bismillah...
terlalu banyak yang bermain di minda, terlalu banyak yang ingin diluahkan...tetapi kesibukan seakan menjerat tangan untuk menerjemahkan ke dalam blog ini....hanya sempat dengan beberapa madah sahaja di fb.
bercakap soal KESIBUKAN, SIBUK, BUSY dsb...sy merasakan sangat sedih dengan diri sendiri. bagaimana saya tidak mampu menyiapkan diri dengan sebaiknya dalam melalui kesibukan ini....yang akhirnya emosi saya asyik terganggu sahaja...cara yang paling saya gunakan untuk mengendalikan emosi yang turun naik ini hanya melalui mengalunkan kalam Allah...
serabut dalam pikiran saya dengan masa yang diperuntukan untuk anak2 murid menghabiskan masa tasmi' hafazan serta tartil mereka...tetapi bila dilihat, itu adalah tanggungjawab dan adalah sebahagian amalan yang saya akan bawa ke akhirat, saya rasa bahagia melakukannya...
serabut pula dengan handle masalah adik2 kampus bawah pantauan saya...tetapi Allah datangkan pertolongannya dengan kefahaman mereka dan pertolongan dari sahabat2 seangkatan...Alhamdulillah....
serabut dengan ketiadaan duit yang sangat kritikal, Allah datangkan kefahaman dari mak dan ayah,lalu mereka menghulurkan sejumlah wang dibuat bekalan...
serabut dengan perangai adik-adik saya yang kesemuanya lelaki dan memerlukan saya untuk bercakap, memahami cara mereka dengan bukan senangnya, Allah runtuhkan ego saya untuk bertanya khabar mereka....maka, kelembutan hati mereka dilihat dan merajuknya mereka akan terubat...
tambahan lagi....
serabut dengan pelbagai program yang diletakkan pada Nisa' kawasan secara automatik atas bahu saya....saya menangis sukar mencari jalannya...saya cuba memahami kondisi dan keadaan orang...tapi apakan daya, ianya juga bertahap, saya sampaikan agak terabaikan thesis saya untuk itu. mungkin keikhlasan itu masih belum cukup dipupuk dalam diri saya...
dan akhirnya, Allah uji saya dengan keserabutan thesis, tidak menemui jalan kaedah dan cara terbaik untuk menganalisis dan kesukaran untuk memahami kalam Arab, berhari2 saya solat hajat di waktu qiamullail, hari ini Allah permudahkan untuk saya memahami sedikit sebanyak, tetapi tidaklah sampai kesemuanya. apa2pn saya tetap ingin bersyukur dan saya akan cuba lagi dan tidakkan putus meminta dan mengharap dari Allah.
ini sahaja ringkasan dari apa yang menyerabutkan saya, dan Allah telah membantu saya...terdapat dua tiga perkara lagi, tetapi biarlah ianya di simpan hanya Allah dan saya sahaja yang mengetahui.
Allahu Musta'an.
semoga redho, rahmat dan kasih sayang Allah mengiringi kehidupan saya dan orang yang saya sayang.
akhirulkalam,
sirru 'ala barakatillah.
1 comment:
Casino Slot Machines - Mapyro
Explore Casino Slot 의왕 출장마사지 Machines - 평택 출장마사지 A map showing all the casinos in North Carolina. 서산 출장안마 and 평택 출장안마 paylines available at your local location. 제주도 출장샵 Choose your favorite games and
Post a Comment