About

Thursday, September 24, 2009

10 SIFAT YANG PERLU ADA PADA PEJUANG ISLAM

seseorang yang ingin menjadi daie perlulah melengkapkan diri dengan sifat-sifat yang akan disebut supaya seseorang itu akan menjadi daie yang diikuti dan dakwahnya berkesan :-

1. KUAT TUBUH BADAN (QAWIYYAL JISM)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan".

ini membawa maksud bahawa pentingnya kesihatan yang baik kerana sesungguhnya tugas sebagai seorang daie itu tersangat berat, perlulah pada dirinya mempunyai kesihatan yang baik, begitu juga sepeti pesanan Al-Imam Hassan Al-Banna : "memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riyadhah dan tidak memakan serta meminum sesuatu yang merosakkan badan.

2. AKHLAK YANG MANTAP

firman Allah Taala yang bermaksud : ""Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak".

jelas sekali. Untuk membentuk akhlak yang mulia hendaklah para daie mengikut apa yang terkandung di dalam Al_quran dan juga sunnah Nabi.

3. BERPENGETAHUAN

mengetahui segala yang terdapat di dalam al-Quran ( yakni membaca serta mentaddabbur segala yang di dalamnya ) dan as-Sunnah

mengetahui perkembangan semasa dalam dan juga luar negara, agar mampu untuk menjawab segala persoalan

4. BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH

berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan

tidak boleh mudah mengalah kerana itu bukan sikap pejuang seperti yang ada pada diri Rasulullah.

5. AKIDAH YANG MANTAP

mempunyai akidah yang mantap adalah angat penting bagi seorang yang beragama islam terutama bagi seorang pejuang sera daie.

akidah yang mantap dapat diperolehi antara lain caranya adalah dengan sentiasa menjaga kebersihan hati, beristighfar, menjauhi dosa dan syubahat serta sentiasa bermuhasabah diri dan melakukan solat taubat setiap hari.

6. IBADAH YANG BENAR

terutama dalam mendirikan solat, khusyuk dalamnya perlu diutamakan kerana sesungguhnya solat itu saat kita bersama Tuhan Yang Maha Esa.

melakukan setiap perbuatan atau amalan berlandaskan nas al-Quran dan as-Sunnah, bukan taqlid semata-mata.

7. MAMPU MELAWAN NAFSU

mampu malawan nafsu yang selalu hendakan kepada kemurkaan Allah.

didiklah nafsu agar sentiasa mengikut apa yang Allah suruh

8. MENJAGA WAKTU

sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan waktu. firman Allah Taala di dalam Surah al-'Asr ayat 1-3 yang bermaksud : Demi masa! Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

sesungguhnya penting bagi seorang pejuang Islam dalam menepati masa. Pepatah Arab ada menyebut "Masa itu diumpamakan sebagai pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu".

9. MUNAZZAMUN FI SYU'UNIHI

untuk memudahkan kita menjaga waktu dengan sebaik mungkin, dengan menepatinya, maka seharusnya pada diri seorang daie itu adalah merancang serta menyusun segala urusan yang akan dilakukan seharian.

gunakan segala masa dan tenaga tidak lain adalah semata-amata untuk Islam dan untuk mendapat keredhoan-NYA.

10. NAFI'UN LI GHAIRIHI

hakikat yang perlu diketahui bagi yang ingin menjadi daie yang berguna adalah hendaklah dirinya berguna bermanfaat buat orang lain.

No comments: