alhamdulillah, sabtu (1 jan 2011) bersama-sama dengan Nisa' kawasan telah diadakan suatu program pembuka aktiviti Nisa' iaitu "small kindness".
banyak rumah yang telah diziarahi yang mana semuanya terdiri daripada pesakit2 wanita..
sebuah rumah, merupakan rumah aktivis yang bersama-sama berjuang dalam memastikan kemenangan PAKATAN RAKYAT memerintah di dun Seri Setia dan parlimen kelana jaya.
sudah 8 bln, makcik Bad terlantar di katil di rumah, strok yang dialami mengganggu akalnya, akhirnya beliau koma, selama 8 bln beliau berkeadaan begitu, kali ini bersama Nisa' adalah kali kedua aku menziarahinya. melihatkan keadaannya masa sekarang, bagiku ianya lebih baik dari sebelumnya, beliau sudah mampu untuk memahami walau sedikit apa yang diperkatakan oleh anaknya.
banyak peralatan yang diperlukan dalam memastikan beliau mampu untuk terus bernyawa, peralatan2 tersebut bukan sebarang, harganya menjangkau ratusan ribu ringgit..masakan mampu untuk membayarnya, tetapi bumi Allah itu luas, di atasnya terbentang rezekiNya yang melimpah ruah, maka, mkck Bad masih mampu hidup dengan usaha suaminya.
atas dasar itu, Nisa', dengan konsep MEMBERI DENGAN KASIH SAYANG telah turun padang berjumpa dengannya dan menyampaikan sedikit sumbangan yang termampu. moga2 dengan pemberian bersama kasih sayang ini mendapat keberkahan dan menyihatkan mkck Bad dan seluruh aktivis yang cintakan KEADILAN.
seterusnya, berjalan meredah hujan ke sebuah rumah berdekatan dengan tabung haji, dalam rumah tersebut ada seorang penghuninya yang mengalami sakit buah pinggang, sekitar 10 tahun sudah..
menurut kakak tersebut, sebelum kena sakit buah pinggang, beliau mengalami darah tinggi, dari situ lah dengan izin Allah beliau mendapat penyakit buah pinggang.
dalam merawat penyakit buah pinggang, beliau cerita ada lbh kurang 3 kaedah, yang pertama dialisis mcm yang arwah ustaz rasyid ahmad dulu. yang kakak 2 dia rawat dengan air, setiap hari, ianya perlukan persekitaran yang bersih dan terjamin. yg satu lg pun guna air gak, tapinya tahan 2 hari tempoh diperlukan 10 jam,huhu lama gitu.
kakak ni muda lg, akibat sakitnya itu, xdapat dia mengandungkan serta melahirkan zuriat.
Pulang dari small kindness diri, terus koreksi diri, bermuhasabah..
ya Allah, aku mengetahui bahawa nikmat sihat itu adalah sangat perlu,
ya Allah, aku juga meminta kepadaMu agar tidak menarik nikmat sihat yang telah engkau berikan ini dengan menggantikannya dengan suatu kesakitan yang teruk,
ya Allah, redholah aku menjadi hambaMu yang beriman.