About

Tuesday, April 6, 2010

TIGA KEKUATAN YANG PERLU ADA PADA PEJUANG



Kepada diri para pejuang, mestilah mempersiapkan diri dengan berbagai-bagai kekuatan agar segala cabaran, dugaan dapat ditempuhi dengan penuh kebijaksanaan dan kecekalan.

kekuatan-kekuatan yang perlu ada pada pejuang adalah :

Pertama, kekuatan minda

Minda, disini dimaksudkan ialah ilmu. Orang Islam yang berjuang untuk agama-Nya mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya. Kerana dengan ilmu kita dapat berfikir dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Terutama berkaitan strategi-strategi dalam berjuang.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.

Ketiga, kuat fizikal

Perkara yang utama, jika tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.

kesimpulannya,
pada diri seseorang pejaung itu, perlulah ada,
ILMU, IMAN dan TUBUH BADAN YANG SIHAT.

MOGA-MOGA IANYA DAPAT DIAPLIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN, BUAT INSAN YANG BERGELAR PEJUANG DI JALAN ALLAH.
.

No comments: