About

Sunday, November 7, 2010

وحدة الفكري - asas kemenangan

وحدة الفكري terbentuknya ia melalui dua jalan utama iaitu :

1. وحدة القراءة : iaitu berpandukan kepada Al-Quran al-Karim

2. وحدة القدوة : iaitu contoh teladan dari Rasulullah melalui Hadith baginda.

jika di teliti, dua perkara utama, perkara tunjang kepada terbentuknya kesatuan pemikiran adalah, melalui al-Quran dan al-Hadith.

ini memberi kesedaran kepada seluruh umat manusia amnya, dan islam khasnya bahawa setiap yang dilakukan di dalam kehidupan seharian pasti tidakkan terlepas dari dua perkara tersebut.

makanya, tidakkan timbul golongan yang anti Hadith atau gologan yang hanya berpandukkan hadith tanpa melihat kepada al-Quran.

melalui dua perkara tersebut juga, ianya adalah perkara dasar untuk menyatukan seluruh umat manusia.

di dalamnya, tersimpan pelbagai cara/kaedah/jalan dan sebagainya untuk memastikan setiap misi dan visi kita tercapai.

misalnya, di dalam agenda politik, Allah telah membentangkan bagaimana teorinya, makanya Rasulullah telah datang membawa, mengajar perlaksanaannya.

juga bagaimana ingin menjadi seorang yang berjaya, telah Allah terangkan dalam ayat-ayatnya, datangnya Rasulullah, dengan contoh keperibadiannya menunjukkan bagaimana ingin berjaya dalam erti kata pengamalan.

oleh itu, setiap dari umat manusia sepatutnya tidak meninggalkan dua perkara/asas tunjung untuk menjamin keselesaan hidup dunia lagi-lagi di akhirat.

wallahua'lam.
Allahumma fighrli ya Allah.

No comments: