Naik tahun ke 2 sesi pengajian, tersangat bersyukur masih dpt berguru dengan murobbi ini, walaupun kesihatannya tidak sebaik dlu..
Pada awal selepas, mengalami kesakitan yang bisa meragut nyawanya, beliau hanya menggunakan tongkat…tetapi jika beliau tidak tahan beliau akan naik kerusi roda..
Perkara penting yang aku belajar darinya selain dari ilmu yang telah dicurahkan adalah, semangat beliau. Semangat yang sangat tinggi. Dalam keadaan sakit begitu, suatu yang orang tidak sedari, beliau sendiri yang memandu kereta dari cheras ke um, ditemani zaujah tercinta disisi. Bukan itu sahaja, walaupun persembahan pengajaran beliau kurang sedikit dari sebelum beliau terlantar, tp beliau cuba lakukan yang terbaik..msh ada tangisan darinya, masih ada tawa riang darinya, masih ada suatu kritikan, semangat buat anak muridnya ketika sesi perbentangan dijalankan..
Sesuatu yang tak bisa aku lupakan, hatta sekarang masih terngiang-ngiang di telinga aku, adalah suatu kata-kata beliau ketika mencerita pengalaman beliau sakit..suatu ayat “ana ni, bagaikan mati dihidupkan kembali, hidup untuk kali kedua, ana sangat bersyukur”.
Acap kali terngiang-ngiang ayat ini, pasti kesedihan menjelma, tetapi tiupan semangat ustaz sampai padaku..
Perjalanan hidup terus berlalu…
*************
Ustaz semakin uzur..sudah sering kali ustaz tidak hadir mengajar..
Ustaz kerap kali keluar masuk hospital..
Tahap kesihatan ustaz semakin menurun..
*************
Semester ke lima sebelum tibanya semester ke enam, semester terakhir aku bergelar mahasiswa ijazah sarjana muda..
Aku harus memilih penyelia untuk membantu aku dalam menyelesaikan Latihan Ilmiah ku,
Tanpa ragu, Dan tanpa banyak memikir,
Aku memilih murobbiku ini…
Ya, aku tahu..kesukaran bakal aku lalui
Lantaran murobbiku ini sering sakit..
Itu adalah cabaran bagiku untuk lakukan yang terbaik..
*************
Aku bertungkus lumus dalam mencari tajuk untuk kajian ku ini, hasilnya perbincangan yang panjang bersama murobbi ini telah terhasil.
Tajuk kajian ku “Al-Amthal Dalam AL-Qur’an : Kajian Amthal berkaitan Haiwan”.
Tajuk ini, telah aku bersama murobbiku ini sepakati pada semester ke 5 ku,
Ianya bertujuan untuk menyenangkan aku pada semester hadapan..
Ada beberapa pensyarah yang aku rapat..bertanya aku soalan yang susah untuk aku jawab
“kenapa enti memilih ustaz rasyid ya sebagai penyelia enti?”
Mana bisa aku menjawab depan mereka..kerana apabila ianya diungkapkan mutiara jernih pasti mengalir..
Lantaran tidak tahan sering ditanya,
Akhirnya di depan salah seorang pensyarah, aku menjawab “sebab saya nak mendapatkan ilmu dari orang yang hebat..” dan aku menyambung dalam hati..kerna aku tahu, hidupnya tidak lama..mana mungkin aku akan mempersia-siakan ilmunya..mempersia-siakan masa untuk berkhidmat dengannya..aku tahun itu..
Mutiara itu mengalir di hadapan ustaz tersebut..malu? tidak aku tidak malu untuk menunjukkan perasaan ku jika itu yang diharapkan sangat..
*********
Sesuatu yang aku masih terkenang sehingga sekarang dan aku tidak terkilan adalah..aku sering di minta oleh ustaz untuk membantunya, beliau akan menghubungi aku untuk membantunya, membantunya..sama ada menghantar barang di jabatan atau mengambil barang dijabatan atau mengalih kereta atau..bermacam-macam lagi…
Kadang-kadang tidak perlu beliau hubungi..aku akan meringankan langkah kakik ini setiap hari selasa dan khamis ke biliknya..untuk bertanya apa yang boleh aku bantú..
Dan setiap kali aku dapat membantunya, aku akan berasa puas..puas berbakti pada sang murobbi ini..
No comments:
Post a Comment