bismillah,
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan hari ini. masih boleh berdiri untuk melaksanakan peranan sebagai hamba-Nya.
Sekalipun, Allah telah menguji saya untuk satu kesihatan yang telah lama tidak dirasai, kesakitan yang menjadikan saya sukar untuk tidur malam,
dan ianya Alhamdulillah kembali pulih saat selepas saya bangun dari tidur selepas saya bermunajat panjang pada-Nya. Syukur pada-Mu ya Allah.
memulakan pagi dengar mendengar pengisian rohani, bekalan untuk menjadi hamba Allah yang Taat.
sedikit ilmu yang ingin di kongsi.
"Diam kita FIKIR,
Bercakap kita ZIKIR"
Subhanaallah, kata-kata hikmah dan motivasi saya pada hari ini, dan ingin berkongsi bersama semua,
FIKIR,
di dalam al-Qur'an terlampau banyak ayat yang Allah tekankan mengenai fikir, ulul al-bab, afala tafakkarun, dsb. Allah memerintah kita untuk sentiasa berfikir, berfikir dalam banyak perkara, berfikir tentang kehidupan kita, berfikir tentang ciptaan Allah, berfikir untuk kehidupan akhirat, dan pendeknya perlunya kita untuk berfikir.
penekanan Al-QUr'an untuk proses berfikir ini, turut mendapat perhatian barat untuk di olah. jika dilihat di kebanyakkan buku motivasi, penekanan diberikan kepada budaya berfikir. berfikir mampu menjadikan kita seorang yang sangat berkualiti dan bermanfaat bukan sahaja buat diri kita tetapi untuk semua yang berada disekeliling kita.
ZIKIR,
di dalam bahasa Arab, zikir ini membawa pengertian "ingat". tazkirah = "peringatan". dan zikir ini pula adalah cara untuk mengingati Allah Taala. suatu proses pembersihan hati. Tazkiyatun al-Nafs.
dengan cara berzikir iaitu mengingati Allah ini, menjadikan seseorang itu takut untuk melakukan apa yang Allah larang dan tegah. Tetapi dengan berzikir menjadikan seseorang itu dekat dengan Allah dan sangat berasa yakin dengan-Nya. Selain itu, berzikir akan membuahkan pahala kepada kita.
Diam = FIKIR, Cakap = ZIKIR,
apakah yang dimaksudkan pengertian ini, adakah kita tidak boleh bergaul dengan orang?? adakah hanya perlu berzikir sahaja??
begini,
maksudnya, apabila kita bersendirian, banyakkan berfikir. membaca buku, majalah sambil berfikir. mendengar kuliah/ceramah/motivasi/pengisian lakukan dengan berfikir. sentiasa kaitkannya dengan Allah Taala.
Cuba bayangkan, apabila kita tidak berfikir. Allahuakbar, sebab itu perkara seperti pembunuhan, rogol, mengumpat, menfitnah, penceraian dll terjadi. seperti contoh pembunuhan: ianya terjadi hasil dari suatu proses tidak berfikir. berfikir bahawa nyawa seseorang itu merupakan suatu benda yang paling berharga dari Allah. cuba bayangkan, jika kita berada di tempat orang yang kena bunuh, saya yakin kita xkan melakukannya. saya yakin untuk melakukan pembunuhan adalah suatu perkara yang susah dan ada yang berkata perlu berfikir cara dan bagaimana ingin dilaksanakan. tetapi ini bukanlah disebut berfikir yang sebenarnya. berfikir yang sebenarnya adalah berfikir dalam memastikan bahawa kita akan sentiasa melaksanakan segala perintah Allah Taala. Berfikir setiap apa yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah pada hari dimana tiada pertolongan nanti.
manakala yang dikatakan zikir disini adalah, tidaklah sehingga tidak bercakap dengan orang, tidak bermuamalah dengan orang. apabila berkata-kata, hanya menyebut zikrullah. tidak begitu. zikir ini boleh dimengertikan sebagai, apabila kita berkata-kata, kita akan berkata-kata benda yang baik. benda yang dikaitkan dengan Allah serta kejadia-kejadiannya. Kata-kata kita yang menjadi motivasi kepada orang lain. kata-kata yang membahagiakan si pendengar. dan suatu kata-kata yang sentiasa diselang seli dengan bertasbih, bertakbir dan memuji Allah.
Apabila kita mengamalkan diam kita berfikir, kita akan cuba memastikan bahawa setiap kalam kita adalah sesuatu yang berbentuk zikir, yakni yang memberi kebahagiaan kepada pendengar. Yang mana kalam kita itu, tidak diselang seli dengan perkara negatif, kotor, mengumpat, memfitnah dsb. kita akan lebih bersabar dan husnu zon (berbaik sangka).
oleh itu, gabungan antara FIKIR DAN ZIKIR akan menjadikan kita seoranga Hamba dan Manusia yang bahagia dan membahagiakan. dan dapat mempertingkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Taala.
Wallahu'alam.
Main Library Um.