About
Tuesday, August 9, 2011
ulangtahun kelahiranku
Tanggal 4 ogos 1987, aku dilahirkan di sebuah kediaman mewah di kampung paya perlis. Kehadiranku mengisi kehidupan suami isteri yg sudah mempunyai seseorang anak perempuan. Mereka bersyukur ke hadrat illahi ats limpahan nikmat pemberian seorang anak yanv hari kelahirannya tepat jatuh pd hari raya korban. Mengimbau sejarah Nabi Allah Ibrahim yg di perintahkan oleh Allah utk menyembelih puteranya Nabi Allah Ismail pd wkt itu. 9 Zulhijjah.
Mungkin kelahiranku yg jatuh pd hari yg penuh bersejarah itu merupakan suatu petanda bagi diri ini bahawa aku mesti melakukan pengorbanan lbh dr mrk yg tidak lahir pd hari itu. Itu apa yg aku sedari pd tahun ini. Tahun yg ke 24 aku diberi nikmat pinjaman umur dr Allah.
Antara perkara yg aku bertekad dr berazam adalah aku perlu berkorban segala2nya demi menyahut perintah Allah.
1. Orang beriman itu mereka mengajak kepada yg makruf dan meninggalkan yg mungkar, mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.
2. Menjalankan suatu perniagaan yg tidakan rugi sampai bila2 bahkan aku mendapat pulangan yg melimpah ruah iaitu beriman kpd Allah dan Rasulnya, berjihad berjuang di jalan Allah dengan harta,nyawa dsb.
3. Berkorban dalam membantu mereka yg memerlukan pertolongan.
Alhamdulillah, tarikh kelahiranku kali ini jatuh pd bulan yg penuh barakah. Bulan yg didalamnya tersimpan pelbagai keistimewaan, bulan diturunkan alquran, bulaj berlakunya peperangan pertama dalam islam yakni perang badar, bulan yg amalannya digandakan menjadi sepuluh pahalany, bulan yang teterdapat salah satu malamnya, malam yg lbh baik dr seribu bulan, allahuakbar. Dan bulan yg begitu menyentap tangkai hati, mengubah seluruh kehidupan aku dan keluarga, bulan pemergian kakaknda tercinta kak ja tanggal 8 Ramadhan.
Ya allah. Aku bersyukur ats nikmat pertambahan umur ini, dan kau rahmatilah aku, dan bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang solehahn. AMEEN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment