About

Tuesday, August 24, 2010

SHEIKH AHMAD MUHAMMAD SYAKIR

1.0 KEHIDUPAN SHEIKH AHMAD MUHAMMAD SYAKIR RAHIMAHULLAHU TAALA

1.1 Latar Belakang diri sheikh

hidup pada kurun ke 13 hijrah

Dilahirkan pada pagi subuh hari jumaat iaitu pada 29 Jamadil akhir 1309 H / 1892 M di dirb al-Insiyah, Kaherah, Mesir

meninggal dunia pada hari Sabtu 26 Zulkaedah tahun 1377 H bersamaan 14 Jun 1958

ketika berumur 66 tahun

Silsilah keluarga beliau bersambung sehingga Saidina Husayn bin Ali bin Abi Talib.

mempunyai seorang adik yang bernama Mahmud Syakir

1.2 Perjalanan hidup sheikh

Pada tahun 1900 M, ketika ayahnya dilantik oleh kerajaan Mesir sebagai ketua para qadhi di Sudan, beliau turut bersama dengan ayahnya berhijrah ke sana.

Di sana, beliau belajar di sebuah institut pengajian.

Pada tahun 1904, ayahnya dilantik menjawat jawatan Ketua Ulama Iskandariah, maka ketika itu, beliau meneruskan pengajian di Ma’had Iskandariah.

Di awal usia mudanya, beliau meminati sastera dan syair.

Pada tahun 1909, beliau telah menyambungkan pelajarannya dalam bidang ilmu hadith kerana beliau sangat meminati bidang ini. Beliau sangat aktif dalam menuntut ilmu, hingga tidak mengenal erti penat.

Minat ini disokong sepenuhnya oleh ayahnya. Semasa muda, Ahmad Syakir dan adik beradiknya belajar beberapa buah buku yang diajar oleh bapa mereka sendiri meliputi bidang Tafsir, Hadis, Fiqh dan Usul Fiqh serta lain-lain lagi.

Ahmad Syakir menyambung pembelajarannya di Universiti al Azhar. Di al Azhar, Mesir. Beliau sering berdamping dan belajar daripada para ulama yang ada di universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut ilmu hadith daripada seorang ahli hadith terkemuka Maghribi iaitu Abdullah Ibn Idris al Sanusi. Beliau pernah bertemu dan belajar dengan Syeikh Muhammad Ibn al Amin al Syanqithi, Syeikh Tahir al Jazairi, Syeikh Rasyid Ridha dan ulama lain.

Pada tahun 1917, beliau telah menamatkan pengajian sehingga mendapat Ijazah Alamiyyah (phD) daripada Universiti al-Azhar.

Beliau kemudiannya diberikan jawatan yakni dilantik menjadi qadhi pada tahun 1951. Seterusnya, menjadi ketua Mahkamah Tinggi Syariah sehingga beliau bersara.

1.3 Guru-gurunya

Sheikh Ahmad Muhammad Syakir telah bertemu dan menuntut ilmu dengan ramai ulama, yang mana ulama-ulama ini sezaman dengannya.

Berikut adalah guru-guru yang penting baginya samada pada hadith nabi dan ilmu-ilmunya :


1. Ayah beliau sendiri

- Adalah ayahnya seorang yang terkenal, juga merupakan pemimpin reformasi di Azhar.
- Meninggal dunia pada tahun 1939
- Beliau merupakan guru yang sangat mempengaruhi kehidupan Sheikh Ahmad Syakir.
- Beliau mengajar dirinya dan adik beradiknya yang lain, ilmu-ilmu tafir, yakni tafsir al-Baghowi dan Tafsir an-Nasafi.
- Beliau juga membaca kitab Sohih Muslim, Sunan Tirmizi dan Syamail, dan sesetengah Sohih Bukhari, sepertimana beliau membaca kitab Usul, Mantiq, dan Fiqh Hanafi.
- Beliau

2. al-‘Alamah al-Sayyid Muhammad Rashid Redho, pengarang majalah al-Manar.

- Beliau merupakan seorang reformis Islam.
- Ulama dalam bidang hadith, adab, Tarikh, Tafsir.
- Meninggal pada tahun 1935 M


3. al-‘Alamah al-Sheikh Tohir al-Jazairi ad-Damsyiki

- Di lahirkan di damsyik 1268 H / 1852 M dan meninggal dunia pada tahun 1335 H / 1920 M.
- Beliau berhijrah ke Mesir pada tahun 1907, dan tidak pulang ke Damsyik sehingga tahun 1919 M
- Beliau merupakan pelopor gerakan tajdid agama di negeri Syam pada zaman hadith.
- Sesungguhnya, Sheikh Ahmad Syakir telah bertemu dengannya dan telah mengambil manfaat darinya (ilmu)

4. al-‘Alamah al-Muhaddith as-Sayyid Abdullah bin Idris al-Sanawasi

- Belajar Sheikh Ahmad Syakir dengannya dari kitab Sohih Bukhari
- mendapat ijazah darinya, dan riwayat yang lain yakni Kuttubussittah

5. al-Sheikh Muhammad bin al-Amin asy-Syanqithi
- Mengambil daripadanya kitab Bulughul Maram, dan mendapat ijazah darinya juga untuk kutubussittah.

1.4 Pandangan Ulama tentang dirinya

1.4.1 Pujian terhadap beliau

Mahmud Syakir telah menyifatkan abangnya sebagai Imam al Muhaddithin (imam bagi semua ahli hadith pada kurun itu)

Menurut Syuaib al Arnaouth : ‘Ahmad Syakir merupakan seorang yang telah sampai ke tahap mengetahui hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam secara riwayat dan dirayah (yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pada masa ini. Beliau dianggap sebagai perintis kepada penyebaran semula teks-teks hadith di kurun ini serta penyemakannya kembali mengikut kaedah yang dicontohi oleh para pengkaji hadith’.

Menurut az-Zarqali : Ahmad Muhammad Syakir...alim dalam hadith dan tafsir... tidak ada pengganti sepertinya dalam bidang ilmu hadith di Mesir

1.5 Karya-karya Sheikh Ahmad Muhammad Syakir

1.5.1 Dalam bidang hadith dan Mustolah.

- Mukhtasor Sunan Abi Daud lil Munziri – ditahqiqkan oleh beliau.
- Al-Bai’th Al-Hathih Syarh Ikhtishor ‘Ulum Al-Hadith Liibni Kathir – Disyarahkan oleh beliau.
- dll.

1.5.2 Dalam bidang tafsir dan tajwid

- Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Amdatul al-Ahkam Lilibni Dhaqiq Al-‘Aid– ditahqiqkan olehnya dan Muhammad Hamid Al-Fiqqi.
- Al-Mahall Liibni Hazm Az-Zhohiri – ditahqiqkan oleh beliau 6 jilid pertama.
- dll

1.5.3 Dalam bidang Adab dan Lughoh, Bidanga Tauhid, Bidang Tarajim, Al-Muqholat.



2.0 KESUNGGUHAN SYEIKH AHMAD MUHAMMAD SYAKIR DALAM PEMBAHARUAN HADITH KONTEMPORARI.

Pertama: Tentangan yang paling hebat terhadap sunnah Nabi SAW pada kurun ke-14 hijrah. Dengan menelusuri sejarah pada abad ini, didapati bahawa tentangan yang paling hebat terhadap sunnah Nabi SAW dan ilmu-ilmunya, terhad pada lima tentangan, iaitu:
I. Tersebar fenomena penolakan dan keingkaran terhadap Sunnah Nabi SAW dan persoalan mengenainya, dan persengketaan ketika berhujah.
II. Penghukuman akal dalam mensahihkan hadith-hadith dan mendha’ifkannya. Ia jauh sekali daripada kaedah-kaedah ilmu dalam mensahihkan dan mendha’ifkan yang telah ditetapkan oleh ulama’ hadith. Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Tetapi yang menjadi nyata pada zaman kita ialah sebahagian golongan cerdik pandai disuruh melakukan sesuatu dan disembunyi daripada orang-orang Islam. Maka, mereka mengikut guru-guru mereka dari kalangan orientalis serta menjadi pelopor yang menyebarkan cerita dan memimpin kumpulan mereka dengan menyatakan bahawa setiap hadit-hadith adalah tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah dalam agama. Bahkan, ada sebahagian daripada mereka melanggari kaedah-kaedah yang betul, kemudian mensabitkan hadith-hadith dan menafikannya dengan perkara yang nyata atau terlintas difikiran dan kehendak mereka daripada kaedah yang bukan tertentu. Tidak berhujah dan tidak menerangkan serta mereka tidak memanfaatkannya melainkan mereka mempelajari ilmu dan beradab.”
III. Terkesan sebahagian daripada pengkaji-pengkaji terhadap orientalis terutama ketika mereka mengukuhkannya daripada usaha mereka dalam memperbaiki kitab-kitab dengan berpegang pada naskhah.
Pada asal cetakan, terdapat percanggahan di dalam isi kandungan kitab, kemudian mereka menyebut apa yang terdapat di dalamnya sama ada salah atau betul. Di sini, ia berbeza dengan kitab asal yang dicetak dalam bentuk yang baik.

IV. Ramai daripada pengkaji telah tertipu dengan perbuatan orientalis. Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“ Ini dibezakan dengan penerbitan golongan orientalis, bahawa mereka mengutuk status indeks yang merupakan panduan bagi pembaca. Mereka membahagikan jenis-jenisnya, yang disusun mengikut huruf mu’jam. Maka, daripada indekslah dapat mengetahui siapa yang memberitahu, para penyair, kumpulan-kumpulan, sanad-sanad, ayat-ayat al-Qur’an, lafaz-lafaz Nabi SAW, dan juga dapat mengetahui masalah-masalah ilmu.”

V. Keengganan pelajar-pelajar terlibat dalam mempelajari Sunnah Nabi SAW. Adakalanya mereka tidak tahu kegunaannya dan kegagalan untuk merujuk pada kitab-kitab ketika berhujah. Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Semoga dengan terbitnya buku ini iaitu ‘Miftah Kunuz al-Sunnah’ dalam bahasa arab, penerimaan pelajar daripada semua peringkat terhadap penglibatan dalam Sunnah Nabi SAW dan manfaat daripada kitab-kitab hadith yang merupakan harta ilmu dan penuh dengan hikmah, yang mana dijauhi oleh kebanyakkan orang. Adakalanya mereka tidak tahu kegunaannya dan gagal untuk merujuk kitab ketika berhujah.”
Kedua: kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW dan kesannya terhadap pembaharuan hadith kontemporari.
1) Kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir melalui ilmu dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW dan kesannya terhadap pembaharuan hadith kontemporari.
Ini menunjukkan kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir melalui ilmu dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW melalui perhatiannya terhadap karya-karya ilmu hadith beliau.
Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Ulama’ hadith telah berusaha meriwayatkan setiap apa yang diriwayatkan oleh Nabi SAW. Jika ada hadith yang tidak sahih, mereka berusaha dalam memastikan kesahihan setiap hadith tersebut, pada setiap huruf yang diriwayatkan oleh perawi. Mereka mengkritik keadaan dan periwayatan perawi. Mereka juga menjaga dan cermat dalam menaqalkannya. Maka mereka menghukum dha’if pada hadith apabila curiga terhadap sejarah perawi yang menaqalkan hadith, yang mana mempengaruhi keadilan bagi ahli-ahli ilmu.”
Antara usaha Ahmad Muhammad Syakir yang paling penting, yang muncul dalam bidang ini ialah:
a) Kitab ‘Alfiyah Al-Suyuti Fi ‘Ulum Al-Hadith’
- Cetakan yang sempurna bersama syarah.
- Siap mengarang pada tahun 1934 masihi.
b) Tahqiq kitab ‘al-Risalah’ oleh Imam as-Syafie’.
- Kitab ini menerangkan mengenai kaedah mentafsirkan nas-nas, cara-cara istinbat yang dinamakan dengan ilmu ‘usul al-fiqh’ melainkan mengandungi kaedah-kaedah yang penting dalam ‘ulum hadith, serta menerangkan cara-cara ulama’ hadith dalam mengesahkan nas-nas kenabian.
-
c) Kitab ‘Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith’ oleh al-Hafiz Ibn Kathir.
- Ia dinamakan sebagai ‘al-Ba’is al-Hasis’.

2) Kesungguhan Ahmad Muhammad Syakir melalui perlakuan atau perbuatannya dalam mempertahankan Sunnah Nabi SAW dan kesannya terhadap pembaharuan hadith kontemporari.
Seorang pengkaji mengenai Ahmad Muhammad Syakir tidak hanya menerangkan dari aspek ilmu sahaja dalam menjawab persoalan golongan orientalis. Ini jelas dalam tahqiq Ahmad Muhammad Syakir dalam Musnad Imam Ahmad bin Hanbal.
Ahmad Muhammad Syakir berkata:
“Aku mencintainya dan melakukannya (tahqiq) serta aku telah lihat kebaikan ketika melayaninya, maka aku bersetuju untuk mendekatkan kitab musnad ini kepada orang ramai sehingga mereka mengambil manfaat daripadanya. Maka, ini adalah cita-cita dalam hidupku dan merupakan matlamat sepanjang hidupku untuk mendekatkan kitab musnad ini kepada orang ramai sehingga Allah SWT telah memberi petunjuk kepadaku sejak 15 tahun terhadap apa yang aku kehendaki.”

Ketiga: sebahagian pendapat-pendapat Ahmad Muhammad Syakir dalam ilmu-ilmu hadith dan martabat-martabat al-Jarh wa al-Ta’dil.
Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil adalah untuk mengetahui keadaan perawi mengikut cara ulama’-ulama’ hadith sama ada sesuatu periwayatan itu diterima atau ditolak, atau menguatkan sesuatu riwayat apabila terdapat perselisihan.
Al-Hafiz Ibn Abi Hatim telah menyusun dan mengatur martabat al-jarh wa al-ta’dil dalam kitabnya ‘al-Jarh wa al-Ta’dil’, kemudian ulama’-ulama’ mutakhirin pada kurun ke-14 dan selepasnya telah menyusun martabat yang sejenis dengan al-jarh dan al-ta’dil. Ulama’-ulama’ lain iaitu al-Imam Ibn al-Solah dalam kitab ‘Ulum al-Hadith’, al-Dhahabi dalam muqaddimahnya ‘Mizan al-‘Itidal’, al-Hafiz al-‘Iraqi dalam kitab ‘Syarah al-‘Alfiyah’, al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitabnya ‘Fath al-Mughis’, al-Suyuti dalam kitab ‘Tadrib al-Rawi’ dan sebagainya telah membetulkan matlamat hal yang dikarang serta mereka menghukumkan martabat-martabat ini sama ada diterima sebagai hujah, dalil dan mengambil pengajaran daripadanya.
Ahmad Muhammad Syakir telah mengarang kitab ‘al-Ba’is al-Hasith Syarh Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith’ oleh al-Hafiz Ibn Kathir, apabila sampai pada perbincangan ‘peringkat al-Jarh wa al-Ta’dil’ Ahmad Muhammad Syakir menaqalkan dalam syarahnya seperti apa yang disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam muqaddimah kitabnya ‘Taqrib al-Tahzib’. Maka, Ahmad Muhammad Syakir berkata peringkat tersebut mempunyai dua belas peringkat, iaitu:

a. Sahabat.
b. Perawi yang kuat mendapat pujian seperti (أوثق الناس) atau sifatnya berulang dari segi lafaz seperti (ثقة ثقة,حافظ ثقة معنى ).
c. Perawi yang mempunyai satu sifat sahaja seperti ثقة, متقن, ثبت.
d. Perawi yang benar (صدوق), tidak mengapa baginya (لابأس به) atau tidak ada salah (ليس به بأس).
e. Perawi yang benar tapi teruk dari segi ingatannya, atau dituduh sebagai benar, atau perawi tersebut menipu, atau melakukan kesalahan, atau mengubah diakhir, dan perawi yang dituduh sebagai bid’ah.
f. Perawi yang meriwayatkan hadith tetapi dalam kuantiti sedikit.
g. Perawi yang meriwayatkan hadith lebih daripada satu tetapi tidak siqah. Ini menunjukkan kepada ‘mastur’ (مستور) atau ‘majhul al-hal’ (مجهول الحال).
h. Perawi yang tidak siqah secara muktabar dan tidak menerangkan dha’if pada perawi. Ini menunjukkan kepada hukum dha’if.
i. Perawi yang tidak meriwayatkan hadith kecuali satu dan tidak dipercayai. Ini dikatakan sebagai ‘majhul’ (مجهول).
j. Perawi yang tidak siqah dan dha’if serta tercela. Ini dikatakan sebagai ‘matruk’, ‘matruk al-hadith’, hadith yang lemah atau yang hina.
k. Perawi yang dituduh berdusta. Ini katakan sebagai ‘muttaham’ (متهم) atau ‘muttaham al-hadith’ (متهم الحديث).
l. Perawi yang membebaskan dirinya daripada berdusta dan hina seperti dusta, hina, binasa, apa yang didustakan dan sebagainya.

No comments: