About

Tuesday, August 24, 2010

AL-WUJUH WA AL-NAZAIR

Al-Wujuh wa Al-Naza’ir adalah merupakan salah satu dari ilmu-ilmu al-Qur’an. Sebahagian ulama mengatakan bahawa al-Wujuh wa al-Naza’ir ini adalah dari jenis kemukjizatan al-Qur’an. Kerana,satu perkataan mempunyai banyak makna, ianya tidak dilakukan oleh manusia.

1) Takrif :-
Al-Wujuh : adalah satu perkataan yang mempunyai banyak maksud.
Al-Naza’ir : adalah perkataan yang sama, atau hampir sama.
Al-Nazair adalah pada lafaz, manakala Al-Wujuh adalah pada makna.
Ilmu yang menerangkan perkataan dalam al-Qur’an yang mengandung banyak makna dan menerangkan makna yang dimaksud pada tempat tertentu.

2) Karya-karya dalam bidang ilmu al-wujuh wa an-nazair :

- Nuzhat al-‘Uyun al-Nawazir fi ‘ilm al-wujuh wa al-Naza’ir
Oleh : Abu Faraj’Abd al-Rahman ibn ‘Ali Ibn al-Jawzi

- Mu’tarak al-Aqran
Oleh : al-Sayuti

- Qamus al-Qur’an aw Islah al-Wujuh wa al-Naza’ir al-Qur’an al-Karim
Oleh : al-Husayn Ibn Muhammad al-Damighani

Qamus al-Qur’an aw Islah al-Wujuh wa al-Naza’ir al-Qur’an al-Karim
Buku ini hanya satu jilid.
Penyusunannya bermula dengan
1. Ta’rif kitab dan mengenai pengarang
2. Kemudian, kata-kata dari pengarang
3. Bab-bab disusun mengikut bab hamzah, bab ba’, bab ta’ dan tha’, bab jim dan ha, bab kho, bab dhal dan zhal, bab rho’, bab zain dan sin, bab shim dan shod, bab dho tho dan zho, bab ain, bab ghin dan fa’, bab qhof, bab khaf, bab lam, bab mim, bab nun, bab ha’, bab wa, dan diakhiri dengan bab ya.
4. Bibliografi.

Perkataan أخر
Mempunyai 5 perkataan yang sama : - hari kiamat ( القيامة ) - syurga ( الجنة ) - neraka ( النار ) - terakhir ( الأخيرة ) - kubur ( القبر )

1. Yang dimaksudkan dengan hari kiamat

dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.
(al-mukminun : 74)

Menerangkan selepas maut

dan sesungguhnya kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia. ( al-Lail : 13)
Iaitu dunia dan akhirat.

Dan sebegitu adalah banyak.

2. Dengan maksud syurga tertentu

….dan demi sesungguhnya mereka (kaum yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…( surah al-Baqarah : 102)
Iaitu di dalam syurga…

3. Dengan maksud neraka

. …yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat… (al-Zumar : 9)

Yakni dengan neraka

….. mengharapkan rahmat Tuhannya…. (al-Zumar : 9)

Yakni dengan syurga

4. Dengan maksud terakhir

Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata". (Surah Sod : 7)

Millah (agama) akharah disini adalah millah sebelum millah mereka, tetapi makna sebenarnya adalah millah yang terakhir sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

..oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, ( Surah Al-Isra’: 7)

Yakni janji yang terakhir daripada azab yang dijanjikan

5. Dengan maksud kubur

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang Yang beriman Dengan kalimah Yang tetap teguh Dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang Yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa Yang dikehendakiNya. ( Surah Ibrahim : 27 )
Yakni di dalam kubur ketika disoal oleh mungkar dan nakir.

No comments: