About

Monday, March 8, 2010

Kerinduan Pada mu Ya Rasulullah



(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Pemergianmu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

Acap kali lagu ini dipasang, manik-manik mutiara mula membanjiri permukaan kulit ini,
rindu tidak terkata padanya,
walaupun tidak pernah bersua muka,
tapi kasih serta sayang padanya semakin menebal,

Baginda kekasih Allah,
Baginda dikurniakan berbagai-bagai kelebihan yang tidak terdapat pada yang lain,
baginda mampu memberi syafaat kepada sesiapa yang dikehendakinya pada hari yang sangat dahsyat itu.

Baginda insan yang tidak mengenal erti kalah,

Baginda insan yang tidak mengenal erti lemah,

Baginda insan yang tidak mengenal erti jemu,

semua itu baginda lakukan semata-mata untuk melaksanakan arahan Allah,
serta membawa umat manusia ke arah jalan yang diredhoi-Nya.

Sayangnya baginda pada kita umatnya,
dapat kita renungi iaitu seketika sebelum baginda menghemmbuskan nyawa yang terakhir.
Pada ketika menghadapai sakaratul maut sekalipun,
beliau masih menunjukkan sayang serta kasih beliau pada umatnya.

Ya Rasulullah,
aku rindu padamu,
Ya Raslullah,
aku ingin menjadi umatmu yang taat akan perintah Rabb,
Ya Rasulullah,
aku ingin bersua denganmu diakhirat kelak,
Ya Rasulullah,
aku ingin bersama-sama denganmu di syurga Sang Pencipta

No comments: