About

Monday, July 5, 2010

“Perginya Permata Berharga” v. 1

Bismillahi rahmannirahim.

Senyum, tawa, teguran, keluhan, semangat mu masih berlayar di lensa ini, tatkala mengingati mu, wahai Murobbi ku,
Seawal aku melangkah ke alam kampus perdana itu, aku telah mengenali beliau, dengan gaya pengajaran yang bersemangat, apabila sampai kepada ayat yang sedih, beliau akan menangis, apabila sampai ayat yang berbentuk tegasan, beliau dengan penuh bersemangat bangun dari kerusinya dan menerangakan dengan penuh semangat. Dan begitulah apabila sampai kepada sesuatu yang menggembirakan, beliau akan menceritakan dengan penuh kenikmatan dan keseronokan.

************
Hujung semester seterusnya, bumi AQSA dan boleh juga dikatakan bumi APIUM digemparkan dengan keadaan beliau yang tenat…kaki ini tidak terlepas melangkah melawatinya..deraian mutiara putih ini tidak dapat ditahan lagi tatkala melihat beliau yang terbaring lesu menunggu hari..
Sesuatu yang sangat dikagumi diri ini, dalam keadaan yang penuh kelesuan itu, beliau tersedar, permintaan beliau selepas terjaga, beliau inginkan…solat..solat.. begitulah permintaan beliau yang pada awalnya susah untuk dipenuhi kerana keadaan beliau..tetapi atas keberkatan beliau mendidik zaujah beliau, permintaan beliau dituruti.
Lama beliau berkeadaan begitu..
Akhirnya…

***********
Aku mendapat suatu khbr yang membolehkan aku tersenyum kelegaan, ust sudah kembali…
Kembali ke rumahnya, untuk meneruskan kehidupan yang masih di pinjam oleh Sang Pencipta,
Aku tunduk kesyukuran, murobbiku masih ‘ada’,
Akan ku manfaatkan segala yang ada padanya…iaitu ilmunya yang sangat berguna itu.

1 comment:

Abdul Qayyum said...

salam alaik..
truskn perjuangan murobbi mu..
doakn yg trbaik buatnya di sana..amiin