About

Sunday, July 17, 2011

pengorbanan seorang ayah

Apabila kita menyebut tentang pengorbanan, mesti tergambar di layar lensa kita ibu dan ayah kita. Ini kerana merekalah yang paling banyak berjasa kepada kita sedari kita mencelikkan mata melihat alam atau dunia yang fana ini.

Kali ini post sya lebih ingin saya sentuh berkaitan pengorbanan seorang bapa @ ayah @ abi @ papa dan pelbagai lagi panggilan yang kita panggil.

Pengorbanan seorang ayah yang mithali yang sanggup mengorbankan orang yang dicintainy demi menyahut seruan illahi dapat dilihat dari kisah Nabi Ibrahim as dN anaknya Nabi Ismail. Nabi IbrHim atas rasa ketaatannya yang mendalam terhadap perintah Allah sanggup melaksanakan suatu perkara yang pada manusia seperti kit tidK sanggup utk melaksanakan.

Nabi Allah Nuh as pula, bagaimana sentiasa menyeru kepada anak serta isterinya untuk mentaati perintah Allah. Terus-terusan baginda berdakwah kepada anak serta isterinya sehingga waktu kemuncak ketika banjir telah mula baginda tetap mengajak mereka untuk beriman tetapi mereka tetap tidak mahu.

Begitulah sedikit kisah para anbiha yang memaparkan pengorbanan seorang ayah yang mesti difikirkan bersama. Agar anak-anak dapat menghargai jasa bapa, juga agar anak-anak apabila telah sampai masa untuk menjadi ayah dapat menjadikan para anbiya ini sebagai contoh dalam mengemudi kehidupan.

Waalahu'alam.

No comments: