setelah usai mengemas rumah dan berdhuha, ana mula mengalihkan pandangan mengadap laptop, niat hari ingin meneruskan pembacaan penulisan...tetapi terpanggil untuk menyambung tontonan sebuah filem Indonesia "Di Bawah Lindungan Ka'abah"
Subhanallah sekalipun ianya bekisar sebuah percintaan yang diklasifikasikan sebagai cinta terlarang, tetapi mereka tetap yakin kepada Allah.
antara beberapa dialog dalam movie ini yang telah menyentap pemikiran, menyentuh hati akhirnya membuahkan suatu kefahaman ialah:
1. saat ibunya menyatakan tentang kejayaan beliau yang merupakan sedikit Rahmat Allah, Hamid menjawab: "jangan mengukur dari yang tampak, apa yang tampak berasal daripada tidak tampak, apa yg tampak pd diriku berasal drpd yg tidak tampak, iaitu Allah."
2. pesan ibu Hamid saat Hamid hendak keluar dari kampungnya untuk mejalani hukuman yang dikenakan keatas dirinya, ibunya berpesan padanya: "Ingatlah bahawa ketika kau tidak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.
Jawab Hamid: utk melewati badai kita harus terus berjalan dan tidak berhenti, dan untuk berjalan perlu ada dua perkara ini, iaitu keyakinan dan cinta.
selain dari dialog yang menyentuh hati, satu benda yang menarik utk dikongsi adalah kesungguhan Hamid untuk pergi menunaikan Haji. Allahu Robbi, perkenankan juga permintaan ku yang ingin sekali sampai ke sana kembali, masih terbayang dilensa mataku keindahan bumi Mu dan kekasihMu. haruman Raudhah menusuk rongga hidungku, menatap Masjid Mu memukaukan pandangan, melihat Ka'abah yang dibina Ibrahim a.s. mengerdilkan diriku yang hina ini, bersaie antara safa dan marwah dengan memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. bertahalul demi mengikut sunnah RasulMu.
Ya Allah sampaikan aku lagi ke sana, izinkan aku untuk mejadi Tetamu Rumah Mu ya Allah.
Hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku meminta pertolongan.
Baitu Mawaddah Kerinchi.
No comments:
Post a Comment