Bismillah...
Assalamualaikum Semua.
beberapa hari lepas, pelbagai kad undangan perkahwinan telah dikirimkan kpd ku,
begitu juga undangan melalui fb
email pun ada juga, yg xketinggalan sms pn jgk..
Alhamdulillah, ramainya shbt2 yg bakal melangkah ke gerbang perkahwinan, menyempurnakan sebahagian agama seterusnya melaksanakan salah satu dari sunnah Rasulullah.
maka, bulan ini perbicaran rata2 org adalah berkisar berkaitan kahwin, sudh brpunya, brtunang, jodoh dan lain2.
tidak dinafikan perkara ini akan berterusan sehinggalah tlh kt sempurnakan akad dan nikah tersebut.
terus terang aku katakan, aku tidak lari dr di lontarkan soalan2, dh ada ke belum??...bila nk walimah??? nk orang mcm mana??? dan lain2 yg seversi dgn soalan2 tersebut.
aku hanya mampu tersenyum, dgn senyuman yg hambar...masakan tidak hambar, semua yg ditanya tidak berjawapan "YA" kullu As'ilah : "LA".
maka pelbagai blog, serta web2 aku kunjungi utk merawat hati dgn soalan2 yg dilontarkan. Sapa tidak teringin utk menyempurnakan sebahagian agama?? seterusnya melaksanakan salah satu dari sunnah Rasulullah?? pahalanya besar. tp masanya belum sampai. Ini merupakan suatu ujian buat diriku. Ujian huznu Zon dgn Allah, ujian kesabaran menanti jodoh, ujian dalam menjaga hati!!!
aku meminta kpd allah agar dikuatkan segala2nya. terutama hati. jangalah sekiranya hati ini terlebih dahulu mencintai lelaki yg bukan milikku. janganlah hati ini mengangumi dgn kaguman yg melampau pd putera yg bukan puteraku...janganlah hati ini termaksiat mengenangkan seorang lelaki yg bukan mahram...
maka, setiap kali aku melihat atau senang crita menyenangi seseorang lelaki itu, aku pasti akan menunaikan istikharah dan hajat utk meminta agar Allah menunjukkan jalan pd ku. yg penting adalah utk membantu aku dalam menjaga hati.
hati ini tempat yg plng disukai syaitan. ianya akan menyerang hati yg berada di dalam lembah kemaksitan dan kepekatan gelapnya kerna dosa.
Ya Allah bantulah aku dalam menjaga hati, agar hati ini diserahkan kepada seorang lelaki yang engkau aturkan utk ku di dunia dan diakhirat yakni di syurgaMu.
Engkau bantulah aku dalam mujahadah ini. Berikanku kekuatan luar biasa. Ameen.
Mohon doa dari semua yg membaca =)
No comments:
Post a Comment