan orang kalau hati kata xmau??
Penting ker??... penting ker???... Penting ker???
Ya Allah ikatlah hatiku hanya untuk-Mu,
agar segala yang hadir tidak lah sepenting Mu,
Ya Allah ikat juga hatiku hanya untuk-Mu,
agar kasih sayang ku hanya untuk Mu, Kekasih Mu, kedua ibu bapa ku,
Ya Allah,
berilahku kekuatan,
untuk mempertahankan prinsip serta pendirianku.
Ya Allah,
letakkanlah cintaku hanya untuk Mu,
Ya Allah,
redholah aku menjadi hamba MU.
Ya Allah bantulah aku.
Monday, March 8, 2010
Kerinduan Pada mu Ya Rasulullah
(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Pemergianmu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
Acap kali lagu ini dipasang, manik-manik mutiara mula membanjiri permukaan kulit ini,
rindu tidak terkata padanya,
walaupun tidak pernah bersua muka,
tapi kasih serta sayang padanya semakin menebal,
Baginda kekasih Allah,
Baginda dikurniakan berbagai-bagai kelebihan yang tidak terdapat pada yang lain,
baginda mampu memberi syafaat kepada sesiapa yang dikehendakinya pada hari yang sangat dahsyat itu.
Baginda insan yang tidak mengenal erti kalah,
Baginda insan yang tidak mengenal erti lemah,
Baginda insan yang tidak mengenal erti jemu,
semua itu baginda lakukan semata-mata untuk melaksanakan arahan Allah,
serta membawa umat manusia ke arah jalan yang diredhoi-Nya.
Sayangnya baginda pada kita umatnya,
dapat kita renungi iaitu seketika sebelum baginda menghemmbuskan nyawa yang terakhir.
Pada ketika menghadapai sakaratul maut sekalipun,
beliau masih menunjukkan sayang serta kasih beliau pada umatnya.
Ya Rasulullah,
aku rindu padamu,
Ya Raslullah,
aku ingin menjadi umatmu yang taat akan perintah Rabb,
Ya Rasulullah,
aku ingin bersua denganmu diakhirat kelak,
Ya Rasulullah,
aku ingin bersama-sama denganmu di syurga Sang Pencipta
Subscribe to:
Posts (Atom)