About

Thursday, November 25, 2010

PENGORBANAN yang sentiasa di INGATAN



tanggal 10 ZUlhijjah setiap tahun, setiap umat Islam pasti akan menyambut perayaan yang sangat besar dalam sejarah Islam iaitu, HARI RAYA AIDIL ADHA atau lebih dikenali HARI RAYA KORBAN.

mengingati sejarah permulaan ibadah korban ini,
kita xkan lupa kan bagaimana hebatnya cinta dan taatnya Ibrahim serta Ismail dalam melaksanakan suruhan Allah,
dan tidak sangat2 dilupakan cinta dan ketaatan yang tiada belah baginya Hajar dengan penuh kerelaan mengharapkan rahmat serta kasih sayang Allah, beliau sanggup untuk menjadikan anaknya bahan untuk dikorbankan.

kehebatan keluarga ini, tidak dapat siapa pun nafikan, betapa demi CINTA dan KETAATAN yang penuh kepada Allah Taala, sanggup mengorbankan sesuatu yang sangat dihargai.

masyaAllah..
berilah peluang kepadaku untuk terus membuktikan CINTAku kepadaMU walau ku TAHU aku tidak sehebat mereka ini.

kisah mereka ini, sebenarnya menginsafkan kita,
bagaimana pd awalannya Nabi Allah Ibrahim ini, tersangat inginkan zuriat akhirnya Allah menjodohkannya dengan Siti Hajar.
maka tatkala, Hajar mengandung, turunlah perintah Allah agar di letakkan Hajar di kawasan itu (Mekah),
dengan Rela dan Yakin akan Kekuasaan ALlah, maka Ibrahim melaksanakannya tanpa ingkar.

begitu juga Hajar,berkeyakinan bahawa setiap apa yang Allah telah tetapkan pasti ada hikmahnya, maka Siti Hajar merelakannya.

melihatkan pengorbanan Hajar, hampir menitiskan air mata, adakah wanita sebegini di masa sekarang?? bagaimana pengorbanannya mencari air untuk diberikan kepada Ismail, berlari-lari antara soffa da marwah. ya Allah Maha Hebatnya kesabaran yang telah engkau berikan padanya.

teringat ketika melakukan umrah, ketika saat melaksanakan rukun umrah yakni saie..ya Allah, terasa sangat penat..melihat keliling ramai yang rebah, xkurang yang luka berdarah..tergambar difikir tatkala itu, waktu Hajar dlu, mana ada bumbung, mana ada kipas (wpun xrasa pn,huhu), mana ada tal yang cantik2 2..Siti Hajar meredah padang pasir demi untuk memastikan anaknya terus hidup dengan adanya bekalan air..masyaallah hebat sungguhnya pengorbanan ibu..

Maha Besar Allah Taala, telah memberikan air hasil tendangan kaki Ismail, air tersebut masih kekal sehingga sekarang..air zamzam.. tatkala menelannya dibumi madinah dan mekah suatu ketika dulu, sangat terasa, sangat menginsafkan diri..

apabila Ismail telah membesar, maka datang Ibrahim atas arahan Allah..datangnya dengan hati yang gundah gulana...mengkhabarkan arahan Allah kepada isteri dan anaknya tercinta itu, lantas terus sahaja sang anak meminta ayahnya jangan sedikit pun berasa ragu-ragu..ketaatan kepada ALlah adalah lebih utama..

hebatnya seorang anak, yang sedari kecil ditarbiah oleh Allah..saat melaksanakan korban, ayahnya tetap timbul perasaan kasihan, lantas anaknya kembali mengingatkannya, maka saatnya tiba, tetapi kuasa ALlah sapa yang dapat mengingkari, pertukarnya Ismail dengan Kibas..masyaallah.

begitulah pengorbanan besar yang telah Allah berikan kepada keluarga ini...keluarga yang penuh saadah hasil dari didikan dari Allah..

Nabi Ibrahim merupakan ayahnda contoh ikutan ummat..ketaatan, pengorbanan, dan sentiasa mengharap cinta Allah adalah kunci menjadikan keluarga ini menjadi keluarga contoh ikutian, tauladan sehingga hari ini. pembinaan keluarga saadah, sakinah, dapat dicontohi melalui peranan ayah, ibu dan anak dalam keluarga ini.

moga2 aku dapat menjadi seperti keluarga ini.
dapat membentuk keluarga yang penuh pengharapan, penyerahan kepada Allah.
Ya Allah, bantulah aku dalam merealisasikannya, temuakan aku dengan insan yang dapat membantu aku untuk terus lebih dekat kepada Mu, dan berilah aku zuriat yang sentiasa dapat saling ingat mengingati untuk terus dekat kepada Mu ya Allah..

suatu PENGORBANAN yang sentiasa di INGATAN.

No comments: