About

Saturday, September 26, 2009

sesuatu yang kurang..


terasa kosong diri dari ilmu yang bermanfaat,
lantaran itu aku cuba merajinkan diri, mencari ilmu Allah yang tidak pernah kurang.

dalam pencarian itu, banyak kutemui ilmu yang tidak ku ketahui, terlampau banyak, sampai kesedihan melanda diriku..

apakah aku sebenarnya daie??
apakah aku sebenarnya yang dikatakan pejuang islam??
jika sirah para nabi serta sahabah dlu tidak kuat didiri...

dalam aku bersedih, aku terbaca sesuatu "tafaqquh fid din"

sesuatu yang menarik kerana di APIUM aku dan jawatankuasaku telah berusaha untuk mengadakan kelas tafaqquh fid din ni,
cuma yang menarik isi yang dikupas di dalam artikel ini.

bermula dengan Sabda Nabi s.a.w. : "sesiapa yang Allah inginkan agar ia menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan dia dalam (urusan) agama". (Hadith Sohih, Muttafaqun Alaih)

Tafaqquh fid din membawa erti Allah Taala menganugerahkan kefahaman agama yang mendalam dan meluas kepadanya.

Tanpa Tafaqquh fid din, ibadah dan taqarub yang dipersembahkan menjadi tiada makna, tiada nilai, dan tiada kesan. Syaitan tidak takut dengan orang jahil dan dungu terhadap agamanya

Sabda Nabi s.a.w : "Seorang faqih (orang yang tafaqquh fid din) adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang abid (orang yang banyak beribadat) - Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi-

Ilmu akan terangkat, langit dan bumi akan menangis saat kematian insan yang tafaqquh terhadap agamanya. Saidina Umar r.a juga pernah berkata : "Kematian seribu orang yang banyak beribadah malam dan berpuasa siang harinya adalah lebih ringan daripada kematian seorang berakal lagi memahami tentang hukum Allah, halalnya dan haramnya.

jadi, sebagai hamba yang kerdil, marilah kita sama-sama meningkatkan kefahaman kita berkaitan agama, jangan hanya taklid semata-mata. Banyakkan bermohon dari Allah Taala agar sentiasa memberi kita kekuatan dalam usaha kita meningkatkan kefahaman yang jelas berkaitan agama.

Sabda Nabi s.a.w. :"Sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, dan sebaik-baik ibadah ialah al-Fiqh (memahami agama)." (riwayat Al-Bukhari)

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi Sabda Nabi s.a.w daripada menantunya Ali Karamallahhuwajhah : "Mahukah kamu aku khabarkan tentang orang yang paling faqih. Jawab para sahabat, Baiklah. Sabda Nabi : Iaitu orang yang tidak suka membuat manusia putus asa akan rahmat Allah, dan dia tidak menenteramkan manusia daripada pembalasan Allah, dan dia tidak benci kepada al-Quran. Ketahuilah olehmu, tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafakkuh, dan tidak ada (kebaikan) pada ilmu tanpa kefahaman, dan tidak ada (kebajikan) pada membaca al-Quran tanpa tadabbur (penghayatan).

Friday, September 25, 2009

suatu pertanyaan



“Bagaimanakah hati boleh bercahaya sedangkan dunia masih melekat dalam hatinya”


Alangkah, sekiranya syaitan hanya menyesatkan manusia dengan gula-gula keduniaan, mungkin masih ramai manusia yang mampu bertahan.

Namun yang paling menakutkan adalah apabila syaitan memperdayakan manusia dengan permainan akhirat. Ia telah menyebabkan ramai ulama yang telah tenggelam dan ditewaskan.

“Apakah yang dimaksud dengan syaitan memperdayakan manusia dengan akhirat pula?”


“Iaitu, syaitan menjadikan kita leka dengan ibadah. Ibadah banyak namun keimanan tidak meningkat.

“Syaitan cuba sedaya upaya menimbulkan rasa ujub dalam diri manusia itu sendiri. Ini menyebabkan kadang-kadang mereka beribadat kerana ingin menjadi hebat. Ada kalangan mereka beribadah kerana ingin mendapat karomah di sisi Allah. Mereka melihat kepada ibadah namun ibadah mereka tidak mendekatkan diri mereka kepada Allah,”

Ya, bagaimana hati kita bleh berkilauan dengan cahaya keimanan sedangkan kekotoran dunia masih terlalu melekat dalam diri mereka. Sepatutnya dunia dijadikan tanaman atau ladang untuk akhirat namun sebaliknya yang berlaku.


Untuk hidup dengan cemerlang di akhirat. Maka perlu bersifat zuhud. Zuhud itu maknanya tidak melihat dan tidak menoleh ke arah dunia. Dunia adalah tempat persinggahan sementara kita menuju ke sebuah alam yang kekal abadi. Di alam itulah akan ditentukan sam ada kita ke syurga atau ke neraka.

Thursday, September 24, 2009

"mencari pasangan"

aku sering ditanya,


kalo nk kawin nt nak laki mcm mana ya?


ahli jemaah jgk ka?


dan aku sering bertanya pada kawan, soalan yang sama..


jawapan yang biasa aku dengar,


ya, kami nk kawin dengan ahli jemaah jgk,


kalau tersangat boleh xmau orang lain.


tapi jawapan aku berlainan dari mereka, entah mengapa, bagiku tidak kesah la samaada dia berstatus ahli jemaah atau tidak, yang pasti bagiku lelaki tersebut dapat membinbing aku untuk lebih dekat padanya


kenapa aku tiba-tiba tulis pasal benda nie ya??


sekadar berkongsi, ketika aku membaca di blog, aku dapati ayat yang sangat menarik, yang mana ia juga adalah apa yang aku nak pada bakal suamiku nanti,


“Jika kamu mencari pasangan yang berfikrah seperti kamu sahaja, maka pandangan kau amat sempit. Tetapi jka kamu mencari ‘hamba’ untuk meneman hidup kamu, maka pandangan kamu adalah merangkumi dunia dan akhirat,”


“Apakah kita sekadar mencari pasangan hidup yang hanya membolehkan kita pergi usrah? Atau membenarkan kita pergi ke program latihan? Itu pandangan yang masih sempit. Sepatutnya kita semua berusaha mencari pasangan yang akan menanam jiwa kehambaan dalam diri kita dan mendekatkan kita kepada Allah,”


Pasangan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan sahaja akan menjadi pendorong kepada kita untuk aktif berjuang bahkan akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita tentang kedahsyatan akhirat dan sentiasa menyiram hati kita dengan air keimanan.

PERUTUSANKU SEMPENA AIDILFITRI

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..

Bergema takbir di seluruh pelusuk dunia tanggal 1 syawal 1430H yang lepas, menandakan seluruh umat Islam telah bersama-sama bersyukur serta memuji tuhan yang Esa atas nikmat kemenangan yang di perolehi.

Segala puji-pujian selayaknya bagi Allah Taala, Tuhan sekalian Alam, yang telah menciptakan kita dan mampu membinasakan kita, kesyukuran padanya kerana kita masih diberikan nikmat yang teramat besar, nikmat iman dan islam yang mana dua nikmat ini Allah mampu menariknya hanya dengan kerlipan mata. Selawat dan salam buat penghulu nabi-nabi juga kekasih Allah Taala, Muhammad S.A.W. buat sahabat-sahabat serta ahli bait baginda jua yang mana mereka ini di jamin ke syurga, berdoalah agar diri kita insan yang lemah dan hina ini mampu mengikut jejak langkah mereka, yakni bersama-sama di dalam syurga-NYA.

Sebulan yang lepas, kita berada di dalam bulan yang penuh barakah, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu malam seperti firman Allah Taala di dalam Surah Al-Qadr ayat 3 yang bermaksud : "MALAM LAILATUL-QADR LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN"

Pada bulan ini, kita bersungguh-sungguh menghidupkan malamnya dengan tarawikh, tadarrus, serta berqiamullail, di siangnya kita berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, menjaga nafsu syahwat, memperbanyakkan sedekeh, membaca al-Quran serta memperbanyakkan melakukan amalan sunat yang lain di samping amalan fardhu yang di lakukan dengan penuh kekhusyukkan.

Maka, apabila berakhirnya bulan tersebut, takbir bergema di seluruh pelusuk untuk memuji kebesaran illahi serta untuk menunjukkan rasa kesyukuran atas nikmat kemenangan menghadapi bulan Ramadhan.

Islam meletakkan garis panduan yang jelas dalam meraikan atau merayakan kemenangan ini iaitu dengan istiqomah dengan amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan, sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah, mengunjungi sanak-saudara serta islam melarang pembazirah. Seperti firman Allah Taala di dalam surah Al-Isra ayat 27 yang bermaksud :" SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MEMBAZIR ITU ADALAH SAUDARA SYAITAN SEDANG SYAITAN ITU ADALAH MAKHLUK YANG SANGAT KUFUR KEPADA TUHANNYA".

Akhirnya, khusus buat adik beradik PERMAS sekalian, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri serta terus meningkatkan amalan kita agar kehidupan kita sentiasa di dalam keredhoan-NYA. Akhir kalam, saya mewakili saf kepimpinan PERMAS mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”, teruslah bersama kami dalam merealisasikan slogan PERMAS “Memipin Ke Arah Perubahan”. Sekian. Wasalam.

mengingati Marwa El-Sherbini

Marwa El-Sherbini, mangsa sifat perkauman buas tajaan Barat yang kononnya mendabik dada sebagai jaguh keadilan sesama manusia. Hanya Islam yang mengiktiraf hak semua bangsa di dunia.

Berita yang amat menggemparkan kita semua sebagai umat Islam. Seorang muslimah warga negara Mesir yang sedang hamil 3 bulan telah dibunuh oleh seorang pelampau perkauman berbangsa German hanya kerana beliau memakai tudung kepala. Menurut sumber berita, wanita tersebut, Marwa El-Sharbini telah memfailkan kes tuduhan terhadap pembunuhnya, Alex pada bulan Ogos 2008 yang lalu, kerana telah memanggilnya sebagai pengganas disebabkan beliau memakai hijab di sebuah jalan di bandar German. Pada 1 Julai 2009, hakim sebuah mahkamah di Dresden, German memutuskan bahawa muslimah tersebut telah memenangi kes yang difailkannya itu dan Alex dikehendaki membayar denda sebanyak 780 Euro. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, lelaki itu terus menikam Marwa sebanyak 18 kali di dalam mahkamah sambil menjerit (Awak tidak layak untuk hidup!!!!).

Marwa dilaporkan berhijrah ke German kerana mengikut suaminya yang sedang menyelesaikan kajian beliau dalam bidang genetik di Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics (MPI-CBG). Laporan media turut menyatakan bahawa suaminya juga ditembak secara tidak sengaja dibahagian kakinya oleh pasukan polis kerana tersalah sangka beliau penyerangnya disebabkan oleh perbezaan warna rambut. Marwa akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya koma selama dua hari akibat kecederaan yang parah akibat serangan tikaman.
Pembunuhan ini menjadi isu hangat bagi negara Eropah yang sedang mengalami perdebatan hangat akibat sikap mereka yang tidak adil terhadap pakaian seorang muslimah. Baru-baru ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy membuat satu kenyataan kontroversi dengan menyatakan niqob (penutup muka/purdah) tidak boleh diterima di Perancis.

10 tahun yang lalu, pada 3 Mei 1999, isu hijab juga telah menjadi diskriminasi oleh pihak sekular di Turki. Merve Kavakci,seorang ahli Parlimen yang dijadualkan untuk mengangkat sumpah di hadapan speaker telah cuba dihalau keluar dari bangunan parlimen kerana memakai tudung kepala. Tudung kepala itu dianggap bertentangan dengan prinsip sebuah negara sekular yang memisahkan politik dan agama. Dengan nada tegas, wanita ini berkata :Kepalaku ditutup adalah berdasarkan iman saya, saya akan pertahankan hak saya hingga ke penghujungnya. Golongan yang tidak memahami Islam sentiasa akan berusaha supaya dihapuskan segala lambang kewujudan Islam. Ketakutan mereka kepada Islam melebihi ketakutan seorang anak kecil pada kegelapan malam.

Malunya umat ini. Tatkala wanita muslimah dibunuh, dihina dan dikeji hanya disebabkan mereka mempertahankan suruhan Allah di dalam surah An-Nur; tiada pun tindakan berani untuk mempertahankan wanita-wanita ini. Para pemimpin semuanya lebih sibuk dengan merasmikan pertunjukan fesyen yang menghairahkan. Di mana suara umat? Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan golongan penjenayah ini lari. Bagi mereka semua azab pedih di Neraka.

10 SIFAT YANG PERLU ADA PADA PEJUANG ISLAM

seseorang yang ingin menjadi daie perlulah melengkapkan diri dengan sifat-sifat yang akan disebut supaya seseorang itu akan menjadi daie yang diikuti dan dakwahnya berkesan :-

1. KUAT TUBUH BADAN (QAWIYYAL JISM)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan".

ini membawa maksud bahawa pentingnya kesihatan yang baik kerana sesungguhnya tugas sebagai seorang daie itu tersangat berat, perlulah pada dirinya mempunyai kesihatan yang baik, begitu juga sepeti pesanan Al-Imam Hassan Al-Banna : "memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riyadhah dan tidak memakan serta meminum sesuatu yang merosakkan badan.

2. AKHLAK YANG MANTAP

firman Allah Taala yang bermaksud : ""Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak".

jelas sekali. Untuk membentuk akhlak yang mulia hendaklah para daie mengikut apa yang terkandung di dalam Al_quran dan juga sunnah Nabi.

3. BERPENGETAHUAN

mengetahui segala yang terdapat di dalam al-Quran ( yakni membaca serta mentaddabbur segala yang di dalamnya ) dan as-Sunnah

mengetahui perkembangan semasa dalam dan juga luar negara, agar mampu untuk menjawab segala persoalan

4. BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH

berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan

tidak boleh mudah mengalah kerana itu bukan sikap pejuang seperti yang ada pada diri Rasulullah.

5. AKIDAH YANG MANTAP

mempunyai akidah yang mantap adalah angat penting bagi seorang yang beragama islam terutama bagi seorang pejuang sera daie.

akidah yang mantap dapat diperolehi antara lain caranya adalah dengan sentiasa menjaga kebersihan hati, beristighfar, menjauhi dosa dan syubahat serta sentiasa bermuhasabah diri dan melakukan solat taubat setiap hari.

6. IBADAH YANG BENAR

terutama dalam mendirikan solat, khusyuk dalamnya perlu diutamakan kerana sesungguhnya solat itu saat kita bersama Tuhan Yang Maha Esa.

melakukan setiap perbuatan atau amalan berlandaskan nas al-Quran dan as-Sunnah, bukan taqlid semata-mata.

7. MAMPU MELAWAN NAFSU

mampu malawan nafsu yang selalu hendakan kepada kemurkaan Allah.

didiklah nafsu agar sentiasa mengikut apa yang Allah suruh

8. MENJAGA WAKTU

sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan waktu. firman Allah Taala di dalam Surah al-'Asr ayat 1-3 yang bermaksud : Demi masa! Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

sesungguhnya penting bagi seorang pejuang Islam dalam menepati masa. Pepatah Arab ada menyebut "Masa itu diumpamakan sebagai pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu".

9. MUNAZZAMUN FI SYU'UNIHI

untuk memudahkan kita menjaga waktu dengan sebaik mungkin, dengan menepatinya, maka seharusnya pada diri seorang daie itu adalah merancang serta menyusun segala urusan yang akan dilakukan seharian.

gunakan segala masa dan tenaga tidak lain adalah semata-amata untuk Islam dan untuk mendapat keredhoan-NYA.

10. NAFI'UN LI GHAIRIHI

hakikat yang perlu diketahui bagi yang ingin menjadi daie yang berguna adalah hendaklah dirinya berguna bermanfaat buat orang lain.