About

Sunday, December 20, 2009

cuti2 Indonesia..versi 3

hari ketiga ana di Indonesia,
bangun pg solat subuh,
pas2 siap2,
trun breakfast kat hotel,
tunggu keta dtg,

ari nie perjalanan km jauh,
serupa mcm km dr k.Lumpur nk perak kot..
tp yg penting 3 jam perjalanan,
dgn jalan yg pnh keta,
jalan yang xelok,
memenatkan kami.

kami g bandung sbnrnya,
sbb dikatakan barangan utk di beli belah kan
murah di sana,

setelah perjalanan yg pjg dr jakarta ke bandung,
akhirnya km smp,
kami jaln2 la cri bju adik,
km diekori oleh segerombolan penjual jalanan,
yg memaksa km utk membelinya,
utk mengelak mrk,
kami msk dlm kedai,

berjalan2,
xjumpa apa yg km nk,
rupa2 km salah tempat,
ana tnya pd salah seorang pekedai,
kat mana tempt yg jual telekung,
dia kata kat ciwok,
km p ciwok,
xda apa pun melainkan barangan branded ja..

akhirnya,
pak cik husin kol kwn indon nya tnya di mana pusat beli belah,
kwn dia kata pasar baru,
dr tempt km ke pasar bru jauh jgk..
xpalh,
ada drvr,
huhu

sampai pasar baru,
pakat beli la mcm2...

hbs beli belah,
km pusing balik kat tempt mula dtg td,
adk2 nk beli seluar plak,

akhirnya,
km berangkat utk cri masjid utk solat,

kami singgah di universiti pendidikan di sana,
tenang nya,
selepas menempuh ciwok, pasar,
melihat pakaian rakyat nya yg agak menonjol yg plng pntng sakit mata ana,
akhirnya di universiti ini,
ana dpt menyejukkan mata ana,
melihat pelajarnya,
memakai pakaian yg menutp aurat,
pakai tudung labuh gak,
siap ada yg tgh buat usrah,
seronok nya tgk..

pas solat,
km meneruskan perjalanan ke suatu tempat utk mkn,
kali nie,
kami makan makanan sundak,
sedap sambal dia,
pedas gak la

pas2 pas mkn,
km g tempat namanya Sari Ater (Hot Spring),
masuk kena bayar gak kat cnie,
air yg mengalir berasal dari gunung Tangkuban Perahu.
Gunung berapi nie..

pas dh penat2,
km menempuh perjalanan yg jauh juga utk smp ke hotel,
penat bdn,
driver yg bwk km pun ganas tau,
sabor ja la..

smp hotel,
solat,
trus tido.

mimpi yg tersangat buruk mlm nie..

cuti2 Indonesia..

dh lama ana kembali dari Indonesia,
sudah 2 mggu,
tp baru sekarang ana ada peluang untuk post kisah ana ke sana..

ari ke 2 ana di sana,
mulanya km breakfast,
kat hotel ja..

pas2 km g tanah abang,
kat sana ada shopping compleks,
yang lainnya,
tinggi gak shopping compleks 2,
bertingkat2,
lebih dari 12 tingkat,
diatas sekali,
ada surau,
apa yang ana perhatikan,
namanya surau,
tp besor nya dia mcm masjid,
perbandingan yang ana dpt buat,
di Malaysia bahagian atas kalo ada surau pun,
buruk, kecik, tandas xelok,
kat sana besar, cantek, tandas bestt...

kat sana ana beli la,'
macam2 gak..

pas hbs beli belah,
kami kuar shoping compleks 2,
g makan kat sebuah restoran yang terkenal dengan soto nya,
ada pelbagai soto,
soto buntut (soto ekor),soto ayam, soto istemawa, soto campuran dll..
ana makan soto campuran,
boleh la..
huhu

pas2 km p Masjid Istiqlal,
masjid kemerdekaan namamya,
di sana,
kami disambut olh salah sorg pengurus masjid,
menunjukkan serta memberi penerangan tentang masjid,

apa yang menarik di masjid itu??

1. masjid 2 ada 5 tingkat, yakni bersempena 5 rukun Islam,
2. disekelilingnya ada 12 tiang, yakni bersamaan 12 Rabiulawal tarikh di mana kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w
3. ukuran panjang kubah masjid itu adalah 45 m yakni kerana Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945.
4. di sana, untuk memasuki masjid terdapat 7 pintu, contohnya bab rahman, bab raja' dan lain2, 7 pintu ini dinamakan mengikut nama pintu syurga, seperti yang terdapat di Masjidil Haram
5. Masjid ini adalah masjid ke 3, selepas Masjidil Haram (Mekah), dan Masjidil Nabi (Madinah)
6. Di dalamnya boleh dimuatkan 200,000 orang dalam satu keadaan.
7. hari biasa puratanya 500 orang ja dtg masuk.

sangat istimewa masjid ini,
best sgt..
yang paling penting,
masjid nie xda lif or exclator,
kena naik tangga tau,
bila ada program besar agama,
mcm hari raya puasa, hari raya haji,
pimpinan negara mereka akan turun di masjid ini la..

selepas p sna kami singgah di Anchol..
Anchol nie adalah nama tempat..
nk masuk kawasan kena bayar, bayar untuk orang dan juga kereta,
sampai dlm kwsn 2,
ada pelbagai tempat bleh p,
km p seaworld dia,
kebetulan wkt p,
ada tengah pertunjukkan la,
dia tgh crita pasal penyu,
byk jugak la benda baru yg dpt ttg penyu,
antaranya, penyu nie rabun, huhu

dalam anchol selepas kuar seaworld,
kami p gondolan
apa itu gondolan??,
di gondolan ada kereta gantung,
kami naik kereta gantung,
redah laut gak la..

pas 2 trus balik,
kepala dh pening yang teramat..

naik solat maghrib + isyak,
turun makan makanan batawi,
naik bilik tgk tv,
nata pun terlelap...

(bersambung)

Tuesday, December 1, 2009

CuTi2 InDonEsIA..

salamalaik..
ketika menaip ini jam di jakarta berada di angka 5.30 pagi (hari selasa_
dh usai solat subuh dlm jam 5.oo td lg..

blum pun sempat ana mencoretkan kisah pengembaraan ana di bumi anbiya,
ana msk plak kesini,

ala kulli hal, la baksa fihh..

perjalanan ana ke jakarta dgn menaik air asia,
kami sekeluarga 6 org,
sekali keluarga partner syrkt ayah (pak cik Hussin)

di jangka naik terbang pukul 1.40ptg (wkt msia)
tp delay plak,
lama menunggu akhirnya naik tepat jam 2.45 kapal terbang mula bergerak,
2 jam kemudian dlm pkul 4.55 ptg km smp di lapangan terbang di jakarta.

kami p solat dlu,
dan tunggu kereta utk dtg amik kami,
lama menunggu,
akhirnya smp..

perjalanan dr lapangan terbang ke hotel,
amik masa yang lama,
lebih2 lg jalan rayanya boleh la di katakan macet.

wkt km smp hujan,
sedap la sejukkan.

sampai hotel check in,
msk bilik,
tunggu maghrib
solat then bersiap nk MAKAN.

p restoran sebelah hotel,
mcm2 benda baru ana tahu,
ana minum jus melon iaitu jus tembikai,
ana mula minta jus timun, ingatkan timun itu tembikai,
tp timun 2 timun la,
huhu..

balik hotel,
tgk tv,
tido..

tido dgn mak sbb ayah duk bilik ana,
nk tgk bola chelsea lwn MU kot..
huhu

# nk tahu perkataan pertama ana temui sesampai di jakarta
ermmm, kamar kecil, tergalak ana..
rupa2nya bilik air,
selain itu,
daerah merokok = kawasan merokok..

ok,
nanti ana sambung,
nk g bersiap nk kuar g bandung plak,
ari nie ari ke 3 dh,
nt ana post utk ari yg ke 2 (semalam)

Monday, November 23, 2009

Pengembaraanku Di Bumi Anbiya' - Bhg 1.

sudah 5 bulan peristiwa itu berlaku, tetapi baru sekarang ingin ana coretkan. bukan sengaja tidak mahu berkongsi, tapi kekangan masa di kampus menyebabkan ana xda masa ingin mencoretkannya. maaf kawan-kawan yang kepingan ingin mendengar cerita dari ku ini.

jujur ana katakan ana terlupa tarikh ana berangkat ke sana,
ala kulli hal,
dengar ja la crita ana nie..
hehe



dari malaysia, rombongan kami berkumpul di KLIA , bersama Pengarah Apium, Ustaz Fakhruddin dan juga Ustaz Fauzi. Pesanan, nasihat serta taujuhat dilontarkan kepada kami. jumlah yang pergi ke sana, jujur ana katakan, ana terlupa. tapi yang pasti muslimin 4 orang ja.

sesuatu yang paling ana ingat ketika sesi pesanan, nasihat serta taujihat itu berlangsung adalah apabila ustaz berkata bahawa di bumi sana, jangan cakap besar, bumi itu barakah, nanti Allah balas di situ jugak dan keselamatan baranga berharga adalah berada di tahap tertinggi.

habis sesi itu,
ana bergambar bersama adik-adik dan mak,
kelihatan di wajah emak, kesedihan. tapi ana cuba yakinkan mak, ana pergi hanya sebulan, bukan bertahun. akhirnya emak tersenyum. mana bisa emah berpisah denganku, satu-satunya anak perempuan dia (selepas pemergian kakak tercinta – SITI HAJAR IZHAM)

jujur juga ana katakan ana terlupa berapa jam perjalanan dari Malasia ke Bahrain (kami hanya transit shj di sana, lbh kurang 20 jam).

sampai di bumi bahrain,
sudah kelihatan bapak-bapak serta minah-minah arabnya.
Bahrain, bumi yang cantik. kiri kanan laut. (dh nama pun bahrain = 2 lautan)
dari airport km terus ke hotel, masyallah, perjalanan ke hotelnya jauh dan kecantikan yang kami nikmati td xberpanjangan sebenarnya.

tapi bila masuk hotelnya, ok la. best gak..
pada sebelah malamnya, selepas makan, kami p jalan2 di bandar bahrain, tp xbli apa pun. bahrain negara yang mahal, lg pula km enggak mahu menukar wang dolar. jd benar lah, jalan2 makan angin + penat + pengalaman baru.

xda apa yang menarik di sini, melainkan km terpaksa menunggu dengan begitu lama sebelum kenderaan hotel sampai. penat sangat, sempat berangan sampai seluruh pelosok negara tau, tp xdtg gak kenderaannya. ala kulli hal, bukankah sabar itu sebahagian dari iman.

kami kembali ke hotel.
terus tido..bangun pagi..solat subuh then tido sat ( azan subuh pkul 4 lbh tau, jd kena tido balik la, malamnya dh tido pkul 1 lbh ) bangun mandi, bersiap, p airport naik kapal terbang nk terbang ke Mesir plak.

~ JoM PuAsA SuNaT ~

Puasa sunat terbahagi kepada:

1- Puasa sunat Isnin dan Khamis

2- Puasa sunat di awal, tengah dan akhir setiap bulan.

3- Puasa 1 - 9 Zulhijjah.

4- Puasa pada 10 Muharram.

5- Puasa sunat di bulan Rejab dan sya'ban.

6- Mana-mana puasa sunat yang ingin dilakukan selain daripada 5 hari yang diharamkan iaitu 2 hari raya dan 3 hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah).

7) Puasa 6 hari di bulan Syawal.

Syarat puasa sunat ialah berniat di waktu malam atau waktu pagi dengan syarat belum makan dan minum sepanjang pagi tersebut.

Puasa sunat boleh dikerjakan selain daripada hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu pada 2 hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dan hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Monday, November 16, 2009

Sunday, November 15, 2009

# BERUBAHLAH WAHAI SAHABAT2KU #



benarlah apa yg dikatakan,

masa mampu mengubah seseorang itu.

tp alangkah indahnya jika perubahan seseorang itu, perubahan yang menjurus kepada yang lebih baik, yang lebih diredhoi oleh agama yang paling penting di redhoi oleh Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa atas segalanya Allahhurabbi.

bila melihat sekitarku,
sekelilingku,
terasa sayu,terasa sedih,
begitukah nasib sahabat2 ku,
yang sama-sama ditarbiyah dgn tarbiyah islamiyyah,
yang sama-sama menyulam janji ingin sentiasa bersama dengan ajaran agama,
begitukah??

hati ini sedih,
teramat sedih,

sahabatku yang bergelar wanita, muslimah juga suatu ketika dahulu serikandi,
di manakah tudungmu yang menutupi dadamu,
dimanakah tudungmu yang menghalang dari terlihat bentuk serta warna kulit lehermu,
di manakah tudungmu yang bisa menutup gambaran warna serta paras rambutmu,
DIMANA?? DIMANA??

bukankah kalian sama-sama bersama ku mempelajari hukum di sebalik itu,
bukankah kalian sudah ma'aruf dengan ayat Allah,

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. - AN-NUR : 31 -

tetapi mengapa kalian masih begitu,
tapi mungkin ini disebabkan diriku,
yang mengabaikan kalian lantaran kesibukanku di bumi kampus..

buat sahabat-sahabatku,
yang bergelar mejahid, muslimin, juga bakal-bakal pemimpin negara dan keluarga,

mengapa kalian tidak membantu kami kaum hawa,
mengapa kalian yang membawa kami ke destinasi neraka itu,
mengapa dan mengapa..

mengapa kalian menyentuh sahabatmu yang bukan muhrim itu,
mengapa kalian membawa mereka ke mana-mana tanpa insan ketiga,
aku tahu, dan aku percaya kalian mengetahui,
bahawa jika lelaki dan perempuan bersama yang ketiga adalah syaitan,
hatta walaupun ketika itu,
kalian berada ditengah-tengah masyarakat..
kalian tidak malu,
berpegang tangan,
bergurau senda,
kalian tidak malu dengan Allah,
kalian tidak malu dengan manusia yang berlainan agama,
kalian tidak malu,
tapi aku sangat terkilan,
kalian hanya malu jika kalian bertemu denganku,
kenapa begitu,
bukankah sepatutnya kalian lebih malu dengan Allah,
bertaubatlah,
pintu taubat masih terbuka buat kalian,
aku xmahu kalian masih berjalan ke arah tempat itu,
tempat yang penuh kedahsyatan,
tempat yang manusia akan menerima balasan buruk atas perlakuannya
nauzubillah min zalik,

aku tidak mampu menegur kalian,
kerana kalian lebih mengetahui dari,
kerana kalian akan memekakkan telinga jika aku ungkapkan,


tolonglah aku wahai sahabat-sahabatku,
muslimin mahupun muslimat,
marilah kita kembali untuk rasa berTUHAN dengan lebih mendalam,
takutilah larangnya,
takutilah tempat ciptaannya yang gerun itu,
pintu taubat masih terbuka depan kita,
sahabat-sahabat.

tolonglah aku,
kerana aku sebenarnya menolong kalian...

YA ALLAH BANTULAH AKU,
BANTULAH SAHABAT2 KU,
TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG BENAR JALAN YANG ENGKAU REDHOI,
YA ALLAH,
JANGAN PALINGKAN HATI2 KAMI SETELAH ENGKAU BERI CAHAYA NURMU, CAHAYA PETUNJUKMU,
AKU TAKUT YA ALLAH,
AKU TAKUT AZABMU PADAKU,
AKU TAKUT AZABMU PADA SAHABAT-SAHABATKU,
AKU TAKUT YA ALLAH.

~nukilan hasil kesedihan yang memanjang melihat suasana realiti sahabat2ku yg sama2 mendapat tarbiyah,
sama2 menyulam janji di hadapan Allah untuk melaksanakan ajaran Islam, yakni dengan kalimah yang mulia KALIMAH SYAHADAH ~

Thursday, November 5, 2009

Tafsir : Antara CAhaya Dan KEgelapan.

Berdasarkan Surah An-Nur bermula ayat 35,

Allah memulakan dengan menyatakan siapakah golongan yang akan menerima cahaya dari Allah,

pada ayat terkemudian, Allah telah mengkhabarkan siapakah golongan yang berada di dalam kegelapan.

1) Siapakah yg digolongankan dalam golongan yg menerima cahaya?

- ia terkandung dalam ayat ke 37,

37. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

- bagaimana bentuk cahaya yg diberikan, Allah telah nyatakan dalam surah yg sama dalam ayat ke 35,

35. Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah sinaran Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

- di mana dan masa bila cahaya petunjuk Allah bersinar?
Allah telah nyatakan dalam ayat ke 36,

36. (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

- Indahnya uslub balaghah dalam Al-QUran, diakhir Allah nyatakan berkaitan cahaya, Allah telah memberikan kesimpulan dalam ayat 38:

38. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka Dengan sebaik-baik balasan bagi apa Yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya Dengan tidak terhitung.

2) bagaimana pula golongan yang tidak menerima cahaya, yakni berada dalam kegelapan?

- siapakah gologan itu?
merujuk surah yg sama dalam ayat ke 40,

40. atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang Yang di dalam) gelap-gelita di lautan Yang dalam, Yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (Demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. dan (ingatlah) sesiapa Yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan Yang benar).

- perumpamaan yg telah Allah datangkan utk menunjukkan amalan golongan yg berada dalam kegelapan ini melalui ayat ke 39,

39. dan orang-orang Yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata Yang disangkanya air oleh orang Yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun Yang disangkanya itu; (Demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana Yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisabNya.


kesimpulan semua di atas, telah dinyatakan oleh Allah Taala, kesimpulan ini adalah sebagai panduan kepada hambaNYA Yang Dia Maha Mengetahui keadaan hambanya iaitu berada dalam keadaan dhoif, lemah :

41. tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah (yang Maha Esa dan Maha kuasa) sentiasa bertasbih kepadanya sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung Yang terbang berbaris di angkasa? masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha mengetahui akan apa Yang mereka lakukan.

(( sekian,
tadabbur al-Quran 5/11/2009,
moga ianya boleh memberi manfaat buat org lain ))

Monday, November 2, 2009

JaDuAL ExAm

9 NoV : Metodologi Penyelidikan
11 NoV : Pengantar Falsafah
17 NoV : Tartil Al-Quran
18 NoV : Dirasad Al-Asanid
20 Nov : Psaikospiritual Dalam Tasawwuf

Dosaku yang Xtertanggung...

lantaran dosa serta silapku,
aku diuji dengan ujian yang benar-benar mengganggu hidupku kini,
telah berbagai cara aku lakukan,
tp tidak satu pun yg menemui jawapan,
aku berdoa dalam sujudku yang akhir,

TUHAN,
AKU SANGAT LEMAH,
AKU INGINKAN PERTOLONGANMU,
AKU INGIN KAU SENTIASA BERSAMA AKU DALAM MENYELESAIKAN MASALAH KU INI,
AKU, DAN AKU TERSANGAT YAKIN YANG ENGKAU KETAHUI BAHAWA AKU TERSANGAT LEMAH,
LEMAH DALAM MELALUI OMBAK GANAS KEHIDUPAN BERMASALAH INI,
MUNGKIN INI SUJUD KU YANG TERAKHIR,
AMPUNAN KAN AKU YA ALLAH,
ATAS KETIDAKMAMPUANKU MENGHADAPI UJIAN YANG KAU LETAKKAN DI ATAS DIRIKU INI.
BANTULAH AKU YA ALLAH.
AMIN..

lena selepas itu,
tidak dapat ku pastikan lama atau pun sekejap,
kerana selepas itu,
dunia ku sudah gelap dan aku,
terus berada di dalam itu...


di Alam mana??
nantikan..

Monday, October 26, 2009

sekelip mata..

benarlah apa yang telah do firmankan oleh Allah Taala dalam surah al-Asr,

1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian - 3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

pejam celik pejam celik,
rupa2 nya pembelajaran semester ini sudah samapi ke hujungnya,
sungguh..sungguh sangat aku dapat rasakan sikit sahaja ilmu yang aku dapat dari pensyarah2 yang sangat hebat itu.

kenapa ya?

sesungguhnya aku menginginkan ilmu mereka dan juga didikan dari mereka,
aku inginkan didikan mereka agar aku dapat jadi seperti mereka,..

tapi apa kan daya,
sistem pembelajaran di univerisiti begitu lah,
semuanya perlu cepat dan kedepan,
sapa lambat aka ketinggalan..

bagaimana hendak mengubah keadaan semasa yang hanya semata-mata mengajar tanpa mendidik, kepada mengajar dan mendidik seperti yang aku dan smua dapati nya di sekolah dulu2..

alangkah sepatutnya smua itu berlaku di univerisiti kerana di sana terlampau ramai para cerdik pandai..

entahlah..

tunggu aku jadi pensyarah nanti, baru aku dapat rasa,
dan wkt ketika itu,
aku dapat rasakan, dan mungkin dapat lakukan perubahan.

Thursday, October 15, 2009

kakiku menjejaki sana...

kalo tidak dengan izinNYA tidak ku sampai ke sana,
aku menjejaki sana sebenarnya ats tujuan urusan ko-k,
tp xsangka aku bleh msk smp dlm2..
sesuatu yang menarik hatiku adalah utk mengkaji apa yg ada di dalamnya,..

Wednesday, October 14, 2009

bukankah??

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 :-

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

ujian itu..
datang silih berganti..
untuk melihat sejauh mana kita dengan Dia,
Ya Allah,
kuatkanlah aku.

Thursday, October 8, 2009

jika dia masih ada..



Ya Allah rindunya aku padanya..
tanggal 8/10/1985 adalah tarikh keramat bagi insan bernama siti hajar binti izham.
keramat kerana pada tarikh itu beliau di lahirkan di dunia,
lahirnya dia menggembirakan insan2 di sekeliling nya,
kerana dia insan pertama bergelar anak pada kedua ibubapa nya,
kerana dia insan pertama bergelar cucu pada kedua belah tok serta wan nya,
alangkah indahnya saat itu bagi mereka...

tapi saat indah itu telah lama pergi meninggalkan kita..
ia akan tiba setiap tahun tetapi tidak sama seperti kedatanganya 2 tahun yang lepas..
kedatangannya sekarang hanyalah sebuah kenangan, memori lama..

Ya Allah, hanya kau mengerti kerinduan yang bersarang dalam hatiku ini padanya,
perginya xkan kembali lagi..
perginya meninggalkan ku keseorangan..
keseorangan menjalani kehidupan seorang anak perempuan bagi kedua emak dan ayahku.

kak ja,
kak ja satu-satunya kakak yg sarah ada,
kak ja satu-satunya org yg betul2 paham sarah,
kak ja selalu sabar melayan sarah,

kak ja,
sarah mohon maaf yang tersangat kerana sarah ,masih xdapat jalankan apa yang kak ja nak,
bukan sarah xberusaha, tapi sarah tahu, sarah xhebat mcm kak ja.

waktu kat sekolah as-syakirin dlu, cikgu2 sana kata,
antara sarah dgn kak ja,
sarah lagi sabar dr kak ja,
itu hanya pandangan org.

hakikat sebenarnya,
kak ja benar2 sabar melayan km adik2 yg byk songeh nie..
lagi2 sarah..
satu2 adik perempuan kak ja yang banyak kerenah
tp kak ja baik layan ja,
cuma kadang2 gaduh gak..

kak ja,
sarah rindu sangat pada kak ja
yang sarah mampu buat,
sarah doa dapat jd mcm kak ja,
mati dalam keadaan org redho,
nampk mcm bahagia sangat.

kak ja,
sarah nk kita berkumpul lagi kat sana,
kat syurga ALLAH sana,

Ya ALLAH bantulah aku,
dekatkan diriku padamu, seperti mana kau rapatkan kak ja disisi mu
kau matikan aku dalam keadaan yang baik, seperti kau matikan kak ja,
kau matikan aku mati dalam bulan yang mulia seperti kau matikan kak ja,
kau matikan lah aku dalam keadaan mak dan ayah serta orang sekeliling ,meredhoi aku, seperti mana kak ja.
kau jadikan aku hambamu yang solehah seperti mana kau jadikan kak ja.

Ya ALLAH,
aku sangat lemah, hina, dhoif
bantulah aku.

SITI HAJAR BINTI IZHAM,
ANAK SULUNG DARI 5 BERADIK,
DI LAHIRKAN PADA 8/10/2009,
DI HOSPITAL BESAR PERLIS,'
MENINGGAL DUNIA PADA 8/9/2008
BERSAMAAN 8 RAMADHAN 1429H,
DI RUMAH KEDIAMAN KELUARGA KAMI, TAPI DI BILIK TETAMU, BUKAN BILIK SENDIRI.

orang kata patah tumbuh hilang berganti,
tapi kak ja tidak.

pembaharuan..

mungkin selepas ini, ana akan lakukan pengkhususan pada blog ana ini,

1. bedah buku haraki

2. sirah para nabi serta umat terdahulu

3. perbincangan tafsir ayat quran dari pelbagai pendapat

4. perbincangan hadith, termasuklah rijal nya

5. kongsi rasa

6. soalnya hati... berkaitan, cinta, perkahwinan, rumah tangga. dengan membawa pendapat ahli2 terkemuka, serta pandangan peribadi

7. disekelilingku.. berkaitan family, para murabbiku dan sahabat2 seperjuangan.

moga2 usaha yang sikit yg ingin aku lakukan utk berdakwah pada jalan illahi akan dapat mendidik hati ini serta hati org lain agar menjadi hambanya yang bertakwa.

AMIN.

Saturday, October 3, 2009

Hidup ini sebuah perjuangan sebenarnya..

jumaat lepas, alhamdlh ana diberi kelapangan oleh Allah Taala untuk mengadakan usrah buat adik2 yang disayangi, tho,maton,jiha,nani dan am.

tp yg dtg tho, maton dan jiha shj. xpalh tp perkongsian itu yg penting.

sebenarnya ana rindu pada mereka kerana 2 minggu ana cuba berjumpa mereka tapi xdpt (manusia mampu berusaha merancang, Allah penentu segala perancangan).

ari ni apa yang disentuh adalah berkaitan ayat dalam surah tohaa..ayat 72 sehingga 80 lbh..

menceritakan kisah nabi Musa. Dari segi sebelum kelahirannya lagi. tp apa yg sbnrnya yang ana nk tekankan pd adik2 adalah, berkaitan dengan kisah samiri.

samiri adalah antara org yg selamat ketika firaun mengejar nabi musa serta pengikut2nya, yg mana ketika itu Allah trunkan wahyu pd nabi musa utk mengetuk lautan dengan tongkatnya, maka terbelahlah lautan itu. Nabi Musa serta pengikutnya pun dapat menyeberangi lautan itu.

kisah samiri ini bermula ketika mana Nabi Musa ingin menaiki bukit thur sina utk berjumpa dgn Allah. Nabi Musa meminta Nabi Harun utk menjaga ummat ketika itu.sesuatu yang berlaku selepas ketiadaan nabi musa itu adalah :-

samiri telah mengajak umat ketika itu untuk mencampakkan emas masing2 pada 1 tempat, kemudian samiri menyalakan api. jadilah himpunan emas2 td seperti seekor lembu. dan umat nabi musa yang telah Allah Taala selamatkan mereka dari firaun telah alpa dan mula mensyirikkan Allah iaitu dengan menyembah patung tersebut.

apa yg ingin dikongsi bersama adalah, hidup ini merupakan suatu perjuangan yakni berjuang dalam memilih serta menentukan kehidupan. sama ada kita mahu memilih ke arah kebaikan atau kita ingin memilih ke arah keburukan.

untuk memilih jalan hidup ini adalah teramat payah. jadi sememangnya benarlah hidup ini merupakn perjuangan. yang dikatakan perjuangan adalah, kita mesti lakukan yang terbaik untuk memilih jalan yang baik. kerana perjuangan itu sendiri menuntut kesabaran dan ketabahan yang tinggi yakni membawa erti kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup,kesusahan hidup serta kesabaran dalam tidak melakukan perkara yang tidak baik dan dimurkai Allah.

jadi, perbanyakkan berdoa agar kita diberi oleh Allah kekuatan dalam meneruskan perjuangan dalam hidup di dunia sebagai hamba yang mentaatiNYA serta hamba yang sentiasa mendapat perhatian Allah.

Amin.

Saturday, September 26, 2009

sesuatu yang kurang..


terasa kosong diri dari ilmu yang bermanfaat,
lantaran itu aku cuba merajinkan diri, mencari ilmu Allah yang tidak pernah kurang.

dalam pencarian itu, banyak kutemui ilmu yang tidak ku ketahui, terlampau banyak, sampai kesedihan melanda diriku..

apakah aku sebenarnya daie??
apakah aku sebenarnya yang dikatakan pejuang islam??
jika sirah para nabi serta sahabah dlu tidak kuat didiri...

dalam aku bersedih, aku terbaca sesuatu "tafaqquh fid din"

sesuatu yang menarik kerana di APIUM aku dan jawatankuasaku telah berusaha untuk mengadakan kelas tafaqquh fid din ni,
cuma yang menarik isi yang dikupas di dalam artikel ini.

bermula dengan Sabda Nabi s.a.w. : "sesiapa yang Allah inginkan agar ia menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan dia dalam (urusan) agama". (Hadith Sohih, Muttafaqun Alaih)

Tafaqquh fid din membawa erti Allah Taala menganugerahkan kefahaman agama yang mendalam dan meluas kepadanya.

Tanpa Tafaqquh fid din, ibadah dan taqarub yang dipersembahkan menjadi tiada makna, tiada nilai, dan tiada kesan. Syaitan tidak takut dengan orang jahil dan dungu terhadap agamanya

Sabda Nabi s.a.w : "Seorang faqih (orang yang tafaqquh fid din) adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang abid (orang yang banyak beribadat) - Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi-

Ilmu akan terangkat, langit dan bumi akan menangis saat kematian insan yang tafaqquh terhadap agamanya. Saidina Umar r.a juga pernah berkata : "Kematian seribu orang yang banyak beribadah malam dan berpuasa siang harinya adalah lebih ringan daripada kematian seorang berakal lagi memahami tentang hukum Allah, halalnya dan haramnya.

jadi, sebagai hamba yang kerdil, marilah kita sama-sama meningkatkan kefahaman kita berkaitan agama, jangan hanya taklid semata-mata. Banyakkan bermohon dari Allah Taala agar sentiasa memberi kita kekuatan dalam usaha kita meningkatkan kefahaman yang jelas berkaitan agama.

Sabda Nabi s.a.w. :"Sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, dan sebaik-baik ibadah ialah al-Fiqh (memahami agama)." (riwayat Al-Bukhari)

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi Sabda Nabi s.a.w daripada menantunya Ali Karamallahhuwajhah : "Mahukah kamu aku khabarkan tentang orang yang paling faqih. Jawab para sahabat, Baiklah. Sabda Nabi : Iaitu orang yang tidak suka membuat manusia putus asa akan rahmat Allah, dan dia tidak menenteramkan manusia daripada pembalasan Allah, dan dia tidak benci kepada al-Quran. Ketahuilah olehmu, tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafakkuh, dan tidak ada (kebaikan) pada ilmu tanpa kefahaman, dan tidak ada (kebajikan) pada membaca al-Quran tanpa tadabbur (penghayatan).

Friday, September 25, 2009

suatu pertanyaan



“Bagaimanakah hati boleh bercahaya sedangkan dunia masih melekat dalam hatinya”


Alangkah, sekiranya syaitan hanya menyesatkan manusia dengan gula-gula keduniaan, mungkin masih ramai manusia yang mampu bertahan.

Namun yang paling menakutkan adalah apabila syaitan memperdayakan manusia dengan permainan akhirat. Ia telah menyebabkan ramai ulama yang telah tenggelam dan ditewaskan.

“Apakah yang dimaksud dengan syaitan memperdayakan manusia dengan akhirat pula?”


“Iaitu, syaitan menjadikan kita leka dengan ibadah. Ibadah banyak namun keimanan tidak meningkat.

“Syaitan cuba sedaya upaya menimbulkan rasa ujub dalam diri manusia itu sendiri. Ini menyebabkan kadang-kadang mereka beribadat kerana ingin menjadi hebat. Ada kalangan mereka beribadah kerana ingin mendapat karomah di sisi Allah. Mereka melihat kepada ibadah namun ibadah mereka tidak mendekatkan diri mereka kepada Allah,”

Ya, bagaimana hati kita bleh berkilauan dengan cahaya keimanan sedangkan kekotoran dunia masih terlalu melekat dalam diri mereka. Sepatutnya dunia dijadikan tanaman atau ladang untuk akhirat namun sebaliknya yang berlaku.


Untuk hidup dengan cemerlang di akhirat. Maka perlu bersifat zuhud. Zuhud itu maknanya tidak melihat dan tidak menoleh ke arah dunia. Dunia adalah tempat persinggahan sementara kita menuju ke sebuah alam yang kekal abadi. Di alam itulah akan ditentukan sam ada kita ke syurga atau ke neraka.

Thursday, September 24, 2009

"mencari pasangan"

aku sering ditanya,


kalo nk kawin nt nak laki mcm mana ya?


ahli jemaah jgk ka?


dan aku sering bertanya pada kawan, soalan yang sama..


jawapan yang biasa aku dengar,


ya, kami nk kawin dengan ahli jemaah jgk,


kalau tersangat boleh xmau orang lain.


tapi jawapan aku berlainan dari mereka, entah mengapa, bagiku tidak kesah la samaada dia berstatus ahli jemaah atau tidak, yang pasti bagiku lelaki tersebut dapat membinbing aku untuk lebih dekat padanya


kenapa aku tiba-tiba tulis pasal benda nie ya??


sekadar berkongsi, ketika aku membaca di blog, aku dapati ayat yang sangat menarik, yang mana ia juga adalah apa yang aku nak pada bakal suamiku nanti,


“Jika kamu mencari pasangan yang berfikrah seperti kamu sahaja, maka pandangan kau amat sempit. Tetapi jka kamu mencari ‘hamba’ untuk meneman hidup kamu, maka pandangan kamu adalah merangkumi dunia dan akhirat,”


“Apakah kita sekadar mencari pasangan hidup yang hanya membolehkan kita pergi usrah? Atau membenarkan kita pergi ke program latihan? Itu pandangan yang masih sempit. Sepatutnya kita semua berusaha mencari pasangan yang akan menanam jiwa kehambaan dalam diri kita dan mendekatkan kita kepada Allah,”


Pasangan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan sahaja akan menjadi pendorong kepada kita untuk aktif berjuang bahkan akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita tentang kedahsyatan akhirat dan sentiasa menyiram hati kita dengan air keimanan.

PERUTUSANKU SEMPENA AIDILFITRI

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..

Bergema takbir di seluruh pelusuk dunia tanggal 1 syawal 1430H yang lepas, menandakan seluruh umat Islam telah bersama-sama bersyukur serta memuji tuhan yang Esa atas nikmat kemenangan yang di perolehi.

Segala puji-pujian selayaknya bagi Allah Taala, Tuhan sekalian Alam, yang telah menciptakan kita dan mampu membinasakan kita, kesyukuran padanya kerana kita masih diberikan nikmat yang teramat besar, nikmat iman dan islam yang mana dua nikmat ini Allah mampu menariknya hanya dengan kerlipan mata. Selawat dan salam buat penghulu nabi-nabi juga kekasih Allah Taala, Muhammad S.A.W. buat sahabat-sahabat serta ahli bait baginda jua yang mana mereka ini di jamin ke syurga, berdoalah agar diri kita insan yang lemah dan hina ini mampu mengikut jejak langkah mereka, yakni bersama-sama di dalam syurga-NYA.

Sebulan yang lepas, kita berada di dalam bulan yang penuh barakah, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu malam seperti firman Allah Taala di dalam Surah Al-Qadr ayat 3 yang bermaksud : "MALAM LAILATUL-QADR LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN"

Pada bulan ini, kita bersungguh-sungguh menghidupkan malamnya dengan tarawikh, tadarrus, serta berqiamullail, di siangnya kita berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, menjaga nafsu syahwat, memperbanyakkan sedekeh, membaca al-Quran serta memperbanyakkan melakukan amalan sunat yang lain di samping amalan fardhu yang di lakukan dengan penuh kekhusyukkan.

Maka, apabila berakhirnya bulan tersebut, takbir bergema di seluruh pelusuk untuk memuji kebesaran illahi serta untuk menunjukkan rasa kesyukuran atas nikmat kemenangan menghadapi bulan Ramadhan.

Islam meletakkan garis panduan yang jelas dalam meraikan atau merayakan kemenangan ini iaitu dengan istiqomah dengan amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan, sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah, mengunjungi sanak-saudara serta islam melarang pembazirah. Seperti firman Allah Taala di dalam surah Al-Isra ayat 27 yang bermaksud :" SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MEMBAZIR ITU ADALAH SAUDARA SYAITAN SEDANG SYAITAN ITU ADALAH MAKHLUK YANG SANGAT KUFUR KEPADA TUHANNYA".

Akhirnya, khusus buat adik beradik PERMAS sekalian, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri serta terus meningkatkan amalan kita agar kehidupan kita sentiasa di dalam keredhoan-NYA. Akhir kalam, saya mewakili saf kepimpinan PERMAS mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”, teruslah bersama kami dalam merealisasikan slogan PERMAS “Memipin Ke Arah Perubahan”. Sekian. Wasalam.

mengingati Marwa El-Sherbini

Marwa El-Sherbini, mangsa sifat perkauman buas tajaan Barat yang kononnya mendabik dada sebagai jaguh keadilan sesama manusia. Hanya Islam yang mengiktiraf hak semua bangsa di dunia.

Berita yang amat menggemparkan kita semua sebagai umat Islam. Seorang muslimah warga negara Mesir yang sedang hamil 3 bulan telah dibunuh oleh seorang pelampau perkauman berbangsa German hanya kerana beliau memakai tudung kepala. Menurut sumber berita, wanita tersebut, Marwa El-Sharbini telah memfailkan kes tuduhan terhadap pembunuhnya, Alex pada bulan Ogos 2008 yang lalu, kerana telah memanggilnya sebagai pengganas disebabkan beliau memakai hijab di sebuah jalan di bandar German. Pada 1 Julai 2009, hakim sebuah mahkamah di Dresden, German memutuskan bahawa muslimah tersebut telah memenangi kes yang difailkannya itu dan Alex dikehendaki membayar denda sebanyak 780 Euro. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, lelaki itu terus menikam Marwa sebanyak 18 kali di dalam mahkamah sambil menjerit (Awak tidak layak untuk hidup!!!!).

Marwa dilaporkan berhijrah ke German kerana mengikut suaminya yang sedang menyelesaikan kajian beliau dalam bidang genetik di Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics (MPI-CBG). Laporan media turut menyatakan bahawa suaminya juga ditembak secara tidak sengaja dibahagian kakinya oleh pasukan polis kerana tersalah sangka beliau penyerangnya disebabkan oleh perbezaan warna rambut. Marwa akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya koma selama dua hari akibat kecederaan yang parah akibat serangan tikaman.
Pembunuhan ini menjadi isu hangat bagi negara Eropah yang sedang mengalami perdebatan hangat akibat sikap mereka yang tidak adil terhadap pakaian seorang muslimah. Baru-baru ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy membuat satu kenyataan kontroversi dengan menyatakan niqob (penutup muka/purdah) tidak boleh diterima di Perancis.

10 tahun yang lalu, pada 3 Mei 1999, isu hijab juga telah menjadi diskriminasi oleh pihak sekular di Turki. Merve Kavakci,seorang ahli Parlimen yang dijadualkan untuk mengangkat sumpah di hadapan speaker telah cuba dihalau keluar dari bangunan parlimen kerana memakai tudung kepala. Tudung kepala itu dianggap bertentangan dengan prinsip sebuah negara sekular yang memisahkan politik dan agama. Dengan nada tegas, wanita ini berkata :Kepalaku ditutup adalah berdasarkan iman saya, saya akan pertahankan hak saya hingga ke penghujungnya. Golongan yang tidak memahami Islam sentiasa akan berusaha supaya dihapuskan segala lambang kewujudan Islam. Ketakutan mereka kepada Islam melebihi ketakutan seorang anak kecil pada kegelapan malam.

Malunya umat ini. Tatkala wanita muslimah dibunuh, dihina dan dikeji hanya disebabkan mereka mempertahankan suruhan Allah di dalam surah An-Nur; tiada pun tindakan berani untuk mempertahankan wanita-wanita ini. Para pemimpin semuanya lebih sibuk dengan merasmikan pertunjukan fesyen yang menghairahkan. Di mana suara umat? Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan golongan penjenayah ini lari. Bagi mereka semua azab pedih di Neraka.

10 SIFAT YANG PERLU ADA PADA PEJUANG ISLAM

seseorang yang ingin menjadi daie perlulah melengkapkan diri dengan sifat-sifat yang akan disebut supaya seseorang itu akan menjadi daie yang diikuti dan dakwahnya berkesan :-

1. KUAT TUBUH BADAN (QAWIYYAL JISM)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan".

ini membawa maksud bahawa pentingnya kesihatan yang baik kerana sesungguhnya tugas sebagai seorang daie itu tersangat berat, perlulah pada dirinya mempunyai kesihatan yang baik, begitu juga sepeti pesanan Al-Imam Hassan Al-Banna : "memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riyadhah dan tidak memakan serta meminum sesuatu yang merosakkan badan.

2. AKHLAK YANG MANTAP

firman Allah Taala yang bermaksud : ""Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak".

jelas sekali. Untuk membentuk akhlak yang mulia hendaklah para daie mengikut apa yang terkandung di dalam Al_quran dan juga sunnah Nabi.

3. BERPENGETAHUAN

mengetahui segala yang terdapat di dalam al-Quran ( yakni membaca serta mentaddabbur segala yang di dalamnya ) dan as-Sunnah

mengetahui perkembangan semasa dalam dan juga luar negara, agar mampu untuk menjawab segala persoalan

4. BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH

berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan

tidak boleh mudah mengalah kerana itu bukan sikap pejuang seperti yang ada pada diri Rasulullah.

5. AKIDAH YANG MANTAP

mempunyai akidah yang mantap adalah angat penting bagi seorang yang beragama islam terutama bagi seorang pejuang sera daie.

akidah yang mantap dapat diperolehi antara lain caranya adalah dengan sentiasa menjaga kebersihan hati, beristighfar, menjauhi dosa dan syubahat serta sentiasa bermuhasabah diri dan melakukan solat taubat setiap hari.

6. IBADAH YANG BENAR

terutama dalam mendirikan solat, khusyuk dalamnya perlu diutamakan kerana sesungguhnya solat itu saat kita bersama Tuhan Yang Maha Esa.

melakukan setiap perbuatan atau amalan berlandaskan nas al-Quran dan as-Sunnah, bukan taqlid semata-mata.

7. MAMPU MELAWAN NAFSU

mampu malawan nafsu yang selalu hendakan kepada kemurkaan Allah.

didiklah nafsu agar sentiasa mengikut apa yang Allah suruh

8. MENJAGA WAKTU

sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan waktu. firman Allah Taala di dalam Surah al-'Asr ayat 1-3 yang bermaksud : Demi masa! Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

sesungguhnya penting bagi seorang pejuang Islam dalam menepati masa. Pepatah Arab ada menyebut "Masa itu diumpamakan sebagai pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu".

9. MUNAZZAMUN FI SYU'UNIHI

untuk memudahkan kita menjaga waktu dengan sebaik mungkin, dengan menepatinya, maka seharusnya pada diri seorang daie itu adalah merancang serta menyusun segala urusan yang akan dilakukan seharian.

gunakan segala masa dan tenaga tidak lain adalah semata-amata untuk Islam dan untuk mendapat keredhoan-NYA.

10. NAFI'UN LI GHAIRIHI

hakikat yang perlu diketahui bagi yang ingin menjadi daie yang berguna adalah hendaklah dirinya berguna bermanfaat buat orang lain.

Saturday, August 29, 2009

salam Ramadhan Al-Muabarak

Bismillahhi Rahman nir Rahim..

memulakan muqaddimah,
bulan Ramadhan adalah bulan yang telah Allah muliakan, sehingga Allah meletakkan bahawa Allahlah yang akan menilai amalan puasa hambanya.

bulan Ramadhan juga merupakan bulan :-

1. bulan untuk kita berpuasa

2. bulan untuk berqiamullail

3. bulan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran

4. bulan untuk melakukan amalan soleh seperti bersedekah.


# apabila dikatakan bulan berpuasa, ia bukan sekadar bulan untuk menahan makan dan minum bahkan sahaja untuk menahan diri, melatih diri dari melakukan kemaksiatan.

Rasulullah telah bersabda yang maksudnya :

" barangsiapa yang apabila ia berpuasa tetapi telah mengeluarkan kata-kata kesat, kata-kata kosong, sesungguhnya Allah tidak berhajat pada puasanya.

hakikat yang perlu diketahui dengan berpuasa, kita mampu mengikat dua nafsu ini yakni, nafsu makan dan nafsu seks.

kerana ada hadith Nabi yang menyebut bahawasanya, jika sudah sampai masanya berkahwin lah kamu, jika sekiranya kamu tidak berkemampuan maka berpuasalah.

dari hadith tersebut, Raslullah ingin menjelaskan bahawasanya, puasa dapat menghalang nafsu seks, kerana ketika kita tidak makan atau minum, badan kita akan letih maka keinginan tidak hadir.

# bulan berqiamullail. hadith nabi juga ada menyebut, sesiapa yang membangunkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan.... akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.
persoalannya, bagaimana ingin mendapat malam lailatulqadar?
yakni hendaklah dengan berqiamullail pada setiap malam, terutana malam 10 terakhir Ramadhan.

# Rasulullah ketika hadir bulan Ramadhan, maka beliau telah bertadarrus bersama Jibrail. ini jelas menunjukkan bahawa kita mestilah, memperbanyyakkan amalan bacaan al-Quran. terutama secara bertadarrus.

# bulan melakukan amal soleh. sesuatu yang perlu diketahui, bahawa apabila kita telah memberikan makan orang yang berbuka kita akan mendapat 100% pahala serupa dengan pahala orang berpuasa. wahh..besar betul kelebihan yang diperolehi.

# selain dr amalan2 diatas,
umat yang berpuasa bolehlah melakukan :-
-memperlewatkan bersahur
-mempercepatkan berbuka


sekian sahaja, moga boleh dimanfaatkan buat semua.

Amin.

Monday, August 10, 2009

saat itu..

agak lama tidak menaip dalam blog nie..
kekalutan sempena FESKUM tidak mengizinkan ku..

setelah berhempas pulas untuk perasmian feskum,
akhirnya khamis lepas berlangsungnya..
apa yang tidak dapat ku lupa kan pujian Raja Nazrin pada kami.


Ya Allah, hamba bersyukur padaMu,
dengan pertolongan engkau kami dapat membuka mata ramai,
bahawa kami ini, pejuang-pejuang Islam mampu melakukan apa sahaja,
mampu berjaya dalam akademik, mampu berjaya dalam melaksanakan kerja2 kebajikan,
mampu berjaya dalam membawa perubahan,,,

aku tunduk serta sujud akan kebesaran serta nikmat yang besar yang tidak putus2 diberikan,
disamping engkau berikan kesabaran yang cukup tinggi pada kami.

Thank You Allah.,

Tuesday, July 28, 2009

gembira rasa hati..


hari nie dh mula minggu promo.. kekalutannya hanya tuhan yang tahu.. dengan kelas penuh pagi hari.. tapi xpa, hari ini berakhir bagiku dgn kegembiraan, tidakku sangka walaupun persatuan yang baru diaktifkan, masih ada yang ingin memberi kepercayaan.. Terima Kasih serta Syabas saya ucapkan buat yang telah mendaftar serta yang bakal mendaftar PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR UNIVERSITI MALAYA sesi 2009/2010.

Monday, July 27, 2009

PERHATIAN PADA ANAK-ANAK SELANGOR..



ASSALAMUALAIKUM..


BUAT ANAK-ANAK SELANGOR, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR (PERMAS). BERMULA 28 JULAI - 31 JULAI, NO BOOTH 20.


DATANG CEPAT, ADA HADIAH UNTUK ANDA.

Friday, July 10, 2009

ermm...

petang semalam dekat2 nk maghrib..

nset berbunyi, menandakan mesg msk, buka la tgk sapa antar,

.."sarah, km nk minta tlg boleh?.."

ya, apa dia?

km nk minta ampa antr km kat jaln duta..

trfikir sejenak.. malasnya aku.. keletihan menyelubungi badan, keletihan yang tidak terkata,.

erm..mcm ni la, ampa cri org yg bleh drive, km bg keta, kalo xleh dpt sgt2 bru km drive, tp km bg la keta km..

lama menunggu..

xpalah sarah, km p naik rapid ja la..

ya ka, ampa try la tnya k.lah, mungkin dia bleh drive,.

xpalh sarah, km p sndri, sory menyusahkan, thanks..

erm..xpalah try la bncng dgn dia, td km bncng dia ok ja..

xpa2, trma kash byk2..

lebih kurang mcm nie lah perbualan km melalui 'sms'

terdiam aku sejenak, sedih rasanya xdpt bantu,

tetiba, aku berbincng dgn k.lah n ruqayyah,

jom la kt p jgk antar dia, k.lah call la dia,

akhrnya, km p antar dia, wkt pun km tersalah jaln,

smp stesen tepat pkul 10.30, masa yang ada pada tiket 2..

nk habaq nya..rasa puas hati dapat tlg kwn,

wpun bukan diri ini sendiri yang drive..

kcian kat dia, bru pas accident, xkan nk p perhentian duta sorg2..

moga2 dgn pertolongan yang sedikit itu membolehkan ukhuwah yang berpanjangan.

Thursday, July 9, 2009

Jual Beli Najasy..


Jual beli Najasy dan orang yang mengatakan bahawa Jual Beli seperti itu tidak dibolehkan. Ibnu Abi Aufa berkata, “Orang yang melakukan najasy adalah pemakan riba dan pengkhianat.”

Ia adlah tipu muslihat yang batil dan tidak dihalalkan. Nabi S.A.W. bersabda, “orang yang melakukan penipuan berada di neraka; dan barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang bukan termasuk urusan kami, maka ia tertolak. Dari Ibnu Umar RA, dia berkata, “Nabi S.A.W. melarang jual-beli Najasy.
Pengertian An-Najasy :-
Pengertian menurut Imam Al-Bukhari :-
Dari segi bahasa : mengusik buruan serta membuatnya meninggalkan tempatnya untuk diburu.
Dari segi syara’ : penambahan harga suatu barang dari orang yang tidak bermaksud membelinya untuk menipu orang lain agar membelinya.
Menurut Imam As-Syafie :-
najsh bermaksud orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sdangkan dia tidak berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal.
Najsh pada asalnya bermaksud menyembunyikan kerana perbuatan orang ini menyembunyikan niatnya.
Hukum :-
1) Apabila perbuatan ini dilakukan dengan persetujuan penjual dan penjuak dan ianya mempunyai bukti – hukumnya adalah haram.[1] Ia akan menjadikan kedua-duanya berdosa. Penjual dianggap telah menipu pembeli dan dengan itu pembeli berhak menuntut khiyar. Jika tiada bukti penjual dan penjuak merancang perbuatan tersebut pembeli tidak berhak menuntut khiyar kerana dia sendiri cuai membuat penelitian.
2) Kalau ia terjadi tanpa pengetahuan penjual – dosa akan ditanggung oleh orang yang melakukannya.
3) Kadang-kadang ia dosa akan ditanggung sendiri oleh penjual, apabila seseorang telah mengatakan bahawa ia telah membeli barang tersebut dengan harga yang lebih mahal dan harga jual yang sedia ada dengan maksud mempedayakan orang lain.

Pendapat ulama yang mengatakan jual-beli seperti ini tidak dibolehkan.
Imam Bukhari
Imam bukhari mengisyaratkan kepada apa yang dikutip Abdurrazaq melalui jalur Umar bin Abdul Aziz
( bahawasanya seorang pengawainya menjual budak miliknya, maka dia berkata kepadanya, “kalau bukan kerana aku manambahkan harganya, nescaya dia mengalami kerugian.” Umar berkata, “ini adalah perbuatan najasy dan tidak halal.” Lalu dia mengutus seseorang untuk menyerukan “sesungguhnya jual-beli seperti itu tertolak dan tidak halal.” )
Ibnu Baththal
Para ulama sepakat orang yang melakukan najasy telah melakukan maksiat dengan sebab perbuatannya. Akan tetapi, mereka berbeza pendapat tentang jual-beli yang berlangsung dengan system najasy.
Ibnu Mundzir
Jual-beli ini tidak sah. Dalam mazhab maliki mengatakan pembeli berhak memilih antara membatalkan jual-beli atau tidak.
Ar-Rafi’i
Pelaku najasy telah berbuat maksiat secara mutlak. Namun, mengenai masalah orang yang membeli barang yang sedang dibeli orang lain, pelakunya dianggap bernuat maksiat bila mengetahui larangan itu.
Al-Baihaqi
Menurit As-Syafie bahawa pelaku najasy yang dianggap bermaksiat adalah mereka yang telah mengetahui larangan itu. Barangsiapa melakukan najasy, maka dianggap melakukan kemaksiatan jika ia mengetahui larangannya, sementara jual-beli yang terjadi dianggap sah.


Ibnu Abi Aufa
Menamakan seseorang yang mengatakan “harga jual barangnya lebih murah dari modalnya” sebagai pelaku najasy, kerana ia menyerupai seseorang yang menawarkan suatu barang dengan harga tinggi tanpa bermaksud membelinya. Jika dilihat kedua-duanya membawa maksud sebagai pemakan riba berdasarkan pentafsiran yang dibuat. Jika sekiranya penjual menyetujui perbuatan pelaku najasy dengan memberinya bonus, maka mereka semua sama-sama berbuat khianat.[2]

Kesimpulannya :-
Secara tuntasnya, najsh ialah bermaksud orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal.
Dan sesungguhnya Rasullulah S.A.W. telah melarang perbuatan najsh ini seperti yang terdapat di dalam hadith di atas. Tetapi ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukumnya. Tetapi secara tuntasnya ulama sepakat mengatakan jual-beli ini tidak sah.
[1] Dr. Mustofa Al-Khin & Dr. Mustofa Al-Bughu & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 6, hlmn.
[2] Ibnu Hajar Al-Asqolani, Fathul Bari Lil Al-Bukhari, hlm. 211

mencari idea..

erm..
minggu promo dh dekat la..
mcm mana ek nk promosi baby baru um nie ek..
baby baru??
PERMAS la..
(Persatuan Mahasiswa Selangor, UM)

suatu yang xbisa dilupakan..

perjalanan atau penggembaraan mencari redho illahi..
terpaksa ku tinggalkan mereka..
walaupun hanya seketika..
tetapi ingatan terhadap tetap menjalar di sanubariku..


Monday, June 29, 2009

PESANAN BUAT DIRI DAN SEMUA

Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( AlBukhori dan Muslim)

Thursday, June 25, 2009

AKAL : PENGGUNAANNYA OLEH GOLONGAN MUKTAZILAH

Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (i’tazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri". Ia merupakan satu dari cabang pemikiran dalam Islam yang terkenal bersifat rasional dan liberal. golongan muktazilah ini muncul sekitar tahun 105-110 hijrah. Muktazilah mempunyai 7 nama, iaitu al-Majusiyyah, al-Thanawiyyah, al-Wa’idiyyah, al-Mu’attalah, al-Qadariyyah, al-Lafziyyah dan al-Qabriyyah.
Kadang kala dikenali dengan al-Mu’attalah kerana: Mereka merupakan golongan yang menafikan Sifat Allah yang Qadim atau Allah hanya mempunyai Zat sahaja. Dinamakan mereka al-Wa’idiyyah kerana konsep al-Wa’d wa al-Wa’id menjadi salah satu daripada dasar mereka yang lima. Yang mana bagi mereka Allah wajib melakukan yang baik serta terbaik terhadap makhluknya. Al-Qabriyyah juga adalah nama bagi Muktazilah adalah kerana mereka menafikan ada azab kubur serta soalan Munkar dan Nakir. Antara alasan mereka ialah, ia tidak logik atau bercanggah dengan akal waras, seperti Malaikat Munkar dan Nakir yang besar tidak mungkin berada di dalam kubur yang sempit.

Terdapat perselisihan di kalangan sarjana Islam, kenapa mereka dinamakan Muktazilah. Menurut kajian al-Baghdadi, mereka dinamakan Muktazila kerana keadaan mereka terpencil daripada pendapat Islam yang umum. Mereka berpendapat, apabila seseorang melakukan dosa besar, hukumannya adalah antara iman dan kufur iaitu dia tidak beriman dan tidak pula kafir.

Muktazilah, suatu mazhab akidah yang memberi keutamaan kepada akal hingga akal memainkan peranan penting dalam menentukan hukum agama. Golongan ini menggunakan logik akal sebagai hujah, khususnya dalam memahami Al-Quran, Al-Sunnah serta untuk menangani isu akidah.

Memang ada hadith rasul yang menekankan bahawa, “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal”. Namun akal manusia tidak dapat mengatasi perintah Allah dan Rasul kerana manusia dan akalnya dicipta oleh Allah. Adalah dipercayai bahawa konsep pegangan kaum Muktazilah menyelinap ke dalam akidah Islam akibat perbuatan orang-orang yang memeluk agama Islam dengan tujuan buruk.

Hal ini boleh berlaku sesudah Khalifah Al-Makmun mengizinkan kitab-kitab tamadun Yunani diterjemah ke dalam bahasa Arab. Maka fikiran ahli falsafah Yunani seperti Aristotel dan Plato dapat dipelajari oleh para cendekiawan Islam hingga tanpa disedari fikiran mereka bercampur baur dengan konsep kepercayaan Islam Yang Maha Suci.

Orang yang pertama dikaitan dengan Mazhab Muktazilah dikatakan bernama Wasil Bin Atha. Pada awalnya golongan ini tidak terlibat dalam pergolakkan politik. Namun, penglibatan mereka bermula apabila ada usaha dikalangan mereka yang mempengaruhi khalifah supaya berpegang pada fahaman mereka. Mereka berjaya menarik beberapa khalifah menjadi pengikut. Ketua-ketua negara itu juga bersedia membela dan menyebarkan fahamannya kepada rakyat. Antara khalifah yang mengikut fahaman ini adalah khalifah al-Makmun dan al-Muktasim.[1]
Wasil Bin Atha berasal dari kota Madinah daripada keturunan Mawali, bukan Arab. Setelah itu beliau berpindah ke Basrah dan tinggal disana sehingga ke akhir hayatnya. Sewaktu di Basrah beliau berguru dengan Hassan al-Basri, seorang ulama terkenal yang mendokong aliran Sunnah. Wasil bersetuju dengan Hassan al-Basri yang menyokong aliran Qadariyah iaitu mengenai kebebasan manusia bertindak. Setelah itu beliau tidak bersetuju dengan gurunya itu apabila gurunya menyatakan hukum orang yang melakukan dosa besar

Katanya jika pelaku dosa besar itu mati dan tidak sempat bertaubat sewajtu hidupnya dia masih dianggap seorang Muslim, tetapi Muslim munafik, dan di hari akhirat dia akan dimasukkan ke dalam neraka kerana dosanya itu. Setelah itu barulah di masukkan ke dalam syurga kerana Islamnya. Mendengar kata-kata ini Wasil dan pengikut-pengikutnya terus keluar kerana tidak bersetuju dengan gurunya itu. Berikutan peristiwa ini wasil dan rakan-rakannya di gelar Muktazilah ertinya orang yang mengasingkan diri.[1]

Sebenarnya, fahaman Muktazilah berpengaruh di kalangan beberapa orang khalifah selama kira-kira 300 tahun hingga ramai ulama yang enggan menyokong pendapat mereka menjadi mangsa penderaan dan hukuman yang zalim, di antaranya termasuklah Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik dan lain-lain.

Oleh kerana akal dianggap lebih utama daripada nas Al-Quran dan Hadith Rasul, maka ayat-ayat Al-Quran ditafsir menurut fahaman mereka sendiri. Bahkan hadith rasul ditolak jika kandungnya tidak selaras dengan logik fikiran mereka. Hakikatnya tidak dinafikan kedudukan penting akal manusia dalam urusan agama, tetapi tidak memberi tempat utama kepada akal berbanding dengan firman Allah dan hadith Rasul.

Memetik pandangan Ahl Sunnah, kekuatan akal manusia berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Pertimbangan akal juga berbeza dari masa ke masa dan dari tempat ke tempat. Misalnya, pada suatu masa dahulu wanita yang mendedahkan auratnya dianggap tidak salah.

Kemudian bila akal manusia tambah maju wanita yang tidak berpakaian dianggap tidak baik, lalu tubuh wanita ditutup. Tetapi akhir-akhir ini wanita separuh tidak berpakaian di tepi pantai tidak dianggap salah.
Sebab itu akal manusia sahaja tidak boleh merumuskan hukum agama. Syariat Allah sahaja yang layak dan wajar membuat ketentuan dalam hukum agama. Akal

memang penting dalam agama. Orang gila memang tidak wajib melaksanakan suruhan agama, tetapi peranan akal hanya untuk menimbang dan meneliti, bukan menetapkan dengan sendirinya hukum agama. Golongan Muktazilah mentafsirkan ayat-ayat al-Quran menurut akal sambil meremehkan nas hadith dan pendapat para ulama muktabar.

Antara perkara-perkara yang menunjukkan golongan muktazilah menggunakan akal adalah dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Oleh kerana akal diutamakan dalam urusan agama, kaum Muktazilah menolak peristiwa Israk-Mikraj, Rasullulah s.a.w. yang diperingati oleh umat Islam pada setiap 27 Rejab.[1]

Kaum Muktazilah hanya mengakui peristiwa Israk Nabi s.a.w. dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, tetapi menolak Mikraj kerana Mikraj Nabi s.a.w. ke langit berlawanan dengan akal dan logik mereka.

Sebahagian ulama Muktazilah berpendapat bahawa Israk dan Mikraj berlaku dengan roh Rasulullah sahaja. Dan untuk menyokong pendapat mereka mencipta suatu hadith palsu kononnya Siti Aisyah pernah berkata beliau tidak pernah kehilangan tubuh Rasulullah s.a.w. sejak beliau menjadi isterinya.

Sebenarnya jika kita teliti firman Allah Taala dalam surah Israk, dapatlah difahami bahawasanya memang Allah Taala telah membawa Nabi itu sendiri untuk bertemu dengannya bukan hanya rohnya bahkan jasadnya sendiri.

Kalau difikir secara logiknya sekalipun, andainya baginda melakukan Israk Mikraj dengan rohnya sahaja tentulah kaum musyrikin tidak menentang hebat peristiwa itu dan menuduh baginda berdusta serta menyifatkan peristiwa itu sebagai kisah dongeng.
Selain dari itu, riwayat dari Siti Aisyah yang dibawa oleh kaum Muktazilah itu nyata palsu kerana Israk Mikraj berlaku setahun sebelum hijrah. Ketika itu isteri pertamanya baginda yakni Siti Khadijah telah wafat dan baginda berkahwin dengan Siti Saudah sebelum kahwin dengan Siti Aisyah.

Ini bererti ketika berlaku Israk Mikraj, Rasulullah tidak semestinya berada di rumah Siti Aisyah tetapi mungkin berada di rumah Siti Saudah. Maka adalah mustahil Siti Aisyah boleh berkata seperti yang dilaporkan oleh kaum Muktazilah itu pada hal Rasulullah s.a.w. tidak setiap hari berada di rumah Siti Aisyah.

Selain dalam peristiwa golongan Muktazilah menolah Mikraj nabi, kaum muktazilah berfatwa bahawa apa yang disebut sebagai Arasy dan Kursi Allah tidak wujud. Mereka menafsirkan Arasy dan Kursi sebagai lambang kekuasaan Allah sahaja.

Tafsiran seperti ini membuktikan bahawa kaum Muktazilah memahami urusan agama lewat akal mereka semata-mata. Sebaliknya ulama dari Ahli Sunnah berpendapat bahawa pa yang dikatakan Arasy dan Kursi Allah itu wujud kerana disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, walaupun bentuk dan keadaannya diketahui oleh Allah sahaja.

Penerimaan golongan ini terhadap azab dalam kubur. Mereka berkata bahawa azab di dalam kubur tidak ada kerana hal itu mustahil menurut akal. Sebaliknya, pada hakikatnya azab kubur itu wujud dan wajib dipercayai oleh setiap mukmin berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith. Seperti firman Allah Taala dalam surah At-Taubah ayat 101. kaum Muktazilah menolah hakikat azab di dalam kubur kerana terlalu bergantung pada akal dalam hal ehwal agama pada hal hakikat ketuhanan dan alam ghaib tidak boleh ditimbang dengan akal yang skopnya amat terbatas.

Meskipun golongan ini salah dalam mentafsirkan ayat-ayat Allah kerana menggunakan akal semata-mata tetapi golongan ini telah memberi sumbangan pada masyarakat dalam ilmu sains, yakni merekalah yang telah memperkenalkan ilmu ini yang mana ilmu ini adalah memerlukan akal untuk mengetahui dengan lebih mendalam.

Wednesday, June 24, 2009

"suatu persoalan yang perlu dirungkai.. hayati kisah ini"

Seorang Pengarah yang tersohor jatuh di kamar mandi dan akhirnya diserang ‘stroke’. Sudah 7 malam dirawat di hospital di bilik ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si Pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan perbicaraan, “Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa untuk kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum dipenuhi, itu bererti kau akan meninggal dunia!” “Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah”. kata si Pengarah ini dengan yakinnya.

Setelah itu malaikat pun pergi dan berjanji akan datang dalam 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.

Tepat pukul 23:00, malaikat kembali mengunjunginya. Dengan bangganya si Pengarah bertanya, “Apakah esok pagi aku akan pulih? Pastilah banyak yang berdoa buatku, jumlah pekerja aku melebihi 1,000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah”. Dengan lembut si malaikat berkata, “Anakku, aku sudah keliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu terdekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.”

Tanpa menunggu reaksi dari si Pengarah, malaikat pun menunjukkan layar besar berupa TV; siapa 3 orang yang berdoa untuknya.. Di layar itu, terlihat wajah duka dari sang isteri, disebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusyuk dan ada titisan air mata di pipi mereka.

Kata malaikat, “Aku akan memberitahumu, kenapa Tuhan memberimu peluang kedua. Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.”

Kembali terlihat di mana si isteri sedang berdoa jam 2.00 subuh. “Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku juga tahu dia tidak jujur dalam kerjanya dan kalau pun dia memberi sumbangan, itu hanya untuk ‘popularity’ dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolonglah lihat pada anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.”

Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi airmatanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat.

Melihat peristiwa itu, tanpa disedari air mata mengalir di pipi Pengarah. Timbul penyesalan kerana selama ini dia bukanlah suami yang baik dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini, dia baru menyedari betapa besar cinta isteri dan kasih sayang anak-anak padanya.

Waktu terus berlalu, waktu yang dimilikinya hanya tinggal 10 minit. Melihat waktu yang semakin sempit, semakin deraslah air mata Pengarah; penyesalan yang luar biasa. Tapi semuanya sudah terlambat! Tidak mungkin dalam 10 minit ada 47 orang berdoa untuknya.

Dengan sedihnya dia bertanya, “Tiadakah antara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerjaku yang berdoa untukku?” Jawab Malaikat, “Ada beberapa orang yang berdoa untukmu. Tapi mereka tidak ikhlas, bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau deritai saat ini. Itu semua kerana selama ini kamu mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya.” Si Pengarah tertunduk lemah dan pasrah kalau malam ini adalah malam terakhir buatnya. Dia meminta sesaat lagi untuk melihat anak dan isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

Airmatanya bertambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan isteri yang kelihatan letih juga tertidur di kerusi sambil memangku anak bongsu.

Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba malaikat berkata, “Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! Kau tidak jadi meninggal kerana ada 47 orang yang berdoa untukmu tepat jam 24:00.” Dengan hairan dan tidak percaya, si Pengarah bertanya siapakah 47 orang itu. Sambil tersenyum malaikat menunjukkan satu tempat yang pernah dikunjunginya bulan lalu.

“Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim?”, kata si Pengarah perlahan. “Benar, anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau pun aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.” “Pagi tadi, salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang Pengarah terkena ‘stroke’ dan sudah 7 hari berada di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin orang yang sedang koma itu adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim di Pusat itu sepakat berdoa untuk kesembuhanmu”, kata malaikat.

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa untuknya. Mungkin saja pada saat kita mengingatinya, dia di dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihaninya.

Di saat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapat kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain…..sebaliknya perbanyaklah doa buat orang lain.

Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya, tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, ‘Ya Tuhan saya mencintai-Mu dan memerlukan-Mu, datang dan terangilah hati kami sekarang…..!!!

ADAKAH ADA YANG MENDOAKAN KITA ??

.:: DIDIKAN KEKELUARGAAN ::..


..hari nie nk share tntg pendidikan kekeluargaan, ia utk masa dpn smua...

“ setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibubapanyalah yang menyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”


berikutan hadith diatas, dapatlah disimpulkan bahawasanya setiap anak yang lahir itu, ibubapalah penentu siapakah anak itu pada masa hadapan, adakah ia akan memtaati Allah atau akan mensyirikkan Allah.
kita sebagai orang Islam, tidak dapat tidak mestilah mendidik anak mengikut acuan yang telah Islam tetapkan, berlandaskan syariat Islam, agar zuriat yang lahir itu bisa membanggakan Rasulullah s.a.w. seperti sabdanya :
“Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.”
setiap ibubapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjadikan sesebuah keluarga itu di dalam keredhoan serta dalam rahmat, kasih sayang Allah.
pendidikan kekeluargaan itu sebenarnya adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab melahir, mendidik, mengasuh dan membesarkan seorang manusia yang mana ia akan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa serta Negara.
sehubungan dengan itu, hakikat sebenarnya, keluarga adalah sekolah pertama untuk memberi didikan kepada generasi baru, ibubapa dan ahli keluarga yang lebih tua pula berperanan dan bertanggungjawab sebagai ejen penyerap ilmu kepada setiap ahli keluarga untuk menjadi individu yang berkualiti.
menurut Gilbert Highest (1961) : “kebiasaan yang dimiliki oleh anak-anak sebahagian besarnya terbentuk daripada pendidikan keluarga”.
ini adalah disebabkan anak-anak memiliki kondisi tanpa daya dan kemampuan untuk berkembang.
Perlu diingati, pada dasarnya, pendidikan keluarga harus dibuat tanpa kekerasan. ia perlu dibuat dengan lembut untuk memudahkan penerimaan nilai-nilai baru kepada anak-anak yang masih mentah dan untuk mencegah penyelewengan berlaku kepada mereka.
pendidikan kekeluargaan di dalam Islam bermula pada didikan anak-anak. anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin, bermula dari dalam kandungan lagi. tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. oleh itu, suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh dan solehah. suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan mental dan fizikal, mengamalkan pemakanan seimbang, makan dan minum dari rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meininggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.
Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal. Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.apabila anak itu telah dilahirkan, tanggungjawab ibu dan bapa bertambah lagi, mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses menanam jiwa agama. Pemilihan ibubapa sebagai orang yang bertanggungjawab adalah kerana ibubapa telah Allah anugerahkan naluri keibubapaan, naluri kasih sayang dan naluri kebertanggungjawaban. ibubapa yang beriman akan mencorakkan anak yang beriman dan begitulah sebaliknya.
beberapa bentuk pendidikan keluarga terhadap jiwa agama melalui kaedah asasi,

1. ikatan akidah
melalui ikatan ini penekanan harus diberikan pada pengajian Tauhid, fardhu Ain, al-Quran dan al-Hadith. kerana ilmu-ilmu ini adalah sangat penting dalam kita mengenal Allah dengan lebih mendalam untuk mendapat redhoNYA.

2. ikatan kerohanian
melalui ikatan ini pula ia berkisar pelaksanan Ibadah wajib, memperbanyakkan amalan sunat, zikrullah, tilawah al-Quran serta mengimarahkan masjid.

3. ikatan pemikiran
melalui ini pula, penyediaan harus diberikan kepada aspek-aspek berikut, penyediaan pengetahuan tentang isu atau ideologi atau masalah semasa. penyediaan buku-buku bacaan yang baik, ruang untuk perbuncangan serta pemantauan pergerakan.

4. ikatan bimbingan
pergaulan yang baik dirumah, contoh teladan yang baik, nasita dan bimbingan, denda dan hukuman serta pemerhatian dan pengawasan itu penting dalam memastikan kelangsungan pendidikan yang telah dilalui hasil didikan ibubapa.

Terdapat pelbagai kesan yang positif yang kita boleh dapati jika kita melakukan pendidikan kekeluargaan mengikut acuan Islam dan kesan negatif apabila pendidikan kekeluargaan tidak berlandaskan Islam.

Wallahu`alam.