About

Friday, November 26, 2010

Sollu Ala Nabi.

bagi setiap jiwa-jiwa hamba yang muslim yang beriman kepada Allah, kepercayaan pada Rasulullah pasti ada.

Rasulullah, insan yang sangat istimewa, kekasih Allah.

apa kaitan Selawat atas Nabi dengan hari Jumaat??

ya, sebenarnya tiap2 hari kita dianjurkan untuk berselawat pada Nabi, kerana Nabi boleh melihat selawat yang telah kita sampaikan padanya.

dalam sebuah hadith daripada Aus at-Thaqafi, beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Sesungguhnya salah satu hari kalian yang utama adalah hari Jumaat, padanya Adam diciptakan, padanya dia dicabut nyawanya, padanya tiupan sangkakala padanya kematian umum (Hari Kiamat), maka pada hari itu perbanyakkanlah salawat kepadaku kerana salawat kalian dilihatkan kepadaku. Mereka bertanya, Bagaimana salawat kami dilihatkan kepadamu sementara engkau telah menjadi tulang yang lapuk? (iaitu usang). Nabi s.a.w. menjawab, Sesungguhnya Allah mengharamkan bagi bumi untuk memakan jasad kami (para nabi)".

hadith ini telah dihukumkan oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani.

Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasaie, Ibn Majah, Ibn Hibban.

suatu kesimpulan yang dapat diberikan adalah :

selain daripada, mandi diniatkan sunat, berpakaian yang terbaik, memakai wangi-wangian,datang awal ke masjid sambil berjalan kaki, mari lah kita sama-sama melipat gandakan selawat berbanding hari-hari biasa.

moga kita menjadi umat yang taat kepada Allah, dan sentiasa mengingati Rasulnya.

1 comment:

usmi said...

Allahume Solli Ala sayidina wahabibuna Qurete Aeyunina Muhammed, We Ala Alihi Wasahabihi Ajmain.