Semester akhir bermula..
Aku bertungkus lumus dalam menyiapkan LI aku..sering aku berjumpa dengan murobbi untuk bertanyakan pendapat…beliau akan membantu, dan aku sangat bersyukur..
Pada suatu ketika, aku menjenguk ke pejabat murrobi..aku tegurnya..beliau kelihatan lemah sekali..tidak seceria sebelum ni..aku terus meminta izinnya untuk duduk..
Aku cuba bersembang dengannya..akhirnya..beliau menunjukkan tangan beliau..
Masya-Allah, besar sangat..tangan belah kirinya xsilap aku..sedih mendengar ayat ustaz..sakit..sakit sangat..ana xtahu macam mana bole jadi..
Aku hampir menitiskan mutiara jernih ini di depannya..sedih aku melihat murobbi yang semangatnya gental, mengadu pada ku..
***********
Sejak dari tangannya bengkak, kesihatan ustaz makin menurun..
Dan aku akui..aku semakin kurang ke biliknya lantaran sibuk dengan asgmnt juga program2,,
Hati meronta-ronta untuk temuinya..tetapi apakan daya, dgn keadaan ustaz yang jarang hadir dan keadaan aku yang perlu menyelesaikan amanah yang dĂgalas..
Masa terus berlalu..tanpa sedikit pun menunggu..
**********
Waktu untuk hantar Li semakin hampir..aku sudah bagaikan cacing kepanasan..
Mana bisa aku menghantar Li jika murobbi masih belum melihatnya..
Lantas..aku mengambil telefon tanganku, Dan terus menghubungi ustaz..kelihatannya suara ustaz sangat lebih..tidak mampu untuk bercakap banyak..tapi apakan daya aku, aku terpaksa khabarkan padanya juga..
“ustaz, paper projek nk kena antar dah..ana bimbang ustaz..bila ya bole Ana jumpa ustaz utk ustaz check...”
Ustaz diam...penat gamaknya...
Akhirnya aku memberi keputusan...ok ustaz..ana pergi ke rumah ustaz..
Selesai sahaja meletak telefon..aku menyapu mutiara jernih ini...
Aku sedih..sedih..mendengar suara ustaz Dan aku juga sedih andai aku tidak dapat berbuat yang terbaik..krn penyelianya adalah ustaz..
Setelah pkiran ku waras..aku menaip mesg buat ustaz “ustaz..sy xmampu ke rumah ustaz..bole saya jumpa ustaz di hospital wkt dialisis esok?”
Belum sempat aku send...aku terus men’delete’nya..
Aku terus menghubunginya kembali..dan aku nyatakan seperti yang aku ingini..
*************
Keesokkan harinya..
Aku ke hospital..sampai sahaja di hadapan wad dialisis..menara timur tingkat 8 ppum..
Tersentak aku..aku melihat ustaz..sangat uzur...sedang menunggu sebelum dibenarkan pulang..
Mutiara jernih ini..mengalir lagi..
Sebak aku...tiba2 telefon ku berbunyi..ku cuba sembunyikan dari pemanggil itu yang aku sedang menangis...
Selesai sahaja aku bercakap di telefon..ustaz pun habis urusannya..
Zaujah ustaz berkata : “kenapa xmasuk dalam..tunggu luar..xda orang”
Aku menjawab : “xpa ustazah..duk cakap telefon (sambil tersenyum)”
Mana bisa aku masuk..melihat di luar sudah mengalir mutiara jernih ini..apa lagi jika masuk..bisa hujan dalam wad itu..
Sampai di tingkat bawah sementara menunggu anaknya sampai..ustaz check paper projek aku..
Apabila habis..kata-kata ustaz membuatkan aku tersenyum.. “bagus..betulkan yang Ana suruh 2..yg len dh ok”..
Terima kasih ustaz..hati-hati..moga Allah menyembuhkan ustaz...
Aku pun berlalu..
************
Akhirnya..aku dapat menghantar paper projek ku..dan alhamdulillah, aku lah orang pertama dr jbtn aku yang menghantar paper projek..
Aku tersenyum...ini adalah jasa murobbiku ini..
************
About
Saturday, July 10, 2010
“Perginya Permata Berharga” v. 2
Naik tahun ke 2 sesi pengajian, tersangat bersyukur masih dpt berguru dengan murobbi ini, walaupun kesihatannya tidak sebaik dlu..
Pada awal selepas, mengalami kesakitan yang bisa meragut nyawanya, beliau hanya menggunakan tongkat…tetapi jika beliau tidak tahan beliau akan naik kerusi roda..
Perkara penting yang aku belajar darinya selain dari ilmu yang telah dicurahkan adalah, semangat beliau. Semangat yang sangat tinggi. Dalam keadaan sakit begitu, suatu yang orang tidak sedari, beliau sendiri yang memandu kereta dari cheras ke um, ditemani zaujah tercinta disisi. Bukan itu sahaja, walaupun persembahan pengajaran beliau kurang sedikit dari sebelum beliau terlantar, tp beliau cuba lakukan yang terbaik..msh ada tangisan darinya, masih ada tawa riang darinya, masih ada suatu kritikan, semangat buat anak muridnya ketika sesi perbentangan dijalankan..
Sesuatu yang tak bisa aku lupakan, hatta sekarang masih terngiang-ngiang di telinga aku, adalah suatu kata-kata beliau ketika mencerita pengalaman beliau sakit..suatu ayat “ana ni, bagaikan mati dihidupkan kembali, hidup untuk kali kedua, ana sangat bersyukur”.
Acap kali terngiang-ngiang ayat ini, pasti kesedihan menjelma, tetapi tiupan semangat ustaz sampai padaku..
Perjalanan hidup terus berlalu…
*************
Ustaz semakin uzur..sudah sering kali ustaz tidak hadir mengajar..
Ustaz kerap kali keluar masuk hospital..
Tahap kesihatan ustaz semakin menurun..
*************
Semester ke lima sebelum tibanya semester ke enam, semester terakhir aku bergelar mahasiswa ijazah sarjana muda..
Aku harus memilih penyelia untuk membantu aku dalam menyelesaikan Latihan Ilmiah ku,
Tanpa ragu, Dan tanpa banyak memikir,
Aku memilih murobbiku ini…
Ya, aku tahu..kesukaran bakal aku lalui
Lantaran murobbiku ini sering sakit..
Itu adalah cabaran bagiku untuk lakukan yang terbaik..
*************
Aku bertungkus lumus dalam mencari tajuk untuk kajian ku ini, hasilnya perbincangan yang panjang bersama murobbi ini telah terhasil.
Tajuk kajian ku “Al-Amthal Dalam AL-Qur’an : Kajian Amthal berkaitan Haiwan”.
Tajuk ini, telah aku bersama murobbiku ini sepakati pada semester ke 5 ku,
Ianya bertujuan untuk menyenangkan aku pada semester hadapan..
Ada beberapa pensyarah yang aku rapat..bertanya aku soalan yang susah untuk aku jawab
“kenapa enti memilih ustaz rasyid ya sebagai penyelia enti?”
Mana bisa aku menjawab depan mereka..kerana apabila ianya diungkapkan mutiara jernih pasti mengalir..
Lantaran tidak tahan sering ditanya,
Akhirnya di depan salah seorang pensyarah, aku menjawab “sebab saya nak mendapatkan ilmu dari orang yang hebat..” dan aku menyambung dalam hati..kerna aku tahu, hidupnya tidak lama..mana mungkin aku akan mempersia-siakan ilmunya..mempersia-siakan masa untuk berkhidmat dengannya..aku tahun itu..
Mutiara itu mengalir di hadapan ustaz tersebut..malu? tidak aku tidak malu untuk menunjukkan perasaan ku jika itu yang diharapkan sangat..
*********
Sesuatu yang aku masih terkenang sehingga sekarang dan aku tidak terkilan adalah..aku sering di minta oleh ustaz untuk membantunya, beliau akan menghubungi aku untuk membantunya, membantunya..sama ada menghantar barang di jabatan atau mengambil barang dijabatan atau mengalih kereta atau..bermacam-macam lagi…
Kadang-kadang tidak perlu beliau hubungi..aku akan meringankan langkah kakik ini setiap hari selasa dan khamis ke biliknya..untuk bertanya apa yang boleh aku bantĂș..
Dan setiap kali aku dapat membantunya, aku akan berasa puas..puas berbakti pada sang murobbi ini..

Monday, July 5, 2010
“Perginya Permata Berharga” v. 1
Bismillahi rahmannirahim.
Senyum, tawa, teguran, keluhan, semangat mu masih berlayar di lensa ini, tatkala mengingati mu, wahai Murobbi ku,
Seawal aku melangkah ke alam kampus perdana itu, aku telah mengenali beliau, dengan gaya pengajaran yang bersemangat, apabila sampai kepada ayat yang sedih, beliau akan menangis, apabila sampai ayat yang berbentuk tegasan, beliau dengan penuh bersemangat bangun dari kerusinya dan menerangakan dengan penuh semangat. Dan begitulah apabila sampai kepada sesuatu yang menggembirakan, beliau akan menceritakan dengan penuh kenikmatan dan keseronokan.
************
Hujung semester seterusnya, bumi AQSA dan boleh juga dikatakan bumi APIUM digemparkan dengan keadaan beliau yang tenat…kaki ini tidak terlepas melangkah melawatinya..deraian mutiara putih ini tidak dapat ditahan lagi tatkala melihat beliau yang terbaring lesu menunggu hari..
Sesuatu yang sangat dikagumi diri ini, dalam keadaan yang penuh kelesuan itu, beliau tersedar, permintaan beliau selepas terjaga, beliau inginkan…solat..solat.. begitulah permintaan beliau yang pada awalnya susah untuk dipenuhi kerana keadaan beliau..tetapi atas keberkatan beliau mendidik zaujah beliau, permintaan beliau dituruti.
Lama beliau berkeadaan begitu..
Akhirnya…
***********
Aku mendapat suatu khbr yang membolehkan aku tersenyum kelegaan, ust sudah kembali…
Kembali ke rumahnya, untuk meneruskan kehidupan yang masih di pinjam oleh Sang Pencipta,
Aku tunduk kesyukuran, murobbiku masih ‘ada’,
Akan ku manfaatkan segala yang ada padanya…iaitu ilmunya yang sangat berguna itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)