29/6/2023 hari ini bermula mabit di Mina. Mabit di Mina berbeza dengan Mabit di Muzdalifah. Jika di Muzdalifah kita boleh untuk berada hanya seketika, tetapi mabit di Mina mestilah berada 1/3 malam atau melebihi sebahagian malam. Musim panas disini 9 jam malam. Maka kalau ambil melebihi sebahagian malam ia bersamaan 4 jam 30 minit. Jadi kita tambah 4 jam 31 minit sudut bertepatan dgn “melebihi sebahagian malam”. Setelah mabit, proses melontar pasa hari 11 bermula.
Hari 11 Zulhijjah melontar jamrah soghir, diikuti jamrah wusto dan diakhiri jamrah kubro. Ketiga-tiga tempat ini dibaling 7 biji. Pada setiap tempat selepas balingan, disunatkan untuk berdoa. Kerana itulah yang dilakukan baginda Nabi saw. Saya lihat tidak ramai yang lakukan. Tapi yang lakukan Alhamdulillah.
Pada hari ini suami dan rombongan jemaah lelaki pergi pusat penyembelihan. Alhamdulillah saya dan suami masing-masing melunaskan tanggungjawab kami menyahut seruan Allah taala untik melakukan penyembelihan. Disini, suami pilih sendiri kampung. Kemudian bawa kambing tu sendiri ke tempat sembelih. Comel. Macam duk kawal anak aje gayanya.
Pada diri saya yang kerdil dan banyak kekurangan ini, saya menjadikan ibadan korban sebagai perkara “wajib” pada diri sendiri. Ini sebagai kemuncak rasa syukur saya pada Allah atas nikmat rezeki wang ringgit, kerjaya dan sebagainya selama setahun diberikan. Memang korban di Mekah ini jauh lagi mahal, dan asalnya saya tidak mahu berkorban kerana telah mengerjakan haji dan sudah dikeluarkan jumlah wang yang besar. Tetapi atas rasa syukur tinggi pada Allah kerana memilih saya untuk sampai menjadi duyufurahman dengan rezeki yang saya kira melimpah, saya keluarkan duit. Bismillah. Aku ikhlaskan duit ini utk korban padaMu.
Alhamdulillah. Sebelum kami keluar mabit di Mina masing-masing dapat rasa sup kambing.
No comments:
Post a Comment