About

Saturday, September 26, 2009

sesuatu yang kurang..


terasa kosong diri dari ilmu yang bermanfaat,
lantaran itu aku cuba merajinkan diri, mencari ilmu Allah yang tidak pernah kurang.

dalam pencarian itu, banyak kutemui ilmu yang tidak ku ketahui, terlampau banyak, sampai kesedihan melanda diriku..

apakah aku sebenarnya daie??
apakah aku sebenarnya yang dikatakan pejuang islam??
jika sirah para nabi serta sahabah dlu tidak kuat didiri...

dalam aku bersedih, aku terbaca sesuatu "tafaqquh fid din"

sesuatu yang menarik kerana di APIUM aku dan jawatankuasaku telah berusaha untuk mengadakan kelas tafaqquh fid din ni,
cuma yang menarik isi yang dikupas di dalam artikel ini.

bermula dengan Sabda Nabi s.a.w. : "sesiapa yang Allah inginkan agar ia menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan dia dalam (urusan) agama". (Hadith Sohih, Muttafaqun Alaih)

Tafaqquh fid din membawa erti Allah Taala menganugerahkan kefahaman agama yang mendalam dan meluas kepadanya.

Tanpa Tafaqquh fid din, ibadah dan taqarub yang dipersembahkan menjadi tiada makna, tiada nilai, dan tiada kesan. Syaitan tidak takut dengan orang jahil dan dungu terhadap agamanya

Sabda Nabi s.a.w : "Seorang faqih (orang yang tafaqquh fid din) adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang abid (orang yang banyak beribadat) - Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi-

Ilmu akan terangkat, langit dan bumi akan menangis saat kematian insan yang tafaqquh terhadap agamanya. Saidina Umar r.a juga pernah berkata : "Kematian seribu orang yang banyak beribadah malam dan berpuasa siang harinya adalah lebih ringan daripada kematian seorang berakal lagi memahami tentang hukum Allah, halalnya dan haramnya.

jadi, sebagai hamba yang kerdil, marilah kita sama-sama meningkatkan kefahaman kita berkaitan agama, jangan hanya taklid semata-mata. Banyakkan bermohon dari Allah Taala agar sentiasa memberi kita kekuatan dalam usaha kita meningkatkan kefahaman yang jelas berkaitan agama.

Sabda Nabi s.a.w. :"Sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, dan sebaik-baik ibadah ialah al-Fiqh (memahami agama)." (riwayat Al-Bukhari)

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi Sabda Nabi s.a.w daripada menantunya Ali Karamallahhuwajhah : "Mahukah kamu aku khabarkan tentang orang yang paling faqih. Jawab para sahabat, Baiklah. Sabda Nabi : Iaitu orang yang tidak suka membuat manusia putus asa akan rahmat Allah, dan dia tidak menenteramkan manusia daripada pembalasan Allah, dan dia tidak benci kepada al-Quran. Ketahuilah olehmu, tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafakkuh, dan tidak ada (kebaikan) pada ilmu tanpa kefahaman, dan tidak ada (kebajikan) pada membaca al-Quran tanpa tadabbur (penghayatan).

1 comment:

qayyum said...

orang yang takutkan Allah adalah orang yag brilmu..