About
Saturday, January 1, 2011
welcome 2011 ^_^
kesyukuran hanya kepadaMU aku panjatkan atas segala kenikmatan yang telah Engkau berikan, Ya Allah.
hari ni, tanggal 1 januari 2011..
aku membuka tirai tahun baru nie dengan terlibat dengan perhimpunan mahasiswa 1,111 di dataran MBPJ..
sesuatu yang tidak perlu untuk dikesali, kehadiran jangkaan mahasiswa tidak kelihatan, walaupun yang hadir merupakan dari seluruh Malaysia...
apakah disana terdapat suatu masalah dari sudut perancangan program, atau di sana wujudnya golongan mahasiswa yang 'memboikot'??
semua itu, bisa dijawab oleh mereka sendiri, tepuk la dada tanya lah iman..
walaupun aku bukanlah mahasiswa undergraduate, tetapi aku tetap MAHASISWA krn aku masih menyambung pelajaran..walaupun diperingkat master.
kehadiran mahasiswa tidak mencapai target tidak perlu untuk dikesali,
tetapi ianya perlu untuk di MUHASABAH kembali..bagaimanakah pengurusan didalam melaksanakan sesuatu...
ini yang di namakan suatu perancangan yang berkesan, walaupun kita mengetahui bahawa sebaik mana perancangan kita tidak mempu menyalahi perancangan YANG MAHA BERKUASA. tetapi di sana wujudnya, BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH dan TAWAKKAL YANG TINGGI tidak lain hanyalah kepada NYA sahaja.
perkara kedua membuka lembaran baru kehidupanku di awal 2011 adalah menghadiri majlis perkahwinan, seorang senior yang suatu waktu dlu aku agak rapat dengannya,
memetik kata-kata ayah, hari ini, semua berlumba-lumba untuk mengadakan majlis walimah, tidak lain kerana tarikhnya cantik, apa yang ada pada tarikh yang cantik, jika ingin menunjuk2. tetapi, pada hari aku kelak, bagaimana keadaannya, adakah tarikh yang akan disepakati nanti (yang masih dalam pengetahuan Rabb) adalah tarikh yang dikatakan cantik atau tidak..yang pasti, hadiri setiap majlis yang diundang, kerna di sana ada berkahnya tersendiri.
selamat penganting baru buat yang berkahwin hari ini,
barakallhulakum wa barakallahulakunna,
moga ikatan pernikahan itu, akan terus hingga ke syurga dengan dikurniakan putra putri yang soleh dan solehah, AMin.
sampai sini sahaja,
coretan dalam lembaran baru tahun baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment