About

Saturday, July 2, 2011

kerajaan manusia vs kerajaan Allah : Ibrah Isra' Mikraj.

menyingkap peristiwa 1400 tahun yang lampau, sebelum turunnya wahyu dr Allah Taala menyuruh suatu penghijrahan dilakukan, terjadi suatu peristiwa yang menguji keimanan setiap yang meyakini lafaz syahadatainnya.

tahun itu merupakan tahun kesedihan, ketika Abu Talib meninggal dunia, maka Rasulullah sudah tidak dapat pertolongan, pelbagai seksaan yang dihantar kepada baginda serta seluruh umat yang beriman, sementar kemudian, ketika rasa sedih masih belum hilang dan memerlukan seorang teman penghibur di sisi, tiba-tiba beliau telah dipanggil menemui sang Pencipta, perginya sahabat,umat pertama,teman, kekasih serta isteri tercinta Khadijah Khuwailid terlampau tidak dapat dibendung.

semakin hari umat islam ditekan, ditindas dan di siksa...semakin hari juga kesedihan nabi semakin bertambah...sehingga la pada suatu malam...tatkala para ahli dunia menikmati tidur..nabi s.a.w. telah diisra'kan ke baitul maqdis...dalam masa yg sangat singkat...setelah itu beliau telah dimikrajkan ke seluruh langit.

apa yang menarik...nabi s.a.w. melalui setiap langit dan telah berjumpa dengan semua nabi-nabi sebelum beliau...sungguh istimewa...sehingga beliau berhenti di baitul makmur...atau jika di bumi ianya kaabah...tempat para malaikat bertawaf....dikatakan nabi2 sebelum beliau hanya dapat sampai ke situ sahaja...

tetapi baginda s.a.w. diberikan kelebihan oleh Allah untuk terus naik ke langit ke tujuh dan sampai ke arasy Allah.

seimbas cerita berkaitan isra' mikraj...apa yang ingin diungkapkan adalah, bagaimana didikan Allah serta cara Allah menghiburkan hati baginda..tatkala baginda mengalami kesedihan yang melampau lantara kematian dua orang pembela beliau...baginda serta umat ditindas, dan diperlecehkan oleh sebuah kerajaan manusia yang sangat zalim...yang berada di dalam lembahan kejahilan dan kegelapan cahaya hidayah...kerajaan manusia yang berpandukan kepada nafsu dan syaitan itu.

maka saat diisra mikrajkan baginda telah diberi peluang melihat kerajaan Allah yang jauh lebih dahsyat yang jauh lebih hebat yang jauh lebih tersusun berbanding kerajaan manusia. Allah mengubat hati baginda dengan menunjukkan bahawa usah bersedih hati dengan apa yang dilakukan golongan Kafir itu, sesungguhnya kerajaan Allah lebih hebat, dan Allah mampu melakukan apa sahaja..yang penting berusaha..dan jangan melayani rasa sedih itu...bersemangat dan terus melangkah..

pengajaran buat kerajaan manusia hari ini, anda adalah lebih teruk dari kerajaan Kafir dahulu sedangkan anda mengaku anda Islam, bahkan penuh menjadi pengerusi kpd persatuan negara2 Islam. apakah anda tidak melihat ibrah dari isra' mikraj Nabi dalam konteks, keciknya kerajaan anda jika dibandingkan dengan kerajaan Allah.

Wallahu'alam.


No comments: