About

Tuesday, January 18, 2011

keRINDUan yang terUBAT...




9HB lepas, ada majlis solat hajat kat stadium melawati shah Alam..
alhamdulillah, Allah memberi kesempatan pdku untuk pergi ke sana...


antara yg memberi pidato ari itu adalah,
orang yang aku sangat rindu akan kalam yg bakal dituturkannya...
rindu akan nasihat, peringatan yang kadanga2 bisa menerbitkan mutiara jernih...
ia adalah tok guru Nik Aziz...


apa yang menarik hatiku untuk jatuh sayang pada tok guru ini adalah, apabila ia berbicara, ia sentiasa memberi peringatan berkaitan dengan kematian...
bukankan antara ciri sahabat yang baik, apabila kita melihat wajahnya kita akan mengingati kematian dan menangisi dosa yang dilakukan??

begitulah apa yg kurasai tatkala melihat wajahnya, mendengar kalam butir bicaranya..
beliau acapkali mengingatkan umat Islam dan seluruh rakyat bahawasanya kita pasti akan mati..
dan bagaimana keadaan mati kita seandainya amalan atau perbuatan kita di dunia ini penuh dengan dosa dan kemaksiatan kepadanya..??

beliau mengajak dirinya dan umat Islam akan kembali memuhasabah diri, sentiasa koreksi diri,
memastikan setiap gerak langkah, perjalanan hidup sentiasa dibawah keredhoan illahi, supaya mardhotillah sentiasa mengiringi diri, dunia mahupun akhirat..

beliau juga meminta agar, berusaha bersungguh2 untuk memastikan cahaya islam menyinari bumi Malaysia, kerana Malaysia sudah hampir 50 tahun berada di dalam kegelapan..

beliau mengakhiri ucapan beliau dengan, bacaan doa memohon keberkatan kepada Allah, dan diaminkan oleh ribuan hadirin..Aminn..









No comments: