About

Sunday, July 3, 2011

berkuliah di Masjid

alhamdulillah..perancangan hampir 2 bulan yang telah saya selesaikan hari ini,

lbh kurang 2 bulan lalu, seorg pkck dtg dan meminta kepadaku untuk menyampaikan kuliah / ceramah berkaitan dengan bahan kajianku.

ku akui kebuntuan sering menghinggap diri ini, lantaran kerana aku masih tidak dapat menguasai bidang kajian aku ini..bagaimana ingin diterangkan jika aku pun masih tidak menguasainya. oleh itu, aku harus berusaha, berusaha memperbanyakkan pembacaaan untuk lebih memahami.

akhirnya malam tadi mula pkul 11.30 tammat pukul 2.00 pagi aku berjaya menyiapkan slide dibawah tajuk : "Menyingkap Kemukjizatan al-Qur'an".

audience aku terdiri drpd dr sekecil2 budak yakni darjah 1 sehingga la setua2 dewasa...sogan sebenarnya. tp itu lah daie, menyampaikan dan terus menyampaikan.

aku hanya membentangkan secara serface sahaja berkaitan kemukjizatan al-Quran, tetapi respon mereka, mereka begitu teruja.

nah, itulah al-Quran, sarat dengan rahsia, yang tidakkan habis dikaji sehingga hari kiamat.

walaupun aku yang menyampaikan, aku mampu mengambil istifadhah dr al-Quran dan aku dapat belajar menyampaikan dan aku dapat belajar memahami madu'.

moga-moga rahmat Allah sentiasa mengiringi aku.

Wallahu'alam.



No comments: