About

Tuesday, November 29, 2011

analogi AQIDAH ~terima Kasih ayah & Bob Lokman~

bismillah...
Assalamualaikum

semalam.....
usai berzikir slps maghrib,
ayah brtanya: mcm mna skrg?
sy menjawab: okey je (dlm fikiran, apa maksud ayah ek)
ayah tanya lagi: mcm mna kehidupan
sy jawab: alhamdlh, okey je. (msh brfkir knapa ayah nie,huhu)
ayah menerangkan: saja ayah nk tanya, mcm mna kehidupan sarah, belajar, tesis, jemaah, perjuangan, gerak kerja, kawan2.
barulah saya memahami, dan sambil tersenyum saya menjawab alhamdulillah, everthing under control ayah, biiznillah.
dengan jawapan sy alhamdulillah dan biiznillah, ayah membuka ruang perkongsian @ USRAH.

kebiasaannya usrah family sy akan berlangsung setiap kali lps maghrib iaitu usai solat maghrib, zikir, solat sunat dan bacaan quran olh ayah yg disemak oleh kami.
usrah km berbentuk tafsiran al-Quran dan di kaitkan dgn isu-isu semasa. dakwah, tarbiyah dan siasah. dan kadang2 akan berbincang hadith yg terdapat dlm bulugh almaram.
tp mlm td, ayah membuka ruang perkongsian sblm mendirikan solat sunat dan bacaam al-quran.
ini mungkin kerana sungguh tidak dapat ditahan ingin berkongsi apa yg beliau dapat dalam ceramah oleh Bob Lokman yg tidak dpt sy hadiri.
mungkin ingin menjaga kekhusyukan solat sunatnya, maka ayah berkongsi dlu.

 ayah berkongsi: BL diasuh selama 14 thn oleh atuk nya hanya berkaitan dengan aqida.Aqidah Salim

sepertinya dibawah:

 situasi 1:-

 atuk: dh makan?
cucu: dh
atuk: kenyang x?
 cucu: kenyang sgt.
atuk: kenapa kenyang?
cucu: sbb makan banyak sangat.
atuk: bukan sbb itu, tapi sebab Allah beri nikmat kenyang.
cucu: mcm mna 2 atuk?
 atuk: tadi makan berapa pinggan?
cucu: satu tapi penuh.
atuk: penah x tengok org makan satu pinggan penuh tapi dia bole lagi menambah katanya tidak kenyang. cucu: penuh juga. sy pn sama kdg2.
atuk: itulah yg atuk maksudkan. kekenyangan itu pemberian Allah. bkn di sebabkan makanan.

 situasi 2:-

 atuk: cu suka makan apa?
cucu: bubur nasi sup ayam
atuk: kalau makan biasanya berapa pinggang?
cucu: kadang-kadang bole jadi 4 pinggang tok.
atuk: bila demam berapa pinggang cu makan?
cucu: kadang2 dua sudu je, pastu dh xlalu.
atuk: kenapa jadi begitu? sedangkan cu kata tadi cu paling suka bubur sup ayam, tp bila demam xmakan banyak.
cucu: dh demam tok. selera pn xda la.
atuk: tidak cu, bukan sebab demam. tp sebab Allah tidak memberi selera pada cu waktu tersebut. dia menarik sedikit nikmat untuk merasakan betapa sedapnya makanan tersebut.

 kedua-dua situasi yang ditonjolkan bagaimana mudah untuk aqidah atau kepercayaan kt tergugat. tanpa kita perasaan. maka pembentukan aqidah ini bukan utk sehari dua, tp selama-lama dalam kehidupan yang dimulakan sedari kecil.

 jangan juga kita menduga pada hari ini aqidah kita kuat dan ia akan berkekalan kuat sehingga ke akhir hayat kita. sedangkan pada bila-bila masa sahaja, kita akan diuji oleh Allah. dan keputusan ujian itu milik Allah tp kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan yg terbaik. Sirru Ala Barakatillah. ~perkongsian Ayah melalui perkongsian Bob Lokman, yang sy fahami dan olah dr sudut pandang sy, semoga ianya bermanfaat~

No comments: