About

Wednesday, June 15, 2011

kenapa RAHSIA???


orang selalu bertanya, kenapa sy suka menggunakan perkataan asrar @ secret yang mana semua ini membawa maksud RAHSIA.

setelah sekian lama saya hidup dalam pertanyaan orang, kenapa rahsia,
hari ini sy ingin menukilkan dalam blog saya kenapa saya suka dengan rahsia..

dalam kehidupan kita ini, sebenarnya, pada hakikatnya, penuh dengan rahsia.
rahsia tentang kelahiran kita...
adakah kita mengetahui akan kelahiran kita, bila, di mana??
rahsia akan rezeki kita,
rahsia jodoh kita siapa,
dan rahsia kematian kita...
adakah kita mengetahinya??

jawapannya sudah pasti tidak.
sedangkan apa yang akan berlaku sesaat lg, seminit lg, sejam lg, sehari lagi setahun lagi kita pasti tidak akan mengetahuinya..

jadi, saya suka menggunakan perkataan, istilah asrar atau secret ini, demi untuk mengingatkan saya bahawa setiap yang dh berlaku dan bakal berlaku di dalamnya terkandung rahsia. jika sesuatu telah berlaku, kebiasaannya kita akan sebut ada hikmah di sebaliknya, membawa maksud ada rahsia di sebaliknya.

mengingatkan saya bahawa segala rahsia-rahsia itu semestinya milik Allah,
even hati saya sendiri,
milik Allah..

moga2 Allah mentaqdirkan segala rahsia yang ditentukannya adalah sesuatu yang terbaik untuk saya, sesuatu yang dapat meningkatkan keimanan serta ketakwaan saya kepada-Nya. Juga dengan rahsia-rahsia itu, akan menjanjikan syurga yang indah buat saya.

Ameen.
oleh itu, saya sukakan Asrar@secret.  =)

No comments: